CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1770|Reply: 4

[Sabah] Wanita tengking anggota polis ditahan reman

[Copy link]
Post time 21-6-2021 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 22-6-2021 10:22 AM

Wanita tengking anggota polis ditahan reman


BUKTI: Zaidi (kiri) menunjukkan barangan suspek yang turut dirampas sebagai bahan bukti.


KOTA KINABALU: Wanita yang tular dengan insiden naik berang terhadap anggota polis di salah satu sekatan jalan raya (SJR) di sini ditahan polis semalam.


Tangkapan dibuat di tingkat 7 sebuah kondominium di Jalan Lintas Kepayan dekat sini kira-kira jam 11.20 pagi.
Suspek yang berumur 34 tahun itu mula tular sejak minggu lepas berikutan tindakannya meninggikan suara dan membuat provokasi terhadap pegawai dan anggota polis yang bertugas di SJR berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, suspek ditahan reman dua hari untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah.

Bagaimanapun katanya, permohonan sudah dihantar kepada pihak mahkamah agar reman suspek dilanjutkan untuk tempoh dua hari lagi bagi melengkapkan siasatan.

Pihaknya menjangkakan tempoh reman sedia ada belum mencukupi untuk melengkapkan proses siasatan berhubung kejadian terbabit.
"Setakat ini siasatan hampir 80 peratus siap memandangkan laporan polis baharu dibuat biarpun insiden terbabit berlaku pada 1 Jun lepas.

"Tiada laporan polis dibuat semasa hari kejadian dan hanya selepas ia tular barulah laporan polis dibuat berikutan penyebaran video insiden yang berlaku di lokasi.

"Hasil siasatan awal, suspek membuat provokasi kerana marah selepas menerima saman atas dua kesalahan lalu lintas iaitu cukai jalan dan insurans yang tamat tempoh," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, dakwaan kononnya suspek terlebih dahulu diprovokasi oleh anggota polis dan terpaksa menunggu sehingga 30 minit adalah tidak benar.
Menurutnya, tempoh dari suspek ditahan hingga saman dikeluarkan tidak mengambil masa yang lama hingga 30 minit kerana jarak kenderaanya ditahan dan berhenti terlalu dekat, justeru tidak logik ia mengambil masa selama 30 minit.

Dalam pada itu katanya, video berkenaan dirakam oleh salah seorang petugas di SJR berkenaan selepas melihat kekecohan yang berlaku dan secara spontan merakamkan video kejadian.

Namun jelasnya, rakaman video itu bukannya untuk disebarkan. Sehubungan itu, siasatan dijalankan bagi mengesan pihak yang menyebarkan video berkenaan.
"Siasatan turut dijalankan membabitkan seorang pegawai dan tujuh individu termasuk anggota polis dan RELA di SJR terbabit.
"Kenyataan mereka sudah diambil bagi mengenal pasti sama ada berlaku sebarang provokasi yang dibuat oleh pegawai dan anggota  petugas di SJR terbabit," katanya.

Sementara itu, Zaidi turut menasihatkan orang awam supaya membuat aduan di saluran yang betul sekiranya ada kelemahan dan salah laku anggota polis atau berjumpa dengan beliau sendiri untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, di daerah ini terdapat lima SJR dan dalam sehari sekitar 5,000 kenderaan menjalani pemeriksaan. Anggota polis sentiasa menggunakan budi bicara tanpa ada sebarang provokasi semasa SJR dilaksanakan.


utusan borneo 2021-06-21T14:14:53+08:00



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2021 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha baju, tudung, seluar jd bahan bukti. Padan muka ko wawa. Mulut tu pun kena beli insurance sama lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahan bukti

Femes ko wawa!
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 03:30 PM | Show all posts
Sebagai hiburan
  

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Malunyaaaaaa seluar baju ketat dipamer macam tu haha mendapat la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.732920 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list