CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1580|Reply: 3

[Sarawak] Covid-19 28/06/2021

[Copy link]
Post time 28-6-2021 07:57 PM | Show all posts |Read mode
COVID-19: 409 kes baharu, dua kematian


KUCHING: Sarawak merekodkan 409 kes baharu COVID-19 dengan dua kematian hari ini, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).


Jelasnya, sejumlah 234 atau 57.21 peratus daripada jumlah kes ini dikesan di lima daerah iaitu di Sibu, Kuching, Sarikei, Tebedu dan Mukah.

"Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah daerah Sibu (75), Kuching (65), Sarikei (35), Tebedu (31), Mukah (28), Bintulu (23), Kanowit (23), Miri (22), Song (12), Kapit (11), Telang Usan (10), Saratok (9), Sri Aman (9), Lubok Antu (8), Tatau (8), Subis (7), Samarahan (7), Sebauh (5), Bukit Mabong (5), Pakan (4), Simunjan (2), Betong (2), Selangau (2), Lundu (1), Tanjung Manis (1), Bau (1), Meradong (1), Serian (1) dan Pusa (1)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah jawatankuasa itu, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 64,233.


Mengulas lanjut, katanya, daripada 409 kes baharu yang dilaporkan, seramai 49 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

Manakala seramai 360 orang kes atau yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin.

"Secara ringkas, kes-kes ini terdiri daripada 267 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (18 kes bergejala); 89 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (2 kes bergejala); 28 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan; 21 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (1 kes bergejala); 4 kes melibatkan individu yang balik dari luar negara (Import A) iaitu dari Indonesia (kes tidak bergejala)," ujarnya.

Mengenai dua kematian yang dilaporkan hari ini, JPBNS memberitahu, satu melibatkan wanita berusia 76 tahun di Hospital Sarikei dan satu lagi kes melibatkan wanita berusia 83 tahun di Hospital Kapit.

"Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah bertambah kepada seramai 406 orang.

"Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa," ujarnya.
Selain itu, JPBNS memaklumkan terdapat 523 kes baharu telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Manakala, 409 orang yang disyaki (PUI) baharu telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.





utusan borneo 2021-06-28T18:51:09+08:00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-6-2021 08:01 PM | Show all posts
Lima kluster baharu di Sarawak



KUCHING: Lima kluster baharu yang mana empat daripadanya melibatkan kluster komuniti dan satu kluster tempat kerja di sebuah pasar raya di Jalan Samariang diisytiharkan di Sarawak hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, empat kluster komuniti adalah Kluster Luteng di Telang Usan, Kluster Po Ai di Sri Aman, Kluster Blimbing di Bau dan Kluster Simpang Koko di Sarikei.

"Kluster tempat kerja adalah Kluster Jalan Semariang, Kuching yang dikesan melibatkan sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Semariang, Petra Jaya, Kuching.

"Sejumlah 176 individu disaring di mana 36 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 72 kes didapati negatif dan 68 kes masih menunggu keputusan makmal," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kesemua kes positif COVID-19 dirujuk ke Hospital Umum Sarawak, Hospital Serian dan CAC Kuching serta dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di daerah Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Bagi empat kluster komuniti pula, Kluster Luteng, Telang Usan dikesan melibatkan sebuah kampung di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Long Luteng, Telang Usan.

Jelas jawatankuasa itu, sejumlah 69 individu disaring di mana 44 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 24 kes didapati negatif dan satu kes masih menunggu keputusan makmal.

"Kesemua kes positif COVID-19 ini dimasukkan ke Hospital Miri dan PKRC di daerah Miri bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut dan Terdapat satu kes kematian melibatkan kluster ini," katanya.

Manakala, Kluster Po Ai, Sri Aman dikesan melibatkan empat buah rumah panjang di bawah PKPD di kawasan Po Ai, Sri Aman.

JPBNS memaklumkan sejumlah 330 individu disaring di mana, 103 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 176 kes didapati negatif dan 51 kes masih menunggu keputusan makmal.

Kesemua kes positif COVID-19 ini dimasukkan ke Hospital Sri Aman dan PKRC di daerah Sri Aman bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Kluster Blimbing, Bauyang juga merupakan satu kluster komuniti dikesan melibatkan sebuah kampung iaitu Kampung Blimbing di kawasan Krokong , Bau.

"Sejumlah 47 individu disaring di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 18 kes didapati negatif dan tujuh kes masih menunggu keputusan makmal.

"Kesemua kes positif COVID-19 ini dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak, Hospital Bau dan PKRC di daerah Bau bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut," ujarnya.

Satu lagi kluster komuniti adalah Kluster Simpang Koko, Sarikei yang dikesan melibatkan empat buah rumah panjang di bawah PKPD di kawasan Simpang Koko, Sarikei.

Sejumlah 140 individu disaring di mana 59 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks dan 81 kes individu didapati negatif.

Kesemua kes positif COVID-19 ini dimasukkan ke Hospital Sarikei dan PKRC di daerah Sarikei bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut dan terdapat satu kes kematian melibatkan kluster ini.

Dalam pada itu, JPBNS memberitahu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu kluster tamat iaitu Kluster Jalan Rubber, Kuching setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster ini.

"Jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 97 kluster di mana sebanyak 16 kluster aktif yang telah merekodkan 90 penambahan kes baharu manakala 81 kluster tidak merekodkan penambahan kes," jelasnya.

Selain itu, JPBNS turut memaklumkan semua daerah kekal dengan 29 daerah berstatus merah, tiga daerah berstatus jingga, tujuh daerah berstatus kuning dan satu daerah berstatus hijau.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan sebanyak 60 kompaun di daerah Kuching (22), Bintulu (10), Lawas (10), Sibu (8), Miri (3), Padawan (3), Saratok (2), Sarikei (1) dan Kota Samarahan (1) kerana telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Manakala, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak pula mengeluarkan tiga kompaun di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Bintulu (2) dan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (1) atas kesalahan pelanggaran SOP.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2021 08:05 PM | Show all posts
Percepat pemberian vaksin COVID-19 kepada pekerja industri - Masing



KUCHING:KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing (gambar) mendesak para pembuat keputusan di negara ini untuk mengambil langkah mempercepatkan lagi pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada pekerja industri.

Dengan mengambil tindakan tersebut katanya, negara akan dapat mencapai imuniti kelompok agar industri dapat berfungsi.

Masing berkata penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi di seluruh negara atau total lockdown tidak akan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 jika dibandingkan dengan vaksin.

"Total lockdown seperti yang dipraktikkan sekarang di seluruh negara adalah kaedah yang sangat selektif iaitu dengan menutup kilang-kilang tertentu. Pendekatan seperti itu tidak dapat memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 kerana apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat, COVID-19 akan terus ada," kata Masing dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kesan daripada total lockdown akan mewujudkan mutan ekonomi di antara industri, kekecewaan sosial dalam masyarakat dan kemarahan netizen terhadap kerajaan.

Masing berkata, pemberian vaksin COVID-19 secara agresif di Sarawak menggunakan pendekatan ‘suntik dahulu, daftar kemudian’ bagi mereka yang tinggal di luar bandar adalah pendekatan betul.

“Hasilnya, Sarawak mempunyai jumlah orang paling banyak diberi vaksin di Malaysia.

"Malah, Sarawak sebenarnya tidak perlu melaksanakan total lockdown seperti yang dipraktikkan di Semenanjung Malaysia tetapi disebabkan kita merupakan sebahagian daripada Malaysia, kita terpaksa mengikuti arahan nasional berkenaan," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 11:19 PM | Show all posts
Vellfire replied at 28-6-2021 08:05 PM
Percepat pemberian vaksin COVID-19 kepada pekerja industri - Masing
Respek dengan YB Masing ni...
dia betul2 komited dalam perang dengan Covid ni...

banyak usaha beliau untuk kepentingan rakyat ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.153147 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list