CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 783|Reply: 0

[Sarawak] Covid-19 05/08/2021 759 Kes baharu

[Copy link]
Post time 5-8-2021 05:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 5-8-2021 09:43 AM

759 kes baharu, dua kematian di Sarawak

KUCHING: Kes harian COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 759 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri ini kini sebanyak 79,522 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata Kuching merekodkan jangkitan harian tertinggi 330 kes diikuti Subis (160), Serian (70), Samarahan (36), Sibu (23) dan Bau (21).

Lain-lain kes dikesan di Tatau (18), Kabong (17), Lundu (14), Beluru (10), Bintulu (8), Betong (7), Miri (7), Simunjan (7), Asajaya (6), Sebauh (5), Dalat (4), Meradong (4), Sri Aman (3), Saratok (2), Selangau (2) dan masing-masing satu kes di Mukah, Kapit, Sarikei, Tanjung Manis dan Tebedu.

“Daripada 759 kes baharu yang dilaporkan, 259 kes melibatkan individu yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dan 261 kes melibatkan individu dalam kluster aktif sedia ada.

“Manakala 58 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, 176 kes lain-lain saringan di fasiliti kesihatan, satu kes Import B individu balik dari Selangor dan empat kes Import A individu balik dari Indonesia (3) dan Myanmar (1),” katanya.

JPBNS turut memaklumkan terdapat dua kes kematian baharu dilaporkan di Sarawak hari ini menjadikan jumlah kematian kini seramai 466 orang.

Kes kematian ke-465 melibatkan perempuan tempatan berumur 48 tahun dari Bintulu dan disahkan meninggal di Hospital Bintulu.

Manakala kes kematian ke-466 melibatkan lelaki tempatan berumur 61 tahun dari Miri dan disahkan meninggal di Hospital Sibu.

Dalam pada itu terdapat 313 kes pulih dan dibenar discaj hari ini menjadikan keseluruhan jumlah kes pulih dan dibenar discaj kini seramai 71,991 orang daripada keseluruhan kes positif di negeri ini.

Manakala terdapat 6,886 kes masih aktif dan mendapat rawatan serta diasingkan di wad hospital serta pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah COVID-19 di negeri ini.

Sementara itu, daerah Beluru telah bertukar ke status merah setelah merekodkan 41 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

Daerah Sebauh bertukar ke status kuning setelah lima kes baharu jangkitan tempatan di laporkan pada hari ini manakala daerah Telang Usan kembali ke status kuning setelah merekodkan 20 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

Manakala daerah Bukit Mabong telah kembali ke status hijau dengan sifar kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.457577 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list