SEKARANG ini kalau nak cari barang rumah dah tak susah sebab banyak kedai yang senang nak dapatkan barang keperluan dengan harga yang berpatutan.
Antara barang yang wajib ada di rumah adalah seperti berikut:
1) Sticky roll
Sticky roll ini boleh dibeli di Eco. Sticky roll ni sangat mudah kerana tidak perlu guna stiker untuk tarik habuk selepas digunakan, yang ini boleh basuh je terus. Lagi mudah dan boleh guna lama.
2) Kitchen cleaner
Spray kitchen cleaner ini mudah digunakan. Spray pada tempat kotoran degil di dapur gas masak dan lap dengan kain, terus bersih! Mudah je tidak perlu sental-sental lagi. Boleh dapatkan kitchen cleaner ini di kedai Eco.
Agen pembersih paip ni kegunaannya adalah untuk membersihkan kotoran dalam paip. Cara dia mudah sahaja, letak 1-2 ketul dalam air suam dan lap guna kain bersih dekat paip rumah yang berkeladak dengan kotoran tu. Hanya RM5.90 sahaja dan boleh beli di Daiso.
4) Cleaning gel
Cleaning gel ni untuk mencuci mangkuk tandas. Tekan sedikit gel daripada picagari tersebut sama ada di mangkuk tandas atau sinki untuk hilangkan kesan kotoran. Dijual di kedai Eco.
5) Sabun mesin basuh
Letak sabun ini dalam mesin basuh dan keluarkan air daripada paip mesin basuh tu. Jika tak pernah cuci mesin basuh yang belah dalam tu, eloklah guna sabun ni. Boleh dapatkan di Daiso.
Dah tahu barang-barangnya kan, jadi selepas ni bolehlah rajin-rajin kemas rumah!
Penulis: Fatin Syazwani Mohd Hanif
Foto: maukerja.com, hijabista, bellajamal.com dan siraplimau