CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1670|Reply: 2

[Sabah] Covid-19 19/06/2021

[Copy link]
Post time 20-6-2021 10:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 20-6-2021 09:23 AM

Satu kematian disebabkan COVID-19 semalam
MASIDI


KOTA KINABALU:Satu kematian dilaporkan semalam di Sabah disebabkan COVID-19 sementara kes baharu mencatatkan sebanyak 201 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kematian itu direkodkan di daerah Tawau.
"Jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan peningkatan dua kes iaitu daripada 199 kes semalam (18 Jun 2021) kepada 201 kes (19 Jun 2021).
"Daripada 201 kes jangkitan baharu hari ini, 109 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 35 kes adalah daripada saringan kluster, 17 kes adalah daripada saringan bergejala, 30 kes daripada saringan bersasar dan 10 kes adalah daripada lain-lain kes," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Nelayan, Batu 10, Sandakan pada 21 Jun 2021 sehingga 04 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

Selain itu katanya, PKPD juga dilaksanakan di Fasa 1 dan Fasa 2, Taman Digot, Penampang dan Kampung Rancangan Silabukan Peringkat 4, Lahad Datu berkuat kuasa 21 Jun sehingga 04 Julai 2021.
Setakat semalam katanya, 231 suntikan baharu dibuat bagi Fasa 1 Dos 1 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 62,272 orang.

“Bagi Fasa 1 Dos 2 pula, 151 suntikan baharu dibuat pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,446 orang.
“Bagi Fasa 2 Dos 1 PICK, 10,943 suntikan baharu dibuat menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 244,008 orang,” katanya.
Menurutnya, bagi Dos 2 Fasa 2, 4,952 suntikan baharu harian dibuat menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 69,039 orang.


utusan borneo 2021-06-20T10:29:33+08:00





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2021 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2021 05:25 PM | Show all posts
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 201 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 67,378 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Tawau. Takziah diucapkan kepada keluarga terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 378 menjadikan jumlah kumulatif 64,732 orang. Seramai 1,718 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 502 orang di hospital, 1,214 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam
manakala dua (2) orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 74 orang dan 28 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kota Marudu bertukar dari zon jingga ke zon kuning

Analisa Kes COVID-19 di Sabah

i Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan peningkatan dua (2) kes iaitu daripada 199 kes semalam (18 Jun 2021) kepada 201 kes (19 Jun 2021 ).

ii Daripada 201 kes jangkitan baharu hari ini, 109 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 35 kes adalah daripada saringan kluster, 17 kes adalah daripada saringan bergejala, 30 kes daripada saringan bersasar dan 10 kes adalah daripada lain-lain kes.

iii 10 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan lima (5) daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu (1) angka, manakala lima (5) lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka iaitu Kudat
38 kes (+25), Sandakan 26 kes (+20), Kunak 22 kes (+19), Tuaran 10 kes (+10) dan Keningau 15 kes (+10). Dua (2) daerah lain yang mencatatkan kes baharu pada hari ini iaitu Tonged lapan (8) kes dan Tambunan satu (1) kes kekal sebagaimana jumlah kes semalam.

iv Waiau bagaimanapun, 10 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes.

Lima (5) daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu (1) angka, manakala lima (5) daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua (2) angka iaitu Kinabatangan (-23), Tawau (-15), Kota Kinabalu (-13), Nabawan (-12) dan Putatan (-11 ).

v Pada hari ini, tujuh (7) daerah mencatatkan sitar (0) kes iaitu Beluran, Pitas, Ranau, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang dan Tenom.

vi Ringkasan data keseluruhan pada hari ini ialah 10 daerah mencatatkan kenaikan kes, 10 daerah mencatatkan penurunan kes, tujuh (7) daerah kekal sebagaimana catatan hari kelmarin (termasuk daerah dengan catatan sitar (0) kes), tujuh (7) daerah mencatatkan sitar (0) kes, satu (1) daerah kekal sebagai Zon Hijau (Beluran), dan tiga (3) kluster merekodkan catatan kes yang agak aktif iaitu Kluster Kampung Baru Belong enam (6) kes, Kluster Coral enam (6) kes serta Kluster Agaseh em pat (4) kes.

vii Dengan jumlah catatan sebanyak 109 kes daripada Saringan Kontak Ra pat, perubahan angka yang tidak statik serta hanya satu (1) daerah Zon Hijau, dapat disimpulkan terdapat kebarangkalian tinggi bahawa masih berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

viii Orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 1.054234 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list