Hari ini satu dunia meraikan hari bapa. Bapa seperti biasa, selamba saja.Itulah bapa. Sebenarnya ibu dapat macam2 dlm dunia ni. Tapi bapa tak kisah. Tak kecil hati pun. Itulah bapa. Gentleman sungguh.
Ibu dapat negara, jadi ibu negara.
Bapa negara tak pernah ada.
Negeri pun beri kat ibu jadi ibu negeri. Bapa tak dapat juga. Ibu dapat kota, jadi ibu kota. Bapa kota tak pernah wujud. Ibu dapat pertiwi jadi ibu pertiwi. Bapa pertiwi mana ada. Pejabat pun bagi kat ibu jugak, jadi ibu pejabat.
Bapa pejabat entah di mana.
Sawat pun ibu punya, jadi ibu sawat. Bapa sawat tak wujud. Jari pun bagi kat ibu, jadi ibu jari. Bapa hanya menggigit jari. Ada dengar bapa komplen?..tara, Tak ada kan..kan... Demikian begitu gentlemannya yg bergelar bapa.Hanya ayam diberi kpd bapa,jadi bapa Ayam . Binawe betol...