|
JIN-WOON
Jin-woon tak menyesal pernah bercinta
PUTUS kasih dan dalam masa sama kegagalan percintaannya dengan pelakon Kyungri juga diperkatakan umum bukanlah satu perkara yang menyesakkan dada penyanyi Jin-woon. Katanya, dia juga tidak pernah menyesal kerana bersikap terbuka tentang hubungan mereka.
“Saya lelaki muda dan perkara sebegitu memang akan terjadi. Hubungan kami jadi isu sebab saya selebriti.
“Tetapi saya tidak pernah menyesal kami pernah bercinta dan akhirnya berpisah. Situasi ini (diketahui ramai) terjadi kerana saya tidak mahu menipu,” katanya.
“Rasa sedih tetap ada tetapi selepas memeriksa profil pengguna tersebut, rupa-rupanya itu akaun palsu.
“Saya tahu tak patut membalas komen orang, tetapi saya rasa waktu itu saya perlu melakukannya. Saya balas mesej pemilik akaun tersebut supaya dia tahu perkara sebenar,” ujarnya.
Jin-woon dan Kyungri membuat pengakuan cinta mereka sejak November 2019, namun berpisah pada awal Mei lalu.
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|