CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1513|Reply: 5

[Sarawak] Covid-19 18/06/2021

[Copy link]
Post time 20-6-2021 10:14 AM | Show all posts |Read mode
COVID-19: Tujuh kematian, 536 kes baharu di Sarawak


KUCHING: Tujuh kes kematian akibat COVID-19 direkodkan di Sarawak hari ini dengan 536 kes positif baharu.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata lima daripada kematian melibatkan lelaki manakala dua lagi perempuan berumur antara 70 hingga 84 tahun.
Tiga kematian masing-masing dilaporkan di Hospital Bintulu dan Sibu serta satu di Hospital Miri. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 373 orang, katanya menerusi kenyataan media.
JPBNS turut memaklumkan terdapat 536 kes baharu COVID-19 hari ini dengan 297 daripada jumlah kes ini telah dikesan di daerah Sibu, Kuching, Kanowit, Bintulu dan Bau.

Sibu merekodkan kes tertinggi (115) diikuti Kuching (60), Kanowit (52), Bintulu (40), Bau (30), Tebedu (28), Julau (24), Miri (21), Kapit (21), Sri Aman (17), Song (17), Sarikei (16), Pakan (14), Subis (13), Samarahan (10) dan  Telang Usan (8).

Lain-lain kes dikesan di Serian (8), Beluru (7), Sebauh (5), Lubok Antu (5), Tatau (4), Selangau (4), Meradong (4), Mukah (4), Asajaya (3), Bukit Mabong (3), Tanjung Manis (2) dan Dalat (1) menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 58,570.
“Daripada 536 kes baharu yang dilaporkan, 421 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 dan 40 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada.
“Manakala 39 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, 35 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan dan 1 kes Import B,” katanya.
Dalam pada itu terdapat 547 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 48,132 orang.
Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 9,939 orang.
Manakala, 536 PUI baru telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.


utusan borneo 2021-06-18T17:46:41+08:00


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2021 10:15 AM | Show all posts
Mesej tular: Kaki bengkak bukan sebab vaksin




SIBU: Seorang wanita membuat laporan polis menafikan mesej tular di media sosial yang menyatakan gambar kaki suaminya bengkak selepas disuntik vaksin COVID-19.

Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Tega Bilong berkata, pengadu berumur 61 tahun bertindak demikian selepas dimaklumkan sepupunya yang menerima satu mesej menerusi satu kumpulan Whatsapp.

"Pengadu tampil ke balai polis petang semalam untuk menjelaskan perkara sebenar bahawa kaki suaminya bengkak disebabkan mempunyai sejarah menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pengadu membuat laporan polis kerana bimbang terjadi perkara buruk berlaku ke atas dirinya serta keluarga.

Pengadu hanya membuat laporan peringatan dan tidak akan teragak-agak untuk membuat tindakan sewajarnya sekiranya ada pihak masih menyebarkan berita palsu.


Wanita tersebut juga bimbang segelintir masyarakat mempunyai salah tanggapan dan takut mereka dikatakan menyalahkan pihak kerajaan berikutan berita palsu tersebut.  

Sementara itu Tega menasihatkan orang awam supaya tidak menyebarkan apa-apa berita palsu pemberiam suntikan vaksin COVID-19.

"Orang awam tidak perlu khuatir atau was-was untuk menerima vaksin kerana proses pemberian vaksin dikawal dan dipantau ketat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

utusan borneo 2021-06-18T17:40:03+08:00
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2021 10:18 AM | Show all posts
Rentas daerah cetus kluster COVID-19 baharu



KUCHING: Dua kluster baharu jangkitan COVID-19 diisytiharkan hari ini - Kluster Kampung Sungai Agas dan Kluster Jalan Sungai Tapang - kedua-duanya di Kuching.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata Kluster Kampung Sungai Agas merupakan kluster komuniti melibatkan beberapa keluarga di sebuah penempatan di Kampung Sungai Agas Lama, Jalan Matang.

“Kluster ini berpunca dari pergerakan rentas daerah dan kontak rapat setelah menghadiri upacara pengebumian saudara terdekat di daerah Sri Aman. Jangkitan merebak dalam kalangan ahli keluarga dan kontak sosial kes-kes positif di Kampung Sungai Agas Lama.

“Sejumlah 30 individu telah disaring, 16 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 8 kes didapati negatif dan 6 kes masih menunggu keputusan makmal,” katanya menerusi kenyataan.

Mengenai Kluster Jalan Sungai Tapang pula ia merupakan kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan sebuah syarikat pembersihan.

Kluster katanya berpunca dari pergerakan sosial dan kontak rapat dalam kalangan pekerja dan ahli keluarga kes.

Sejumlah 236 individu telah disaring, 31 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 199 kes didapati negatif dan 6 kes masih menunggu keputusan makmal.

Kesemua kes positif COVID-19 di bawah kedua-dua kluster ini dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan PKRC di daerah Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

JPBNS turut memaklumkan penamatan satu kluster iaitu Kluster Sungai Duan di Mukah setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster ini.

Jumlah kluster masih aktif ialah 93 dengan enam kluster aktif yang merekodkan 41 penambahan kes baharu manakala 87 kluster tidak merekodkan penambahan kes.


utusan borneo 2021-06-18T18:01:53+08:00
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2021 10:19 AM | Show all posts
Program vaksinasi di luar bandar kian giat



[backcolor=rgba(0, 0, 0, 0.05)]Uggah dan Rosey diberi penerangan oleh Dr Monica mengenai program vaksinasi di Dewan Masyarakat Bekenu.




MIRI: Usaha memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada penduduk di luar bandar sebelum Ogos tahun ini sedang giat dilakukan dan berjalan dengan lancar.


Malah, program pemberian vaksin diadakan setiap hari di dewan-dewan masyarakat, sekolah-sekolah dan klinik-klinik kesihatan di seluruh negeri termasuk pasukan bergerak dari Jabatan Kesihatan.
Hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengunjungi Dewan Masyarakat Bekenu bagi memantau program vaksinasi.
Uggah yang sepatutnya terbang ke Bario untuk tujuan yang sama terpaksa membatalkannya berikutan keadaan cuaca buruk.

Mengulas mengenai program di Bekenu, Uggah berpuas hati kerana ia diadakan dengan teratur dan orang ramai memberi respon yang baik terhadap seruan kerajaan yang mahu mereka mendapatkan vaksin.

“Saya gembira kerana mereka menyedari pentingnya untuk mendapatkan vaksin berkenaan,” jelas Uggah yang turut memberitahu terdapat lima pusat pemberian vaksin di kawasan Bekenu.
“Di dewan ini, ia mampu menampung kapasiti sehingga 1,000 dos setiap hari,”ujarnya lagi.
Sehubungan itu, Uggah turut meminta wakil rakyat dan ketua-ketua masyarakat di kawasan luar bandar untuk terus menasihati penduduk terutamanya mereka yang masih teragak-agak agar tampil untuk diberikan vaksin.
Katanya, vaksin adalah cara untuk melindungi orang sekeliling daripada jangkitan teruk.
“Ia diberikan secara percuma oleh kerajaan negeri,” katanya.
Mengenai proses pendaftaran, Uggah memberitahu mereka yang berada di kawasan pedalaman tidak boleh bergantung sepenuhnya terhadap aplikasi MySejahtera berikutan dengan masalah teknikal.
“Mereka harus mendengar nasihat Ketua Menteri dengan hadir terlebih dahulu untuk mendapatkan suntikan dan kemudiannya mendaftarkan diri. Ini lebih sesuai dalam senario mereka,” tambahnya.
Hadir sama ialah Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus, Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni, Pegawai Perubatan Bahagian Miri Dr Raviwharmman Packierisamy dan pegawai perubatan yang bertanggungjawab di program vaksinasi Bekenu Dr Monica Tan.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2021 10:20 AM | Show all posts
COVID-19: Daerah Limbang kembali Hijau



KUCHING: Daerah Limbang kembali ke status Hijau setelah tiada kes jangkitan COVID-19 tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata dengan itu terdapat satu daerah di negeri ini berstatus Hijau kini manakala jumlah daerah berstatus Kuning menurun kepada enam.
“Daerah Tebedu pula bertukar ke status Merah daripada Jingga setelah merekodkan sejumlah 52 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.
“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah meningkat kepada 31 daerah dan dua daerah berstatus Jingga,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Dua daerah berstatus Jingga ialah Marudi dan Betong dengan 63 kes jangkitan tempatan dilaporkan di kedua-dua daerah ini dalam tempoh 14 hari lepas.

Manakala enam daerah berstatus Kuning ialah Simunjan, Saratok, Pusa, Belaga, Lawas dan Daro dengan 43 kes jangkitan tempatan dilaporkan di kesemua enam daerah ini dalam tempoh 14 hari lepas.
Mengenai pemantauan pematuhan garis panduan (SOP), polis telah mengeluarkan sebanyak 25 kompaun di daerah Kuching (8), Mukah (6), Miri (4), Sarikei (3), Bintulu (1), Dalat (1), Sibu (1) dan Lawas (1) kerana telah melanggar SOP.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan sejak 18 Mac 2020 hingga hari ini sebanyak 7,922 kompaun.
Manakala pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak pula telah mengeluarkan empat (4) kompaun di bawah seliaan MD Lundu (2), MD Sarikei (1) dan MB Miri (1) atas pelbagai kesalahan pelanggaran SOP.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan oleh PBT sejak 1 Februari 2021 hingga hari ini adalah sebanyak 1,099 kompaun.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2021 10:22 AM | Show all posts
Lagi 15 rumah panjang dikenakan PKPD



KUCHING: Lima belas rumah panjang (Rh) merupakan kawasan terbaharu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sarawak.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daripada jumlah itu tiga rumah panjang yang dikenakan PKPD bagi tempoh 17 hingga 30 Jun 2021 adalah Rh Marphy, Selanjang Sebemban Asal di Pantu, Sri Aman; Rh Kilon, Sebu Ulu di Tanjung Bijat, Sri Aman dan Rh Jau Dungau, Long Seripa di Sebauh.

Tambah Jawatankuasa itu, manakala sembilan lagi rumah panjang yang dikenakan PKPD bagi tempoh 18 Jun hingga 1 Julai 2021 adalah di Batang Igan, Matu.

"Sembilan rumah panjang terbabit adalah Rh Salim anak Unang, Rh Judy anak Kudi, Rh Mathew anak Merang, Rh Daggang anak Ujang, Rh Lait anak Ijang, Rh Chandi anak Kilau, Rh Putit anak Jugah, Rh Sadin anak Jeli dan Rh Mador anak Rendah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, dua rumah panjang di Bintangor, Meradong iaitu Rh Minggu di Sg. Kotak dan Rh. Masni, Skim B dikenakan PKPD dari 18 Jun hingga 4 Julai 2021.


Jelasnya, sebuah lagi rumah panjang yang dikenakan PKPD bagi tempoh 20 Jun hingga 3 Julai 2021 adalah Rh Miskin, Batu 131/2, Jalan Oya, Sibu.

Selain itu, JPBNS turut memutuskan untuk melanjutkan tempoh PKPD di dua kawasan iaitu Kuarters Pekerja Kem Gabong Trading Sdn Bhd, Tatau dan Rh Unya Jambu Arap Skrang, Sri Aman dari 18 hingga 24 Jun 2021.

Dalam pada itu, Jawatankuasa tersebut juga menamatkan tempoh PKPD di 11 kawasan iaitu Rh Morse anak Ungkak, Rh Michael Junus anak Rekan, Rh Chalie anak Mbo, Rumah Sewa (Sebelah Kedai MDS Mart) Samalaju di Bintulu, Kuarters Pekerja Rich Drive di Bintulu, Rh Jack, Lichok, Seblak Roban di Betong, Rh Nawin, Sg Oyan di Bukit Mabong, Rh Tuntun Seduku di Sri Aman dan Kuarters Pekerja Malaysia WCT Construction Sdn Bhd di Tatau.

Manakala tempoh PKPD bagi Rh Anthony Jigu, Sungai Buloh, Selangau dan Rh Menari, Sungai Durin, Sibu akan ditamatkan pada 20 Jun ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.489248 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list