View: 956|Reply: 1
|
KDA FC tamat kuarantin esok
[Copy link]
|
|
Alor Setar: Skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akan menamatkan tempoh kuarantin mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) selama 14 hari esok dan bakal turun semula menjalani latihan persiapan pasukan selepas ini.
Skuad Hijau Kuning juga akan mengikuti ketetapan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang menetapkan tujuh hari latihan yang perlu diadakan sebelum menghadapi aksi perlawanan yang akan berlangsung.
Menurut Ketua Jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak, skuadnya kini kembali bersemangat dan bersedia untuk memulakan semula aksi latihan selepas dua minggu menjalani kuarantin tanpa sebarang latihan di padang berikutan dua pemainnya yang didapati positif Covid-19 sebelum ini.
"Saya bersyukur, kita akan keluar dari tempoh kuarantin ini dan semua pemain sangat menantikan aksi latihan ini untuk persiapan perlawanan liga super ke-19 menentang Terengganu FC (TFC) di Kuala Terengganu pada 14 Ogos ini.
"Selepas kuarantin ini kita akan terus persiapkan pasukan dalam latihan dengan melakukan ujian untuk menentukan tahap kecergasan semasa pasukan, disebabkan sudah terlepas beberapa perlawanan sepanjang tempoh tidak dapat beraksi." katanya.
Aidil berkata pihaknya juga mahu memastikan tiada sebarang kecederaan terhadap mana-mana pemain bagi memastikan perancangan berjalan lancar.
Dia turut mengakui selepas perlawanan membabitkan KDA FC tergendala dia dapat rasakan moral pasukannya agak 'down' selepas sudah bersedia menantikan aksi sambungan menentang Penang FC pada 24 Julai lalu.
"Saya bersama barisan kejurulatihan kini akan terus berusaha sebaik mungkin untuk memberi motivasi yang diperlukan kepada semua pemain sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan.
"Melihat kepada jadual yang padat mungkin akan ada beberapa pertukaran membabitkan pemain yang mengalami penggantungan atau kecederaan.. itu kita akan teliti". katanya.
sumber : HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebahagian pemain KDA FC yang menjalani latihan sebelum menempuhi kuarantin. FOTO KDA FC |
|
|
|
|
|
|
| |
|