View: 11880|Reply: 8
|
Harga Upah Tukang Besi dan Helper dimalaysia
[Copy link]
|
|
Aku nak shared pengalaman aku kerja di bengkel besi...
Aku mula ceburkan diri di alam pekerjaan welder pada awal 2005, aku menyertai syarikat Macro Vantage (kini di kenali sebagai Macro Succesfull Trading) lokasinya di Masjid Tanah Melaka.Masa mula mula masuk kerja aku diberi tugas sebagai helper sahaja dan tidak tahu apa pun termasuk cara pakai pita pengukur.Masa itu aku dibayar gaji hari iaitu rm25 /8jam pada sekitar 2005.Sekarang sesiapa yang masuk kerja situ sebagai helper akan dibayar sehari paling Minimum RM50.kat syarikat ini banyak kali aku keluar masuk...Bos syarikat ini adalah MR Liew Chee Kiong dan dibantu isterinya...Mereka adalah manusia yang terbaik dalam hidup aku walaupun aku bukan sebangsa mereka..kerja aku di sini sebagai helper Tukang Besi...best nya aku kat sini walaupun gaji tak naik dan jawatan tetap helper Tukang besi ..bos aku ini Mr Liew banyak ajar aku asas pengiraan dalam bisnes Bengkel Besi serta dedahkan aku pada dunia binaan bangunan serta kerja asas perpaipan dan elektrik.Kali terakhir dalam sekitar 2018 ,Mr Liew ini telah mengejutkan aku dari "tidur"...dia suruh aku cari tapak untuk buat bengkel besi sendiri dimana dia bantu aku peralatan untuk mulakan bisnes dan dia nak bantu aku bagi projek dia yang lebih...Namun sayang aku buat tak endah.....Aku salute mr Liew ini termasuk isterinya dan anak anaknya spt Aseng dan Bebi yang semuanya baik terhadapku walaupun aku seorang yang Nakal dan keras kepala.Di Melaka ni minimum gaji helper bengkel besi sekitar RM 50-55 UTK sehari.Manakala di bengkel ini gaji tukang Besi(tahu hasilkan produk grill ,gate awning dan lain lain) paling Minimum sehari RM70....dan di sebelah bengkel ini ada lagi satu bengkel Besi dinamakan Tye Choong Foundry...di syarikat Tye Chong ini gaji helper Tukang Besi juga RM50-55 sehari(seingat aku syarikat ini ikut sistem gaji bulan) ,Manakala Tukang Besi syarikat Tye Chong minimum RM75...syarikat Tye Chong juga carum KWSP untuk pekerjanya....dan di Melaka raya rata gaji helper bengkel besi RM50 sehari(8 jam)....kos sara hidup di Melaka rendah tidak setinggi Johor/Melaka/ Selangor.....
Dijohor juga terdapat 2 bengkel besi yang aku kerja....dimana kadar bayargaji sebagai helper sekitar RM50-55 sehari(8jam)....dimana itulah kadar bayaran di negeri Johor yang dikatakan kos sara hidupnya Tinggi....
Aku sempat merantau ke Kedah....sebuah negeri yang jauh rendah kos sara hidupnya berbanding KL,Selangor dan Johor....disini ada aku nak ceritakan point point penting.Pada sekitar 2015-2018) aku sempat kerja di 2 bengkel besi di negeri Kedah.
Bengkel Besi Sujipto Enterprise diserah Jitra .aku mula bekerja di situ sebagai helper Tukang Besi....Gaji permulaan RM50 sehari/8jam....disini aku didedahkan dengan belajar cara hasilkan produk besi ....6 bulan selepas aku kerja di Sujipto Enterprise ini....selaku helper Tukang besi...aku di bolehkan membuat Tingkap grill yang mudah....dan gaji aku menjadi RM60 sehari/8jam.Kat bengkel Besi Sujipto Ent...seingat aku Tukang Besi bernama Li yang mahir SMAW dan MIG ,pakar dalam penghasilan grill dan gate termasuk jenis wrought iron sahaja....dan dia tidak tahu menghasilkan produk Awning dan polycarbonate....Dalam urusan Polycarbonate dan Awning,bos kami upah orang luar....Berbalik Pada Tukang Besi bernama Li....dia diupah dengan kadar RM80-85 untuk 8jam/hari....
Selepas itu aku berpindah ke daerah sungai petani....dan berkerja di sebuah syarikat Contruction..Tukang Besi di syarikat memang ada tapi bukan bidang penghasilan grill ,gate,awning atau polycarbonate...tapi lebih kepada penghasilan Skriktur bangunan /rangka bangunan...gaji Tukang Tukang Besi syarikat ini ikut jam(mahal juga)....aku di syarikat ini asalnya sebagai Helper Tukang Besi yang hanya mahir dalam hasilkan struktur dan rangka bangunan..dimana aku dibayar sehari/8 jam adalah RM52.Disinilah majikan aku mulai rancangan baru iaitu membuat kerja kerja hasilkan produk besi seperti grill,awning,polycarbonate dan gate..dimana majikan aku hendak mengajikan Tukang besi dalam penghasilan grill,gate,awning dan Polycarbonate...namun tidak ada pekerja baru yang menepati ciri yang dikehendaki.Akhirnya aku mencadangkan agar Tukang Tukang besi yang ada belajar menghasilkan produk grill,awning,polycarbonate dan gate dimana aku turut menggunakan pengalaman yang ada.dimana di situlah aku berjaya menjayakan beberapa projek penghasilan grill,gate,polycarbonate dan awning...walaupun lambat penyiapan dan hanya mampu hasilkan produk produk gate dan grill yang mudah dan ringkas...seberti grill single,pintu single,pintu hantu ,sliding,gate single dan gate lipat..dalam 3 bulan itu lah gaji aku pada kadar RM70/8jam selaku helper....di syarikat inilah aku mula praktikkan apa yang aku belajar dimana akulah yang akan ke rumah Pelangan bagi kerja kerja pengukuran awal,bincang serta nasihat pattern...Bos aku hanya urus penyediaan barang keperluan dan kertas kerja..kat syarikat ini aku hanya 5 bulan sahaja sebelum merantau ke negeri lain.
dan Aku memilih Selangor...dan banyak bengkel besi di Selangor yang aku kerja....Tapi terus terang aku cakap....HAMPEH!!!!rata rata bengkel besi di Selangor KL membayar upah helper dalam julat RM50-53 ringgit UTK 8 jam...dan bagi gaji Tukang Besi yang hasilkan grill,buat kerja polycarbonate,awning dan grill yang paling tinggi dibayar oleh majikan di Selangor/KL adalah RM61 ringgit/sehari.dimana dalam negeri atau kawasan yang terkenal dengan kos sara hidup tertinggi!padahal rata rata owner bengkel besi itu mentakrifkan harga upah sehari tukang besi mereka adalah RM100 sehari kepada pelanggan bagi tujuan kira kira urusniaga! Walhal semua mereka itu guna sistem keuntungan 3 kali ganda dan harga serta cara kira adalah sama sekata.
Yang peliknyamajikan Melaka dan Kedah yang kos hidup murah mampu bayar lebih baik dari pada majikan di Selangor dan KL....
So aku cadangkan mana mana tukang besi bidang kerja grill,gate,awning dan Polycarbonate di negeri selain KL Selangor, JANGAN MERANTAU KE KLDAN SELANGOR SEMATA MATA NAK KERJA BENGKEL BESI penghasilan grill,gate,awning dan poly....kerana Tak berbaloi serta merugikan....
Kalau tak Caya apa aku ceritakan....merantaulah kalian ke bengkel bengkel besi Selangor ,KL,Johor,Melaka dan Kedah....dan kaji kadar gaji ya...heheheheh...sekian assalamualaikum |
|
|
|
|
|
|
|
Aku gajikan helper RM40 sehari. Yg mmg taktau apa, mmg betul2 helper semata.
Selangor susah nak cari yg betul2 nak keja. Nak gaji tinggi, tapi keja haprak.
Ada yg dtg interview, takde pengalaman. Aku offer RM1800 sebulan tak termasuk elaun tepi.
Lagi nak demand RM2000 lebih. Kata tak cukup bawah 2 ribu.
Penglaman takde. Dulu driver lori.
Laki bini keja, duduk PPR.
Susah betul nak cari yg betul2 nak kerja. Kebanyakan sekarang malas. Entah, bukan rezeki aku lagi kot jumpa pekerja yg betul2 ikhlas nak keja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-6-2021 08:30 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Isu sini taraf gaji dan keadaan kos sara hidup ...bab kerja helper ni saya ni helper namun helper semi skilled...jap kamu pernah merantau ke negeri negeri? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-6-2021 08:31 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
apech replied at 28-6-2021 01:54 AM
Aku gajikan helper RM40 sehari. Yg mmg taktau apa, mmg betul2 helper semata.
Selangor susah nak ca ...
Helper RM40 sehari? Kerja apa tu???hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-6-2021 08:32 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
MrSkize85 replied at 29-6-2021 08:31 PM
Helper RM40 sehari? Kerja apa tu???hehehehe
Helper RM40 kat negeri mana bang? |
|
|
|
|
|
|
|
Kerja apa? Kerja helper la. kemas barang, tlg hulur barang, angkat naik turun barang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku ada tulis kat atas, negeri selangor.
|
|
|
|
|
|
|
|
Faham. Tp nak gaji tinggi, kelulusan takde, pengalaman takde. Gaji nak tinggi.
Keja tak reti buat. Mampos la majikan mcm tu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|