CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1632|Reply: 5

[Sarawak] Covid-19 22/06/2021

[Copy link]
Post time 22-6-2021 05:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 22-6-2021 10:40 AM

507 kes COVID-19, tujuh kematian di Sarawak



KUCHING: Sebanyak 507 kes baharu COVID-19 dan tujuh lagi kematian akibat wabak itu direkodkan di Sarawak, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini.


Menurutnya, Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 91 diikuti Sibu (85), Kapit (65), Sebauh (42), Song (30), Subis (27) dan Bintulu (26).
Sementara lain-lain kes dikesan di Mukah (15), Miri (15), Sri Aman (14), Samarahan (14), Telang Usan (13), Simunjan (12), Kanowit (11), Saratok (6), Tatau (6), Tanjung Manis (5), Bukit Mabong (5), Bau (5), Pakan (5), Lundu (3), Pusa (2), Sarikei (2), Betong (2), Matu (1), Serian (1), Meradong (1), Dalat (1), Selangau (1) dan Lubok Antu (1).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Sarawak kini meningkat kepada 60,989.
“Daripada 507 kes baharu yang dilaporkan, seramai 51 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 437 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin,” katanya.
JPBNS memaklumkan tujuh kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 389 orang.

Kesemua tujuh kes kematian itu, katanya melibatkan empat lelaki dan tiga perempuan berumur antara 59 hingga 87 tahun.

“Daripada jumlah itu, empat kematian dilaporkan di Hospital Sibu, dua di Hospital Sarikei dan satu di Hospital Umum Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, JPBNS berkata, terdapat 583 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

Manakala, seramai 507 individu disyaki (PUI) baharu telah dilaporkan dan satu PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.


utusan borneo 2021-06-22T17:24:32+08:00



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2021 05:44 PM | Show all posts
Dua kluster baharu COVID-19 diisytihar di Sarawak



KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengisytiharkan dua kluster baharu COVID-19 di Sarawak hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif di negeri ini sebanyak 97.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataannya hari ini berkata, dua kluster baharu itu ialah Kluster Sungai Long Seripa di Sebauh dan Kluster Lunyim di daerah Telang Usan.
“Kluster Sungai Long Seripa merupakan satu kluster komuniti dikesan melibatkan sebuah rumah panjang yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sungai Long Seripa di Tubau, Sebauh.
“Sejumlah 108 individu disaring bagi kluster ini dan 40 dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks manakala sejumlah 68 kes masih menunggu keputusan makmal,” ujar kenyataan tersebut.

Tambahnya juga, kesemua kes positif COVID-19 dimasukkan ke Hospital Bintulu dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di daerah Bintulu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Bagi Kluster Lunyim, JPBNS menjelaskan ia merupakan satu kluster komuniti dikesan melibatkan dua buah kampung yang diletakkan di bawah PKPD iaitu Kampung Long Lunyim dan Long Tepen, Telang Usan.
“Sejumlah 63 individu telah disaring. Daripada jumlah tersebut, 21 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; 25 kes didapati negatif; dan 17 kes masih menunggu keputusan makmal.
“Kesemua kes positif COVID-19 ini dimasukkan ke Hospital Miri dan PKRC di daerah Miri bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” katanya lagi.
Dalam pada itu, JKNS turut mengisytiharkan tiga kluster tamat setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster tersebut.
Kesemua kluster menurutnya, membabitkan daerah Kuching iaitu Kluster Kampung Boyan, Kluster Kenyalang Park dan Kluster Akademi Samariang.
“Sehubungan itu, jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 97 kluster. Daripada jumlah ini, sebanyak 15 kluster aktif yang telah merekodkan 106 penambahan kes baharu manakala 82 kluster tidak merekodkan penambahan kes,” kata kenyataan itu lagi.
Selain itu JPBNS memaklumkan, hari ini semua daerah kekal sebanyak 31 buah berstatus merah, dua daerah berstatus jingga, enam daerah berstatus kuning dan satu daerah berstatus hijau.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2021 05:46 PM | Show all posts
Polis Sarawak keluar 82 kompaun ingkar SOP



KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak hari ini mengeluarkan 82 notis kompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 48 kompaun dikeluarkan di daerah Kuching, Matu/Daro (8), Kota Samarahan (7), Lawas (7), Sibu (4), Saratok (3), Bintulu (2), Miri (2) dan Padawan (1).

"Antara kesalahan direkodkan adalah berada di tempat awam selepas jam 10 malam tanpa alasan yang munasabah (41); mengadakan aktiviti sukan berkumpul di tempat awam (23); membawa penumpang melebihi had (7) dan tidak memakai pelitup muka (2).

“Selain itu, ada juga yang melanggar syarat SOP (2); beroperasi melebihi masa (2); keluar rumah dari kawasan PKPD (2); membuka bahagian jualan yang tidak dibenarkan (2) dan tidak menyediakan QR kod MySejahtera (1),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

JPBNS berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan sejak 18 Mac 2020 hingga hari ini sebanyak 8,115 kompaun.


Dalam pada itu, Pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak pula telah mengeluarkan sembilan kompaun di bawah seliaan pelbagai pihak berkuasa tempatan.

“Kompuan dikeluarkan atas kesalahan pelanggaran SOP termasuklah tidak menggunakan pelitup muka (6); beroperasi tanpa kebenaran (1); beroperasi lebih masa (1); dan makan di premis makanan atau dine-In (1),” jelasnya.

Ini menurutnya, menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan oleh PBT sejak 1 Februari 2021 hingga hari ini adalah sebanyak 1,147 kompaun.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kabarnya kjarantin 14hri masuk sarawak kt kira apa..tp yg kes menjadi dari kalangan kumpulan2 kecil kpg masyarakat. Bkan dari org luar yg masuk. Poyo jah ye ye jek nyusahkan org kena kueantin bagai.tp lupa isu dari dalam kain lagi membiak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2021 06:32 PM | Show all posts
Dua rumah panjang antara tiga lokaliti dikenakan PKPD

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di tiga lagi lokaliti di negeri ini, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Menurutnya, tiga lokaliti yang dikenakan PKPD itu melibatkan dua di Bintulu dan satu di Tatau.

“Di Bintulu, PKPD dikuatkuasakan adalah melibatkan Kuarters. 15, Ladang Sububu, Samalaju dan Rh. Lampoh Dana, Sg Mas KM25, Jalan Bintulu-Tatau.

“Manakala PKPD di Tatau adalah melibatkan Rh. Slyvester Bunsu Ganyun, Ng Selilai Kakus. Ketiga-tiga kawasan ini mula menjalani tempoh PKPD dari 21 Jun hingga 4 Julai 2021,” katanya.

Arahan PKPD itu dibuat bagi mengekang penularan COVID-19 di kawasan terbabit.

JPBNS turut memaklumkan lanjutan tempoh PKPD melibatkan tiga kawasan dengan dua daripadanya membabitkan rumah panjang di negeri ini.

Dua rumah panjang yang dilanjutkan PKPD bermula 26 Jun hingga 2 Julai 2021 ialah Rh. Grace Itun, Sungai Salim dan Rh. Pinggan, Sungai Salim yang kesemuanya di Sibu.

Manakala satu lagi kawasan yang dilanjutkan PKPD adalah Kuarters Pekerja Zedtee Plywood, Tatau dari 21 hingga 27 Jun 2021.

Selain itu, JPBNS melaporkan 16 lagi kawasan di negeri ini ditamatkan tempoh menjalani PKPD.

Antaranya ialah Rh. Kanyan Abok, Sungai Penyarai, Kakus, Tatau; Rh. Sewa Pau Timber, KM5 Jalan Bintulu-Miri, Bintulu; Blok E7, E8, W13 & S5 Samalaju Lodge, Samalaju Industrial Park, Bintulu; Rh. Patrick Andin Uli, Sg Serakit, Jalan Sebauh-Bintulu, Sebauh; Rh. Sudok Ujai, BatuBetungkat, KM16 Jalan Tatau-Sibu, Tatau dan Kuarters Pekerja Malaysia WCT Construction Sdn Bhd, Tatau.

Penamatan PKPD di enam kawasan terbabit bermula pada 21 Jun 2021.

Sementara Rh. Didong Jalan Bayong, Sarikei; Kuarters Pekerja Air Marine Cargo, Bintulu; Rh. Maring Gelagai, Ulu Sangan, Tatau; Rh. Sewa Pau Timber, KM5 Jalan Bintulu-Miri, Bintulu; Bilik Sewa (Atas Kedai Eden) Bintulu; Rh. Wilson, Kampung Gran Stumbin, Tanjung Bijat, Sri Aman; Rh. Mathew, Kampung Gran A Stumbin, Tanjung Bijat, Sri Aman dan Rh. Robert, Sg Merudu, Sarikei menamatkan PKPD pada 22 Jun 2021.

Turut ditamatkan tempoh PKPD berkuat kuasa 23 Jun 2021 ialah Rh. Jeffery Mangan Nanga Entabai dan Rh. Bungkong Nanga Sejugam yang terletak di kawasan Julau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2021 06:41 PM | Show all posts
Kes di Kuching, Sibu, Kapit terus tinggi hari ini

KUCHING: Kes baharu Covid-19 di negeri ini menurun kepada 507 kes hari ini berbanding kes yang dilaporkan dua hari yang lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sejumlah 313 atau 61.73 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di lima buah Daerah iaitu di 91 kes di Kuching, Sibu (85), Kapit (65), Sebauh (42) dan Song (30).

Katanya, Daerah lain yang merekodkan kes adalah Bintulu (26), Mukah (15), Miri (15), Sri Aman (14), Samarahan (14), Telang Usan (13), Simunjan (12), Kanowit (11), Saratok (6), Tatau (6), Tanjung Manis (5), Bukit Mabong (5), Bau (5), Pakan (5), Lundu (3), Pusa (2), Sarikei (2), Betong (2), Matu (1), Serian (1), Meradong (1), Dalat (1), Selangau (1) dan Lubok Antu (1).

Jelasnya, jumlah keseluruhan kes di Sarawak meningkat kepada 60,989 kes.

“Daripada 507 kes baharu yang dilaporkan, seramai 51 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 437 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.

Sementara, JPBN memberitahu, kes kematian di negeri ini meningkat kepada 389 orang dengan tujuh kematian baharu akibatnya jangkitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

Katanya, kes kematian melibatkan individu berusia lingkungan 59 hingga 87 tahun dengan empat kematian di Hospital Sibu, dua di Hospital Sarikei dan satu di Hospital Umum Sarawak.

Dalam perkembangan yang sama, jawatankuasa itu turut memaklumkan sebanyak 583 baharu telah pulih dan dibenarkan discaj.

“Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 50,145 orang atau 82.22 peratus dari jumlah keseluruhan kes di Sarawak.

“Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 10,318 orang,” jelas JPBN.


sarawakvoice.com/2021/06/22
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.333361 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list