View: 2582|Reply: 6
|
Kerana Usher, T-Pain murung empat tahun
[Copy link]
|
|
Kerana Usher, T-Pain murung empat tahun
T-Pain
London: Penyanyi rap, T-Pain mendedahkan pernah mengalami kemurungan selama empat tahun selepas penyanyi Usher mengkritik dia menggunakan teknologi 'auto tune' untuk memantapkan suara.
Penyanyi lagu Buy U a Drank (Shawty Snappin') itu berkata, Usher pernah memberitahu kepadanya teknologi 'auto tune' yang digunakan dalam klip lagu bagi sebuah siri Netflix, This Is Pop memusnahkan industri muzik.
T-Pain atau nama sebenarnya Faheem Rasheed Najm berkata, komen 'pedas' yang dibuat Usher membuatkan dia mengalami tekanan.
"Usher adalah sahabat saya dan saya sangat menghormatinya. Namun, satu hari dia beritahu yang saya memusnahkan industri muzik. Pada mulanya saya terpinga-pinga, namun saya menjelaskan saya memang menggunakan teknologi auto-tune dalam lagu dan tidak memberitahu kepada sesiapa yang saya menggunakannya.
"Ketika Usher terus mengkritik tindakan saya itu, saya mula terfikir apa yang diperkatakannya dan tidak sedar yang saya menghadapi kemurungan selama empat tahun ini," katanya.
Auto tune adalah perisian untuk menyedapkan suara tetapi kedengaran nada robot.
T-Pain menggunakan perisian itu sejak memulakan karier nyanyian pada 2003 dan kemudian menjadi ikutan beberapa selebriti antarabangsa.
Usher bukanlah satu-satunya penyanyi yang mengkritik penggunaan auto tune dalam muzik T-Pain.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Usher now pon dah level Yuna jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg btul pun ap yg Usher ckp tu....dah tau tp ttp nak jd penyanyi jgk dgn guna 'auto-tune' sbb suara sbnr xbleh nak 'jual' kan lol....
No wonder la dah lm xkluar lgu bru huhu |
|
|
|
|
|
|
|
tapi T pain winner season 1 masked singer. iols xexpect gile tu Tpain. omgeee. suara die sedap. mmg ada talent |
|
|
|
|
|
|
| |
|