CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2038|Reply: 0

'Peneman' kaum hawa

[Copy link]
Post time 5-8-2021 10:15 PM | Show all posts |Read mode
'Peneman' kaum hawa


PILIHAN warna gelap adalah gaya konservatif dan selamat.

BEG tangan adalah 'teman baik' setiap wanita kerana menjadi tempat menyimpan segala keperluan seperti dompet dan alat kosmetik.

Aksesori wajib ini juga mempunyai pelbagai reka bentuk dan sering kali menjadi 'penyelamat' kepada gaya dan keterampilan individu.

Oleh itu, biasanya pemilihan beg tangan juga dibezakan mengikut kesesuaian dan gaya yang ingin diserlahkan.

Jadi, tidak hairan bukan satu, tetapi wanita adakalanya menyimpan lebih dari 10 beg tangan untuk disesuaikan dengan gaya dan penampilan mereka.

Sebenarnya setiap beg tangan mempunyai gaya dan konsep yang bersesuaian dengan rekaannya. Berikut beberapa tip dalam padanan jenis beg tangan yang berbeza mengikut gaya keterampilan atau busana digayakan:

1. Beg tangan bimbit

Biasanya beg tangan ini mempunyai saiz yang kecil atau sederhana beza bagi memudahkannya dipegang atau dibimbit pada pergelangan tangan.

Gaya ini lebih sesuai untuk penampilan pemakai bergaya klasik atau lebih formal kerana kaedah pengendaliannya dengan memegang erat tangan menyuntik gaya elegan.

Potongan atau rekaan biasanya segi empat atau potongan klasik selain menggunakan warna yang selamat membuatkan ia menjadi pilihan ketika menghadiri majlis formal.

Padanan kepada gaya ini biasanya disarankan ketika mengenakan jaket atau kot bersama stiletto untuk suntik elemen feminin.


BEG potongan besar biasanya bagi mereka yang mempunyai rutin yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

2. Beg silang

Tali yang panjang dengan kedudukan menyilang pada badan menunjukkan ciri-ciri lasak atau gaya yang ranggi. Kedudukan beg dengan keadaan lilit kemas badan menunjukkan pemakai hendak bergerak pantas dan sentiasa bergerak.

Mengenakan kaedah beg sebegini, tiada isu beg tercicir atau terjatuh ketika anda melalui rutin harian yang sibuk. Pemakai beg ini biasanya dapat melalui jalan yang sibuk dengan rasa selamat dan selesa.

Biasanya menggayakan beg silang lebih sesuai dengan mereka yang mengenakan blaus potongan ringkas atau berseluar denim. Lebih ranggi jika mengenakan kasut sukan atau

'sneaker.'


PADANAN kot hitam dan beg bimbit menyuntik sisi formal.

3. Beg sandang

Beg sandang menunjukkan anda mahu melakukan aktiviti yang lebih lasak. Bagi yang menggunakan beg ini menunjukkan ciri-ciri pemakainya sukakan gaya 'bebas' atau santai.

Cumanya penggunaan beg seperti ini lebih sesuai untuk gadis atau wanita berjiwa muda selain mementingkan keringkasan.

Seperti beg silang, biasanya beg sandang cocok digayakan mereka mengenakan busana santai atau kasual. Lebih sesuai untuk mereka sedang bercuti.

Lengkapkan gaya pemakai beg sandang dengan sandal bertali atau kasut sukan menunjukkan pergerakan anda segera dan pantas.

4. Beg besar

Beg besar biasanya menjadi pilihan kebanyakan ibu kerana semuanya cukup muat untuk mengisi keperluan diri. Bagi jenis ini biasanya sesuai buat anda yang yang mempunyai pekerjaan tidak tetap di satu tempat dan perlu bergerak.

Biasanya beg besar masih boleh disesuaikan untuk acara formal atau kasual bergantung kepada pilihan rekaan dan bentuk beg berkenaan.

Warna gelap untuk pilihan selamat sementara motif lebih ceria bagi mereka yang menggunakan beg itu untuk tujuan bercuti atau bersosial bersama teman.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 6113 Replies : 35
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20214 Replies : 19
Edisi Luahan Warga Threads:Kecoh di Threads, penonton kecam sistem bunyi Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella... “Macam pembesar suara sekolah”
Skyline_84Edisi Luahan Warga Threads:Kecoh di Thre
Views : 14036 Replies : 24
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 20477 Replies : 41
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44559 Replies : 668
Kisah goreng ayam
budi_jentayuKisah goreng ayam
Views : 26046 Replies : 107
[SBS/viu 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS/viu 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon
Views : 459 Replies : 6
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 367708 Replies : 3565
Maruah Tetap Saya Jaga ~ Ada Pakai Tube & Seluar Pendek
beggMaruah Tetap Saya Jaga ~ Ada Pakai Tube
Views : 9502 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.044213 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list