CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2479|Reply: 3

[Sabah] SESB bagi amaran jangan buat sambungan haram

[Copy link]
Post time 27-6-2021 10:17 PM | Show all posts |Read mode
SESB bagi amaran jangan buat sambungan haram

HARAM: Wayar sambungan haram di Kampung Numbak Sepanggar. Gambar ihsan Facebook Reno Firdaus

KOTA KINABALU: Kejadian Letupan dan percikan api membabitkan talian pepasangan milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang tular di media sosial berpunca dari sikap tidak bertanggungjawab segelintir penduduk setinggan di Kampung Numbak Sepanggar dekat sini.

Tindakan penduduk membuat penyambungan bekalan elektrik tanpa kebenaran boleh mengundang kemudaratan dan membahayakan lebih kurang 170 penduduk di kampung terbabit dan kawasan sekitar terpaksa bergelap sepanjang malam.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB Idris Mohd Noor berkata, pusat pengurusan panggilan SESB Careline menerima aduan mengenai letupan dan percikan api pada jam 7.25 malam Jumaat lepas.

Katanya, pasukan teknikal SESB tiba di kampung berkenaan kira-kira jam 8 malam untuk mematikan punca bekalan elektrik atas faktor keselamatan bagi mengenal pasti punca berlakunya letupan terbabit.

"Hasil siasatan mendapati punca letupan disebabkan oleh perbuatan tidak bertanggungjawab penduduk yang melakukan penyambungan haram bagi mencuri arus elektrik daripada kabel talian atas voltan rendah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut menegaskan perbuatan seumpama itu boleh menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran.

Sehubungan itu, Idris menyeru agar orang awam khususnya mereka yang tinggal di perkampungan setinggan jangan melakukan perbuatan menyambung bekalan elektrik secara haram.

Menurutnya, kejadian itu bukan sahaja boleh melibatkan kemusnahan harta benda tetapi juga mengakibatkan penduduk lain sukar menjalani kehidupan harian.

"Ia juga boleh menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa akibat renjatan elektrik. Dalam pada itu, kerja-kerja pemulihan bekalan di kampung berkenaan dilaksanakan pada hari berikutnya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan keselamatan anggota kerja SESB.

"SESB bersama-sama pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) dan kerajaan sedang berusaha gigih untuk menyelesaikan masalah pembekalan elektrik ke kawasan setinggan agar kejadian-kejadian seumpama ini dapat dibendung dengan lebih berkesan," jelasnya.






Utusan borneo
2021-06-27T18:05:03+08:00





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2021 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh gilalah   Hati kering betul yg sambung tu
Kang dah kena renjatan, bkn hati je kering. Jantung, buah pinggang, usus, limpa, pundi kencing, semua lah, kering. Rambut mesti pacak kering
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg setinggan ni memang tak mampu nak masuk meter api kt rumah ke yg pendatang tanpa izin ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2021 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
biskutraya replied at 28-6-2021 08:05 AM
Yg setinggan ni memang tak mampu nak masuk meter api kt rumah ke yg pendatang tanpa izin ni..

Susah nak cakap, pendatang atau anak beranak yg dah berdekad2 duduk.

Duduk setinggan, bila habis terbakar boleh la kot daftar ambik ic.


Harap jabatan pendaftaran kita dh modern, ada data lengkap cap jari, siapa tak de cap jari, duduk setinggan mcm ni hntr balik, nak masuk mohon baru.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 3.049641 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list