|
Syahrini mula berjinak dengan pemakaian hijab sejak Ramadan lalu. - Instagram
Syahrini belum berhijab penuh, masih ‘cuba-cuba’
JAKARTA – Penyanyi popular Indonesia, Syahrini dilaporkan semakin kerap memuat naik gambar berhijab sekali gus menguatkan dakwaan bahawa dia sudah berhijrah sepenuhnya.
Menurut laporan portal berita Suara.com semalam, Syahrini sudah mula mengenakan tudung sejak bulan Ramadan tahun ini dan tidak menanggalkannya selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Kata pengacara popular, Hotman Paris, Syahrini kini dilihat semakin bersedia mengundurkan diri daripada dunia seni dan fokus membantu perniagaan suaminya, Reino Barack.
“Syahrini kelihatan semakin kerap tampil bertudung tetapi untuk melabelkan dia sudah benar-benar berhijab, saya rasa ia masih di peringkat awal.
“Mungkin Syahrini kini di peringkat mencuba dan belum sepenuhnya bertudung tetapi itu hanya pandangan saya secara peribadi,” ujarnya. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|