CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1155|Reply: 6

[Sarawak] Covid19 06/06/2021

[Copy link]
Post time 6-6-2021 07:37 PM | Show all posts |Read mode


Sarawak mencatatkan 600 kes baharu COVID-19 hari ini. Sejumlah 321 atau 53.50 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Kuching, Sibu dan Bintulu.

Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah

Kuching (113),

Sibu (107),

Bintulu (101),

Miri (72),

Sri Aman (39),

Kapit (26),

Tatau (26),

Pakan (19),

Samarahan (15),

Sebauh (12),

Subis (11),

Betong (11),

Serian (9),

Meradong (9),

Bau ( 8 ),

Bukit Mabong (4),

Asajaya (4),

Mukah (4),

Julau (2),

Pusa (2),

Lawas (2),

Daro (1),

Kanowit (1),

Sarikei (1)
Marudi (1)

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 51,171.

Daripada 600 kes baharu yang dilaporkan, seramai 51 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

Manakala, seramai 478 orang kes adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin.

Secara ringkas kes- kes ini terdiri daripada:
• 443 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positifCOVID-19 (kes tidak bergejala);
• 71 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (kes tidak bergejala);
• 51 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan;
• 32 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (kes tidak bergejala);
• 2 kes melibatkan individu yang balik dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia (Import B ) (kes tidak bergejala).
• 1 kes melibatkan individu yang balik dari luar negara (Import A) iaitu dari negara Brunei.

Kes Kematian Covid-19 Baharu.
Hari ini terdapat empat (4) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 322 orang.

I. Kes Kematian Ke-319.
Kes kematian ke-319 adalah kes ke-43,239 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 62 tahun yang telah mendapat rawatan di Hospital Kanowit kerana mengalami kesukaran bernafas. Kes mulai mengalami gejala demam, cirit birit, muntah dan kelesuan badan sejak seminggu yang lalu. Swab bagi ujian saringan COVID-19 dengan RT-PCR pada 21 Mei 2021 disahkan positif COVID-19. Kes dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 05 Jun 2021.

Kes mempunyai ko-morbid penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia.

Kes juga merupakan kes daripada kluster Sungai Ranan.

II. Kes Kematian Ke-320.
Kes kematian ke-320 adalah kes ke-28,877 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 72 tahun yang telah dirujuk ke Hospital Sibu kerana kes mengalami kesukaran bernafas dan juga didapati kurang responsif semasa berada di pusat kuarantin. Swab bagi ujian saringan kontak rapat kes positif COVID-19 dengan RT-PCR pada 25 Mei 2021 disahkan positif. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 05 Jun 2021.

Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, dislipidemia, gout, penyakit paru obstruktif kronik.

III. Kes Kematian Ke-321.

Kes kematian ke-321 adalah kes ke-38,698 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 72 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sarikei kerana mengalami kesukaran bernafas. Kes mulai mengalami gejala demam, batuk dan kesukaran pernafasan sejak beberapa hari yang lalu. Swab bagi saringan COVID-19 dengan Rapid Molecular pada 16 Mei 2021 disahkan positif. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 05 Jun 2021.

Kes mempunyai ko-morbid darah tinggi.

IV. Kes Kematian Ke-322.
Kes kematian ke-322 adalah kes ke-50,962 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 61 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Miri kerana mengalami kesukaran bernafas. Kes mulai mengalami gejala batuk, selsema dan kesukaran pernafasan sejak empat (4) hari yang lalu. Swab bagi saringan COVID-19 dengan Rapid Molecular pada 05 Jun 2021. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 05 Jun 2021.

Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2021 07:44 PM | Show all posts
makin tinggi ...
bahana lepas Raya & Gawai ...?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2021 08:01 PM | Show all posts
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu (1) kluster baharu iaitu Kluster Ulu Sebakong, Mukah. Ringkasan kluster– kluster tersebut adalah seperti berikut:
I. Kluster Ulu Sebakong, Mukah
Kluster Sebakong merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di Ulu Sebakong, Mukah yang berpunca dari aktiviti pengebumian yang telah berlangsung pada 19 hingga 21 Mei 2021 di rumah panjang yang telah dihadiri oleh penduduk dari rumah panjang tersebut.
Sejumlah 78 individu telah disaring di mana:
• 50 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks;
• 90 kes didapati negatif ; dan
• 7 kes masih menunggu keputusan makmal.
Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk dan dimasukkan ke Hospital Sibu dan PKRC di Daerah Mukah bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2021 08:02 PM | Show all posts
KUCHING: Aktiviti pengebumian yang telah dihadiri oleh penduduk dari rumah panjang mencetuskan 50 kes positif.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu kluster baharu iaitu Kluster Ulu Sebakong, Mukah berpunca dari aktiviti pengebumian.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri daam kenyataan berkata, sejumlah 78 individu telah disaring dan 50 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks.

Menurutnya, sebanyak 90 kes didapati negatif dan 7 kes masih menunggu keputusan makmal.

"Kluster Sebakong merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di Ulu Sebakong, Mukah yang berpunca dari aktiviti pengebumian yang telah berlangsung pada 19 hingga 21 Mei 2021 di rumah panjang yang telah dihadiri oleh penduduk dari rumah panjang tersebut," katanya.

Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk dan dimasukkan ke Hospital Sibu dan PKRC di Daerah Mukah bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2021 08:42 PM | Show all posts
PKPD dikenakan ke atas tiga lagi rumah panjang


KUCHING: Tiga lagi rumah panjang di negeri ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), ia melibatkan rumah panjang di kawasan Sri Aman, Meradong dan Sarikei.

PKPD melibatkan kawasan di Sri Aman ialah Rh. Tuntun Seduku, Lingga yang akan bermula dari 5 hingga 18 Jun 2021.

“Manakala bagi kawasan di Meradong dan Sarikei, PKPD masing-masing melibatkan Rh. Demai, Sg Lelabi, Bintangor dan Rh. Didong, Jalan Bayong.

“Kedua-dua rumah panjang ini akan menjalani PKPD bermula dari 6 hingga 22 Jun 2021,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Arahan PKPD itu dibuat bagi mengekang penularan COVID-19.

JPBNS turut memaklumkan lanjutan tempoh PKPD melibatkan satu rumah panjang iaitu Rh. Johnson Kampung Seduku, Lingga, di Sri Aman bermula 2 hingga 15 Jun 2021.

Selain itu, JPBNS melaporkan tujuh lagi kawasan di negeri ini ditamatkan tempoh menjalani PKPD.

Antaranya, Kampung Tanjung Bundong Tradisi, Kota Samarahan; Kampung Tanjung Bundong Fasa 1 dan 2, Kota Samarahan; Rh. Lidi, Ulu Babu, Debak, Betong; Rh. Chunggat, Munggu Ubah, Kabo Betong; Rh. Empading, Bunu Skrang, Sri Aman dan Rh. Sube, Sungai Lemaus, Niah-Subis, Miri.

Kesemua enam kawasan ini menamatkan PKPD bermula 6 Jun 2021.

Manakala satu lagi kawasan iaitu Rh. Lang, Nangga Meruan, Dijih, Selangau ditamatkan tempoh PKPD bermula 8 Jun 2021.

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 09:57 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 6-6-2021 11:44 AM
makin tinggi ...
bahana lepas Raya & Gawai ...?

btu dah berapa hari turun.. tetiba naik lagi

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-6-2021 10:44 AM | Show all posts
Vellfire replied at 8-6-2021 09:57 AM
btu dah berapa hari turun.. tetiba naik lagi
makin teruk kes ari marek ...


kenak la sik polah jak pkp penuh ... ego na ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.070743 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list