CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1367|Reply: 3

[Sarawak] COVID-19: Ketetapan tatacara kemasukan ke Sarawak ditambah

[Copy link]
Post time 26-6-2021 05:39 PM | Show all posts |Read mode
COVID-19: Ketetapan tatacara kemasukan ke Sarawak ditambah



KUCHING: Beberapa ketetapan baharu telah ditambah dalam tatacara kemasukan ke Sarawak berkuat kuasa serta-merta bagi membendung penularan Varian yang Membimbangkan (VOC) COVID-19, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini.


Satu daripadanya ialah mewajibkan semua pengembara dari India, Nepal, Bangladesh, Pakistan dan Sri Lanka menjalani ujian RT-PCR COVID-19 tiga hari sebelum berlepas dan semasa ketibaan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) serta menjalani kuarantin wajib selama 21 hari di ‘First Point of Entry’ (FPOE).

“Mereka juga perlu mempunyai keputusan RT-PCR negatif pada hari ke-18 sebelum dibenarkan masuk ke Sarawak selain membuat permohonan dalam sistem ‘EnterSarawak’ serta akan dikuarantin sehingga ujian ulangan RT-PCR pertama di Sarawak adalah negatif,” menurut JPBN dalam kenyataan.

Bagi pengembara dari negara lain, mereka wajib menjalani ujian RT-PCR COVID-19 tiga hari sebelum tarikh berlepas dan semasa ketibaan di PMA serta menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di FPOE.
“Mereka perlu mempunyai keputusan ujian RT-PCR negatif pada hari ke-10 sebelum dibenarkan masuk ke Sarawak, selain membuat permohonan menerusi sistem ‘EnterSarawak’ serta dikuarantin selama tujuh hari di Sarawak dan diambil ujian RT-PCR COVID-19 pada hari keempat kuarantin,” menurut kenyataan itu.

Bagi pengembara dari Wilayah Persekutuan Labuan pula, mereka yang mempunyai sejarah berada di pulau itu dalam tempoh 21 hari tidak dibenarkan memasuki Sarawak buat sementara waktu kecuali bagi tujuan kecemasan dengan mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada JPBN Sarawak.

Berkenaan individu yang pulang dari negeri lain pula, mereka wajib mengemukakan keputusan ujian RT-PCR negatif yang diambil dalam tempoh tiga hari sebelum kemasukan ke Sarawak.

“Kebenaran untuk masuk ke Sarawak perlu mohon dalam sistem ‘EnterSarawak’ selain akan dikuarantin wajib selama 14 hari di Sarawak serta ujian RT-PCR akan diambil pada hari ke-10 kuarantin,” menurut kenyataan itu.

Sarawak hari ini mencatatkan 673 kes baharu COVID-19 dengan 423 kes daripadanya dikesan di Sibu, Kuching, Kanowit, Bintulu dan Sarikei selain empat kes kematian baharu akibat wabak itu menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 396 orang. - BERNAMA

utusan borneo 2021-06-25T20:19:16+08:00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2021 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Last2 kes byk sbab sesama mereka sdri bkan dri luar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2021 06:50 PM | Show all posts
rospinki replied at 26-6-2021 10:19 AM
Last2 kes byk sbab sesama mereka sdri bkan dri luar

ntahlah dimana silapnya..


Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire replied at 26-6-2021 06:50 PM
ntahlah dimana silapnya..

1. SOP kemasukan luar memberi lubang income
2. kes kalangan sdri sebab xde SOP hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.068531 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list