Restoran McDonald’s Dengan Lagu Tema ‘I’m Lovin It’ Dinyanyikan Oleh Justin Timberlake
Restoran McDonald’s telah memainkan peranan yang penting dalam perkhidmatan menyediakan makanan segera yang lazat kepada berbilion pelanggan di seluruh dunia.
Tahukah anda bahawa McDonald’s merupakan restoran makanan segera yang mempunyai pendapatan terbesar di dunia? Berikut adalah 5 fakta menarik yang anda mungkin tidak tahu tentang restoran McDonald’s.
1. McDonald’s bermula dengan menjual roti sosej
Ditubuhkan oleh adik beradik bernama Richard dan Mauricein pada tahun 1930, McDonald’s pada asalnya bermula dengan menjual roti sosej.
Selepas beberapa percubaan yang gagal, mereka akhirnya membuka McDonald’s semula dengan menu yang ringkas seperti burger, kentang goreng dan milk shake.
2. Justin Timberlake dibayar 6 juta untuk menyanyi I’m Lovin It
Ini adalah percubaan pertama McDonald’s untuk mewujudkan kempen pemasaran di seluruh dunia.
Justin Timberlake telah dibayar 6 juta dolar untuk menyanyi lagu tema McDonald’s. Bukan itu sahaja, syarikat makanan segera ini juga menaja jelajah ke 35 bandar Eropah untuk bekas ahli NSYNC.
3. Di Jepun, Ronald McDonald dikenali sebagai Donald McDonald
Oleh kerana tiada bunyi huruf ‘R’ di Jepun, mereka menamakan badut McD sebagai Donald McDonald. Orang pertama yang diggambarkan sebagai Ronald dalam iklan televisyen adalah Willard Scott, penyampai ramalan cuaca di The Today Show.
Kemudian dia dipecat sebagai Ronald McDonald kerana berat badannya naik dengan mendadak.
4. Bill Gates mempunyai ‘kad emas’ McDonald’s untuk mendapat makanan percuma tanpa had
Bill Gates mempunyai ‘kad emas’ yang memberikannya akses percuma tanpa had ke semua cawangan McDonald’s di seluruh dunia.
Selebriti seperti Rob Lowe dan Warren Buffet juga mempunyai ‘kad emas’ McDonald’s, tetapi tidak seperti Bill Gates, kad mereka adalah terhad kepada beberapa negeri dan bandar-bandar.
5. Usain Bolt telah makan sekitar 1,000 nugget ayam
Usain Bolt, pelari pecut dari Jamaica yang memegang rekod dunia dalam acara 100 meter dan 4×100 meter ini mendakwa bahawa dia telah memakan kira-kira 1,000 nugget ayam semasa Sukan Olimpik 2008 di Beijing.