CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2790|Reply: 14

Lelaki gali lubang sambil tersenyum untuk masak BBQ buat netizen ternganga

[Copy link]
Post time 23-6-2021 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki gali lubang sambil tersenyum untuk masak BBQ buat netizen ternganga



Memasak barbeku bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi untuk membina kawah api bagi memasak seketul daging yang besar. Biasanya kita hanya akan memasak BBQ menggunakan cebisan kecil daging yang dimasak di atas gril dan kawah api yang telah dibeli siap.

Tetapi seorang cef dari Turki ini membuat ramai ternganga apabila dia membina sendiri kawah apinya dengan menggali lubang yang dalam di dalam tanah.

Dalam video yang tular di Twitter, cef bernama Burak Özdemir itu membawa cangkul dan gerudi bersamanya sebelum mula menggali lubang pada sepetak tanah.



Lelaki itu memulakan aktiviti menggali dari pagi hinggalah waktu bertukar malam, tetapi apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah dia melakukan tugas itu sambil tersenyum pada kamera.

Selepas lubang siap digali, keesokkan harinya dia mula menyusun batu bata dan memasukkan kayu api untuk menyalakan kawah api tersebut. Seterusnya cef itu dilihat menyiapkan seketul besar daging dan bahan-bahan barbeku untuk dimasukkan ke dalam kawah tersebut.

Selepas siap dimasak, dia mengeluarkan dagingnya itu dan menunjukkan betapa lembut daging bbq tersebut sebelum menghidangkannya dengan nasi. Masakan cef itu membuat ramai terpegun dan ada juga yang mengaku tidak akan dapat bersabar untuk menunggu makanan tersebut siap.

“Dah siap ke belum…”



“Pergi drive-through je lah…”



SUMBER
TWITTER
https://himpunanceritalawak.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2021 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dari tahun lepas video ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 11:29 AM | Show all posts
sarah82 replied at 23-6-2021 11:17 AM
Bukan dari tahun lepas video ni?

sarah asal kau dh tak jadi moderator? gaduh dengan stinger ye?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 23-6-2021 11:29 AM
sarah asal kau dh tak jadi moderator? gaduh dengan stinger ye?

Dari tahun lepas lagi.. Ada sekor yg selama ni kutuk Nabi saw dan opkos pekerjaan aku kutuk Xim sebab Xim potong tacang dia.. Aku back up xim.. Dan aku ada ja komen kat thread tu.. Ada aku kisah aku tak jadi mod.. Lagi seronok tak jadi mod.. Boleh aku komen sesuka hati.

Aku baca thread mana entah law firm minta bantuan kerajaan sebab PKP.. Aku nak komen cash la kan sbb sekor tu hina sangat pekerjaan aku.. Tapi aku rasa kesian la juga.. Bukan jatuh terduduk dah.. Ni jatuh terlentang terus.. Semoga jadi pengajaran la pada semua.. Jgn hina rezeki yg Allah swt sediakan utk hambanya.

Tapi mcm biasa la.. Haters aku twist citer. Muahahaha.. Aku dah lupa thread tu.. Ang boleh cari.. Dlm bulan 11 tahun lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 12:02 PM | Show all posts
sarah82 replied at 23-6-2021 03:17 AM
Bukan dari tahun lepas video ni?

dia ni dah lama famous kan.. sbb senyum tu la
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 23-6-2021 12:02 PM
dia ni dah lama famous kan.. sbb senyum tu la

Yap..iols ada follow dia kat ig.. Dia mmg suka senyum bila masak2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2021 12:16 PM | Show all posts
sarah82 replied at 23-6-2021 04:03 AM
Yap..iols ada follow dia kat ig.. Dia mmg suka senyum bila masak2

Aku tengok gitu2 je. terpegun tengok dia masak big volume tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 23-6-2021 12:16 PM
Aku tengok gitu2 je. terpegun tengok dia masak big volume tu.

Tu la.. Udang nampak segar betul.. Muahahaha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2021 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Terus aku teringat page fb masak apa tak jadi tu, mamat nama syafiqcute ni masak stail senyum2 gini tapi siap ada pakej kenyit2 mata. Geli geleman aku baca komen mak2 budak dalam tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 12:57 PM | Show all posts
Bukan benda pelik pun sebab mereka dari belah sana lebih suka guna kawah api macam tu dari guna cara biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 01:45 PM | Show all posts
sarah82 replied at 23-6-2021 11:35 AM
Dari tahun lepas lagi.. Ada sekor yg selama ni kutuk Nabi saw dan opkos pekerjaan aku kutuk Xim se ...

setuju jd moderator kadang2 kena fake orang ada je cari pasal. hidup biasa2 je ok baru best gaduh dalam forum. tgk sista vokuru aman2 je jadi hantu kopek
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 23-6-2021 01:45 PM
setuju jd moderator kadang2 kena fake orang ada je cari pasal. hidup biasa2 je ok baru best g ...

Muahahahahaha... Bila ala aku nak insaf jadi baik dan classy pun xtau la
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 12:38 PM | Show all posts
Susah2 je..baik potong kecik2 atas dapur mcm biasa
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 11:10 PM | Show all posts
nampak happy sangat ye
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 11:11 PM | Show all posts
mungkin sebab dia rasa berbaloi kot dapat bakar cara tradisional gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.361160 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list