CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 983|Reply: 0

[Sabah] COVID-19 : Lebih 500,000 Penduduk Sabah Sudah Divaksin

[Copy link]
Post time 28-6-2021 10:43 PM | Show all posts |Read mode

COVID-19 : Lebih 500,000 Penduduk Sabah Sudah Divaksin





KOTA KINABALU, 28 Jun : Sejumlah 544,893 rakyat Sabah telah menerima suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi Kebangsaan peringkat negeri setakat hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.
Beliau yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata seramai 376,202 individu menerima suntikan dos pertama manakala 168,691 orang pula telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin melalui pelaksanaan program itu di seluruh Sabah.

Masidi dalam kenyataan hari ini berkata seramai  873,818 individu telah mendaftar untuk menerima vaksin di Sabah dengan 5,243 daripadanya adalah pendaftaran baharu yang direkodkan hari ini.
Mengenai perkembangan COVID-19 di Sabah, Masidi berkata sebanyak 258 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes 69,025, manakala seramai 169 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh 66,850 orang.
Tiada kes kematian dan kluster baharu dilaporkan di Sabah hari ini, katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 1.047891 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list