Sabah catat 166 kes dan dua kluster baharu
MASIDI
KOTA KINABALU: Sabah hari ini melaporkan sebanyak 166 kes baharu COVID-19 sementara terdapat dua kluster turut dikesan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 44 kes, diikuti Tawau 32 kes dan Sandakan 16 kes. "Sementara itu, Kudat 10 kes, Penampang 8 kes, Kota Belud, Tuaran, Sipitang dan Papar masing-masing 7 kes. Beaufort pula mempunyai 6 kes, Nabawan 5 kes, Lahad Datu 4 kes, Kota Marudu 4 kes. "Kunak, Semporna dan Keningau masing-masing 2 kes. Kinabatangan, Tongod dan Pitas pula mencatatkan satu kes," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Katanya, daerah yang mencatatkan kes sifar ialah Beluran, Kalabakan, Telupid, Ranau, Putatan, Kuala Penyu, Tenom danTambunan.
Sementara itu katanya, Kluster Samedra, Kota Kinabalu mencatatkan 25 kes yang melibatkan jangkitan di Pelantar Minyak offshore dan Kluster Serudung Baru, Tawau sebanyak 19 melibatkan majlis hari jadi dengan jiran sekeluarga.
utusan borneo 2021-06-21T16:01:48+08:00
|