Edited by Vellfire at 26-6-2021 11:25 AM
Kudat catat kes baharu tertinggi hari ini
MASIDI
KOTA KINABALU: Kudat mencatatkan kes baharu tertinggi COVID-19 hari ini dengan 56 kes diikuti Kota Kinabalu 29 kes.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pada hari ini juga Sabah secara keseluruhan mencatatkan sebanyak 189 kes baharu COVID-19. Katanya, Sabah juga mencatatkan satu kluster baharu iaitu Kluster Tembok, Tawau. "Daerah Kota Marudu turut mencatatkan 21 kes, Tawau 20 kes, Kota Belud 20 kes, Putatan 6 kes.
"Sementara Sandakan, Lahad Datu, Penampang dan Beaufort masing-masing mencatatkan lima kes," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Beliau berkata, Kunak dan Tuaran juga masing-masing mencatatkan empat kes sementara Ranau hanya tiga kes. Katanya, daerah yang mencatatkan satu kes sahaja adalah Kinabatangan,Semporna, Pitas, Papar, Kalabakan dan Keningau. "Telupid, Beluran, Tenom, Kuala Penyu, Tongod, Sipitang, Nabawan dan Tambunan pula tidak mencatatkan sebarang kes baharu," katanya
utusan borneo 2021-06-26T15:16:24+08:00
|