CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 884|Reply: 0

Modric kembali jadi watak utama

[Copy link]
Post time 24-6-2021 10:58 PM | Show all posts |Read mode

MODRIC (kanan) berjaya meledak satu gol ketika membantu Croatia mencatat kemenangan 3-1 ke atas Scotland awal pagi semalam. – AFP

Modric kembali jadi watak utama

GLASGOW – Pemain tengah Croatia, Luka Modric terus menjadi watak penting apabila membantu pasukan itu menewaskan Scotland 3-1 pada aksi terakhir Kumpulan D, Euro 2020 di Hampden Park awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Modric, Nikola Vlasic dan Ivan Perisic masing-masing menjaringkan satu gol bagi membawa Croatia melangkah ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Terdahulu, prestasi Modric menjadi persoalan dan dia berdepan kritikan apabila dilihat semakin hilang sentuhan selepas menampilkan aksi di bawah pres-tasi sebenar pada perlawanan terdahulu.

Bagaimanapun, aksi awal pagi semalam membuktikan pemain Real Madrid itu masih berbisa apabila menjaringkan gol menarik, selain menjadi nadi yang menggerakkan serangan pasukannya.

“Selepas perlawanan malam ini (semalam), kami berasa sangat bangga kerana sudah menampilkan aksi terbaik. Jika kalah sekalipun, kami tidak akan kecewa de-ngan persembahan pasukan.

“Saya sangat gembira kerana dapat jaringkan satu gol untuk pasukan dan ia sangat bermakna. Gol adalah penting untuk saya, namun aksi sepasukan lebih jadi keutamaan,” kata pemenang anugerah Ballon d’Or 2018 itu.

Menerusi kemenangan itu, Croatia turut menyingkirkan Scotland daripada kempen kali ini selepas skuad kendalian -Steve Clarke berada di kedudukan tercorot kumpulan dengan satu mata. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.821047 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list