Edited by boca120879 at 5-4-2023 01:46 AM
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Abu Bakr bin Abu Syaibah, Abu 'Amir Al Asy'ari & Muhammad bin Al 'Allaa, (lafaz Abu 'Amir Al Asy'ari) diceritakan oleh Abu Usamah, daripada Buraid, daripada Abu Burdah, daripada Abu Musa, Nabi s.a.w. bersabda,
"Perumpamaan agama bahawa aku diutus oleh Allah a.w.j. dengannya, iaitu berupa petunjuk dan ilmu ialah bagaikan hujan yang jatuh ke bumi.
Antaranya, ada yang jatuh ke tanah subur yang dapat menyerap air. Maka tumbuhlah padang rumput yang subur.
Antaranya pula, ada yang jatuh ke tanah yang keras sehingga air bertakung kerananya. Lalu air itu dimanfaatkan oleh orang ramai untuk minum, menyiram kebun dan menternak.
Dan ada pula yang jatuh ke tanah tandus, tidak menakungkan air dan tidak pula menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.
Seperti itulah perumpamaan, orang yang mempelajari agama Allah dan mengambil manfaat daripadanya. Belajar dan mengajar.
Dan perumpamaan orang yang tidak mahu tahu dan tidak menerima petunjuk Allah bahawa aku diutus dengannya."
(Hadith Muslim no. 4232)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|