CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1674|Reply: 3

[Sabah] Covid-19 23/06/2021

[Copy link]
Post time 23-6-2021 03:10 PM | Show all posts |Read mode
129 kes baharu COVID-19 di Sabah hari ini, tiada kluster baharu
MASIDI


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 129 kes baharu COVID-19 dengan ibu negeri kekal merekodkan kes tertinggi sebanyak 37 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata jumlah itu diikuti Papar 18 kes, Tawau berkurang kepada 16 kes dan Kudat sembilan kes.

“Semporna dan Kota Marudu masing-masing tujuh kes diikuti Kota Belud dan Penampang enam kes setiap daerah manakala Sandakan mencatatkan empat kes.

“Sembilan kes keseluruhan di tiga daerah termasuk Lahad Datu, Kunak dan Keningau demgan masing-masing tiga kes manakala dua kes di setiap daerah bagi Kalabakan, Pitas, Tuaran serta Beaufort dan hanya satu kes di Sipitang serta Nabawan,” katanya.


Beliau berkata sembilan daerah termasuk Telupid, Beluran , Tongod, Kinabatangan,Ranau, Putatan, Kuala Penyu,

Tenom serta Tambunan tidak mencatatkan sebarang kes dan tiada kluster baharu dilaporkan hari ini.

utusan borneo 2021-06-23T14:33:33+08:00


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2021 03:12 PM | Show all posts
Penduduk pedalaman Kota Marudu mula terima vaksin


VAKSINASI: Maximus (dua kiri) memberi galakan kepada salah seorang penerima vaksin di Kampung Sungai Magandai, sambil diperhati oleh Hendrus (kiri).


KOTA MARUDU: Seramai 300 penduduk sekitar Mukim Kampung Sungai Magandai di sini dikenal pasti menerima vaksin fasa pertama menerusi Program Outreach Kota Marudu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili berkata, mukim berkenaan melibatkan lapan kampung dengan jumlah penduduk lebih 700 orang.

Katanya, daripada jumlah itu, sekitar 300 orang di mukim itu disasarkan untuk menerima vaksin COVID-19.

"Setakat pertengahan bulan ini, data menunjukkan sejumlah 15,265 orang mendaftar untuk program vaksinasi melalui MySejahtera di Kota Marudu.

"Seramai 6,018 orang menerima sekurang-kurangnya dos pertama manakala, seramai 1,949 orang lengkap menerima kedua-dua dos," katanya.

Beliau berkata demikian sempena pelancaran Program Vaksinasi iaitu sebahagian daripada Program Outreach Kota Marudu di sini semalam.

Menurutnya, kempen vaksinasi yang sedang berlangsung mula diperluaskan ke kawasan pedalaman termasuk beberapa mukim di daerah ini.

Katanya, program anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Kota Marudu itu disertai oleh sekumpulan doktor, jururawat dan beberapa wakil dari badan-badan bukan kerajaan (NGO).

"Mereka yang terlibat ini menaiki pancuan empat roda bagi memastikan masyarakat di lima mukim yang terletak di kawasan pedalaman Sonsogon tidak tercicir dari program vaksinasi ini.

"Menerusi Program Outreach Vaksinasi COVID-19, ia memberi manfaat kepada masyarakat di kawasan luar bandar, khususnya kawasan pedalaman yang mempunyai kesukaran untuk bergerak keluar dari kawasan mereka.

“Walaupun saya melihat sambutan agak perlahan, namun masih berjalan lancar kerana lebih ramai yang tampil untuk divaksinasi," jelasnya.

Sehubungan itu,  beliau berharap lebih ramai penduduk yang hadir untuk mendaftar dan menerima vaksin sepanjang program itu diadakan di kawasan berkenaan.

Maximus berkata, walaupun vaksin bukanlah penawar, sekurang-kurangnya ia dapat membina antibodi untuk melawan virus yang membawa maut.

Katanya, masyarakat perlu melindungi diri sendiri terlebih dahulu untuk melindungi orang lain. Justeru, jangan sesekali takut untuk menerima vaksin kerana ia dapat menyelamatkan nyawa.

Pada majlis itu, Maximus turut menyampaikan sumbangan kerusi roda dan beberapa keperluan sumbangan dari Pejabat Parlimen Kota Marudu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek Hendrus Anding kepada kanak-kanak kurang upaya, Shalvendra Sius, 6, yang diwakili oleh ibunya Jasika Linggin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2021 01:38 PM | Show all posts
2 Lagi Kampung Di Sabah Dikenakan PKPD Bermula Jumaat Ini


elaksanaan PKPD selama 14 hari di dua kampung di Sabah adalah susulan peningkatan jangkitan Covid -19.


PUTRAJAYA: Dua kampung di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD selama 14 hari bermula 25 Jun hingga 8 Julai itu adalah susulan peningkatan jangkitan Covid-19.



Manakala di Sabah PKPD membabitkan Kampung Tambulion Ulu, Kota Belud dengan 10 individu dikesan positif setakat ini.

Kampung Kukut, Beaufort, turut dikenakan PKPD selepas 18 daripada 34 individu yang disaring dilaporkan positif.

Sementara itu, Ismail memaklumkan PKPD di Kampung Likas, Kota Kinabalu, dilanjut sehingga 7 Julai dan PKPD di lima sub-zon Wilayah Persekutuan Labuan dilanjut hingga 28 Jun.

Pelaksanaan PKPD di Perumahan Kilang, Ladang Ong Yah Ho, Kinabatangan, Lorong Pasir Putih, Taman Pasir Putih Fasa 1, Putatan, Sabah akan tamat bermula 11.59 malam pada 24 Jun.

PKPD di Kampung Batu Layar, Pulau Banggi, Kudat,Taman Wawasan, Beaufort, Sabah pula akan tamat bermula 11.59 malam ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, semalam polis menahan 754 lagi individu atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu 701 dikompaun manakala 53 lagi direman.

Pihak berkuasa juga menahan 44 PATI dan merampas sembilan kenderaan darat serta dua bot.

“Sementara pihak penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam melakukan 1,433 pemeriksaan khas dan daripada jumlah itu, 1,425 premis mematuhi SOP manakala lapan lagi dikenakan kompaun,” katanya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2021 01:43 PM | Show all posts
2 Lagi Kampung Di Sabah Dikenakan PKPD Bermula Jumaat Ini

Pelaksanaan PKPD selama 14 hari di dua kampung di Sabah adalah susulan peningkatan jangkitan Covid -19.



PUTRAJAYA: Dua kampung di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD selama 14 hari bermula 25 Jun hingga 8 Julai itu adalah susulan peningkatan jangkitan Covid-19.
Manakala di Sabah PKPD membabitkan Kampung Tambulion Ulu, Kota Belud dengan 10 individu dikesan positif setakat ini.
Kampung Kukut, Beaufort, turut dikenakan PKPD selepas 18 daripada 34 individu yang disaring dilaporkan positif.
Sementara itu, Ismail memaklumkan PKPD di Kampung Likas, Kota Kinabalu, dilanjut sehingga 7 Julai dan PKPD di lima sub-zon Wilayah Persekutuan Labuan dilanjut hingga 28 Jun.
Pelaksanaan PKPD di Perumahan Kilang, Ladang Ong Yah Ho, Kinabatangan, Lorong Pasir Putih, Taman Pasir Putih Fasa 1, Putatan, Sabah akan tamat bermula 11.59 malam pada 24 Jun.
PKPD di Kampung Batu Layar, Pulau Banggi, Kudat,Taman Wawasan, Beaufort, Sabah pula akan tamat bermula 11.59 malam ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, semalam polis menahan 754 lagi individu atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu 701 dikompaun manakala 53 lagi direman.
Pihak berkuasa juga menahan 44 PATI dan merampas sembilan kenderaan darat serta dua bot.
“Sementara pihak penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam melakukan 1,433 pemeriksaan khas dan daripada jumlah itu, 1,425 premis mematuhi SOP manakala lapan lagi dikenakan kompaun,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.194000 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list