CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 787|Reply: 0

[Sarawak] Covid-19 10/06/2021

[Copy link]
Post time 11-6-2021 11:11 AM | Show all posts |Read mode
631 kes COVID-19 di Sarawak, empat kematian


KUCHING: Sarawak mencatatkan 631 kes baharu COVID-19 hari ini dengan  387 kes dikesan di Daerah Kuching, Miri, Sri Aman, Sibu dan Tatau.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata Kuching merekodkan kes tertinggi (105) diikuti Miri (102), Sri Aman (71), Sibu (55), Tatau (54), Kapit (37), Subis (36), Bintulu (28), Samarahan (24), Telang Usan (23), Serian (22), Song (19), Lubok Antu (10), Dalat (9) dan Mukah (9).
Manakala lain-lain kes dikesan di Bau (5), Asajaya (5), Sebauh (5), Selangau (3), Tanjung Manis (2), Sarikei (2) dan masing-masing satu di Julau, Lawas, Beluru, Simunjan dan Meradong menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 53,631.
“Daripada 631 kes baharu yang dilaporkan373 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19, 141 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada dan 78 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan.
“Manakala 38 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan dan 1 kes melibatkan individu yang balik dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia (Import B),” katanya.

JPBNS turut memaklumkan terdapat empat kes kematian  baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan.
Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 334 orang.
Kesemua empat kes kematian membabitkan tiga wanita dan seorang lelaki berumur antara 63 hingga 70 tahun.
Dua daripada kematian katanya direkodkan di Sibu manakala masing-masing satu di Kanowit dan Sri Aman dengan kesemua kes mempunyai ko-morbid penyakit lain.
Hari ini terdapat 540 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 43,905 orang.
Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 9,276 orang.
Manakala, 631 PUI baru telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.


kredit : utusan borneo 2021-06-10T17:25:04+08:00


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.063106 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list