CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1241|Reply: 2

Slash GUNS N' Roses. 15 tahun bebas dadah dan alkohol, 12 tahun bebas rokok

[Copy link]
Post time 7-7-2021 08:00 PM | Show all posts |Read mode
Slash 15 tahun bebas dadah dan alkohol, 12 tahun bebas rokok


GUNS N' Roses.

Los Angeles: Pemain gitar Guns N' Roses, Slash sudah 15 tahun bebas dari pengambilan dadah dan alkohol selepas dia mengambil keputusan memasuki pusat pemulihan pada 3 Julai 2006 lalu.

Teman wanitanya, Meegan Hodges dalam satu hantaran di Instagram mengucapkan tahniah kepada Slash atas pencapaian dan kerja kerasnya itu.

Slash, 55, dalam satu temubual berkata, selepas meninggalkan Guns N Roses pada 1996, dia seperti hilang arah.

"Masalah pengambilan alkohol dan dadah semakin kronik. Saya juga tidak ada sebarang idea atau arah untuk kerjaya saya ketika itu.

"Ia memang teruk. Saya tinggalkan kumpulan saya, bercerai dan saya melalui semua perkara yang teruk. Saya juga berdepan isu dengan syarikat rakaman. Ia memang betul-betul kehidupan rock roll yang teruk," katanya.

Pada 2001 ketika berusia 35 tahun, Slash mengalami masalah jantung disebabkan tabiat pengambilan alkohol dan dadah yang kronik.

Dia kemudian mengambil masa lima tahun untuk pulih daripada masalah itu.

"Awal pagi 3 Julai 2006, saya memasuki pusat pemulihan. Saya betul-betul menyerah dalam tempoh 30 hari selepas itu. Dalam tempoh itu, saya banyak belajar mengenai diri. Sejak itu juga, saya tidak lagi mengambil dadah dan alkohol sehingga hari ini," katanya.

Slash yang turut dikenali sebagai perokok tegar turut mengambil keputusan berhenti merokok pada 2009 selepas kematian ibunya akibat kanser paru-paru.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2021 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts

All we need is just a little patience
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 02:28 PM | Show all posts
Harap kali ni benar2 berubah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.047871 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list