View: 2822|Reply: 13
|
Tom Cruise lesap, disyaki positif COVID-19
[Copy link]
|
|
Tom Cruise lesap, disyaki positif COVID-19
Kru produksi menuding jari mendakwa Tom Cruise punca penggambaran filem Mission Impossible 7 tertangguh lagi selepas tidak muncul di lokasi penggambaran. - Foto AGENSI
LOS ANGELES: Bintang Hollywood terkenal, Tom Cruise, 59, berang penggambaran filem terbaharu, Mission Impossible 7 tergendala lagi selepas 14 kru produksi dijangkiti pandemik COVID-19.
Mengikut laporan The Hollywood Reporter, ia membabitkan empat penari dan 10 kru produksi disahkan positif, sekali gus memaksa bintang berusia 59 tahun itu menjalani kuarantin kendiri.
Penggambaran filem Mission Impossible 7 juga terpaksa dihentikan, 50 kru produksi perlu menjalani kuarantin kendiri selama seminggu sejak 7 Jun lalu.
Bagaimanapun, timbul spekulasi lain apabila bekas suami aktres Katie Holmes itu tidak muncul di lokasi penggambaran selepas tempoh kuarantin kendiri tamat.
Malah, kru mula membuat spekulasi aktor kacak itu dijangkiti COVID-19 selepas penggambaran tertunda.
Mengikut sumber dalaman yang dipetik portal The Sun, ada kru menuding jari mendakwa Cruise sebagai punca penggambaran filem berkenaan tertangguh lagi.
"Kali ini kru produksi mendakwa Cruise sebagai punca penundaan. Semua kru produksi dimaklumkan penggambaran dihentikan apabila bintang itu tidak muncul," kata sumber itu.
Tom Cruise bersama kekasih baharu, Hayley Atwell yang turut membintangi filem Mission: Impossible 7. - Foto AGENSI
Sumber melaporkan, mereka mengesyaki Cruise menjadi kontak rapat kru yang positif, malah spekulasi juga bertebaran mengatakan aktor tinggi lampai itu dijangkiti COVID-19.
"Walaupun tiada bukti, namun, ia tidak menghalang sesama mereka untuk bercakap mengenai soal ini.
"Malah, ia menjadi bahan jenaka di lokasi penggambaran kerana sangat ironik jika Cruise jadi penyebab penggambaran dihentikan," katanya.
Terdahulu, pelakon dan kru terpaksa menghentikan penggambaran berikutan sekatan pergerakan dikenakan berikutan penularan COVID-19 pada Februari, tahun lalu.
Penggambaran disambung semula pada musim gugur, tetapi ditangguhkan selama seminggu pada Oktober, tahun lalu selepas 12 kru positif COVID-19 di Itali.
Pada Disember, tahun lalu, rakaman audio Cruise menjerit kepada dua kru yang berdiri berdekatan di hadapan monitor menjadi tular selepas didedahkan portal The Sun. Kru berkenaan dilihat berdiri kurang daripada enam kaki, melanggar peraturan ditetapkan.
"Jika tidak mengikutinya, anda akan dipecat. Sekiranya saya melihat anda melakukannya lagi, anda akan hilang pekerjaan ini.
"Anda kembali ke Hollywood menghasilkan filem kerana usaha kami. Kami mewujudkan ribuan pekerjaan.
"Saya tidak meminta maaf. Anda boleh menceritakannya kepada orang yang kehilangan pekerjaan, rumah dan keluarga jika industri ini ditutup.
"Bagaimanapun, kami tidak mahu menutup filem ini. Apakah anda sudah faham? Jika saya melihatnya lagi, anda boleh pergi," kata Cruise.
Antara babak Tom Cruise dalam filem Mission: Impossible 7 arahan Christopher McQuarrie. - Foto AGENSI
Seramai 50 kru produksi di Warner Bros Studios di utara London terpegun dengan amukan dan kemarahan Cruise. Ia menyebabkan lima kru berhenti.
Cruise yang juga produser untuk filem berkenaan sudah mengeluarkan kos mencegah COVID-19, termasuk membelanjakan AS$676,000 (RM2.7 juta) untuk kapal layar bagi mengasingkan pelakon, kru dan orang awam.
Filem Mission: Impossible 7 ditulis dan diarahkan oleh Christopher McQuarrie. Cruise mengulangi wataknya sebagai ejen IMF Ethan Hunt dan filem itu dijangka dilancarkan pada 27 Mei tahun depan.
Cruise bergandingan dengan Ving Rhames, Simon Pegg, Rebecca Ferguson dan Angela Bassett. Ia juga menampilkan kekasih baharu Cruise, Hayley Atwell dan Pom Klementieff. - AGENSI
Sumber:https://www.bharian.com.my/hiburan
|
|
|
|
|
|
|
|
“Penggambaran disambung semula pada musim gugur, tetapi ditangguhkan selama seminggu pada Oktober, tahun lalu selepas 12 kru positif COVID-19 di Itali.”
Musim gugur ke musim luruh?
Musim buah gugur ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Tinggi lampai??
Iols rasa dia ni antara aktor yg pendek wlpun ada rupa. Sbb pendek iols tak hingin nak tengok filem dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Xsabar nk menantikan kemunculan raja ramilah begum yg di war-warkan akan beraksi dlm filem hollywood nanti... Katenya laaa suatu ketila dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 26-6-2021 11:18 PM
Tinggi lampai??
Iols rasa dia ni antara aktor yg pendek wlpun ada rupa. Sbb pendek iols tak hingin ...
Tau xpe. Yg tukang tulis ni kelakor la. Ke copy paste? Tom Cruise 170cm, sama tgi aku, celah mananye tinggi lampai? Even kt Malaysia pun 170cm ni standard normal, bayangkan la kat US yg mostly 180 ke atas hahahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka tgk ank dia si suri tu
Dh 15 thn...makin cantik skrg |
|
|
|
|
|
|
|
Bkn dlu siap memaki kru psl sop ke dia ni?
alih2 dia pon positip.. sop kelaut dalam kah |
|
|
|
|
|
|
|
Tom ni da rupa mcm watak bapak dalam malcom in the middle tu |
|
|
|
|
|
|
|
tp dia ada agama sendiri kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
tak tahu lah sis, yang iols tahu heshe penghidap sindrom macam anak kembar zarina zainudin tu...dan hyperaktif. Sebab tu heshe buat sendiri aksi lagak ngeri, macam kat Burj Dubai tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
haaa...autisme ke dyslexia gitulah sis...cer gugel...meols pon tak ingat mana satu...sipi2 dengan hyper jugak rasanya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|