CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1086|Reply: 6

[Sarawak] Covid19 03/06/2021

[Copy link]
Post time 3-6-2021 05:41 PM | Show all posts |Read mode


Kenyataan Media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (03 Jun 2021)

Sarawak mencatatkan 594 kes baharu COVID-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 49,214.












Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2021 06:21 PM | Show all posts
Sarawak mencatatkan 594 kes baharu COVID-19 hari ini. Sejumlah 362 atau 60.94 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Kuching, Miri, Sarikei dan Bintulu.
Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah

Kuching (136),

Miri (99),

Sarikei (66),

Bintulu (61),

Sri Aman (48),

Sibu (38),

Dalat (32),

Subis (20),

Tatau (14),

Kapit (13),

Samarahan (13),

Saratok (10),

Serian ( 8 ),

Kabong (7),

Selangau (6),

Bau (5),

Pakan (4),

Mukah (3),

Julau (2),

Limbang (2),

Pusa (1),

Kanowit (1),

Bukit Mabong (1),

Beluru (1),

Betong (1),

Lawas (1)

Marudi (1).


Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 49,214.

Daripada 594 kes baharu yang dilaporkan, seramai 49 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

Manakala, seramai 472 orang kes atau yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin.


Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada;
• 367 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (16 kes bergejala);
• 102 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (1 kes bergejala);
• 91 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (kes tidak bergejala);
• 31 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan;
• 3 kes melibatkan individu yang balik dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia (Import B ) (1 kes bergejala).

Kes Kematian
Hari ini terdapat enam (6) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 311 orang.


I. Kes Kematian Ke-306.
Kes kematian ke-306 adalah kes ke-47,531 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 66 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hosptial Kapit kerana mengalami kesesakan pernafasan. Kes mulai mengalami gejala batuk, kelesuan badan dan kesukaran pernafasan sejak dua (2) hari yang lalu. Swab bagi ujian saringan COVID-19 dengan RT- PCR dan Rapid Test Kit Antigen pada 30 Mei 2021 disahkan positif. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mei 2021.

Kes mempunyai ko-morbid penyakit kanser darah, penyakit jantung dan penyakit darah tinggi.

II. Kes Kematian Ke-307.
Kes kematian ke-307 adalah kes ke-40,079 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 60 tahun yang telah dirujuk ke Hospital Sibu dari sebuah hospital swasta apabila swab bagi ujian saringan COVID-19 dengan Rapid Test Kit Antigen pada 18 Mei 2021 adalah positif. Kes didapati mulai mengalami gejala batuk, dan kesukaran pernafasan sejak tiga (3) hari yang lalu. Swab di Hospital Sibu bagi ujian saringan COVID-19 dengan RT-PCR pada 08 Mei 2021 disahkan positif. Kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 02 Jun 2021.

Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis dan dyslipidemia.

III. Kes Kematian Ke-308.
Kes kematian ke-308 adalah kes ke-45,578 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 44 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sarikei kerana mengalami kesesakan pernafasan. Swab bagi ujian saringan COVID-19 dengan Rapid Molecular pada 28 Mei 2021 disahkan positif. Kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 02 Jun 2021.

Kes mempunyai ko-morbid penyakit kencing manis.

IV. Kes Kematian Ke-309.
Kes kematian ke-309 adalah kes ke-47,220 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 62 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu kerana mengalami kesesakan pernafasan. Kes didapati mulai mengalami gejala batuk dan demam sejak empat (4) hari yang lalui. Simptom bertambah teruk dimana kes mulai mengalami kesukaran pernafasan dan cepat letih semasa melaksanakan kehidupan harian dua (2) hari kemudian.
Swab bagi ujian saringan COVID-19 dengan RT-PCR dan Rapid Test Kit Antigen pada 30 Mei 2021 disahkan positif. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 03 Jun 2021.

Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, dislipidemia dan penyakit jantung.

V. Kes Kematian Ke-310.
Kes kematian ke-310 adalah kes ke-48,468 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 65 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sarikei kerana kelesuan badan. Kes mulai mengalami gejala demam dan hilang selera makan sejak seminggu yang lalu.
Swab bagi ujian saringan COVID-19 dengan RT-PCR dan rapid test kit antigen pada 31 Mei 2021 disahkan positif. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 03 Jun 2021.

Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis, penyakit buah pinggang kronik.

VI. Kes Kematian Ke-311.
Kes kematian ke-311 adalah kes ke-45,997 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 68 tahun yang telah mendapat rawatan di Hospital Miri kerana mengalami kesesakan pernafasan. Kes mulai mengalami gejala selsema dan sakit tekak sejak tiga (3) hari yang lalu. Swab bagi saringan COVID-19 dengan Rapid Molecular Test pada 29 Mei 2021 disahkan positif. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 03 Jun 2021.

Kes mempunyai ko-morbid penyakit dyslipidemia.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2021 06:22 PM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2021 10:55 PM | Show all posts
KAMPUNG EMPILA, SAMARAHAN KAWASAN KEEMPAT LAKSANA PKPD SELEPAS HARI RAYA

Kota Samarahan: Kira-kira seramai 2,200 penduduk dari 443 buah keluarga di Kampung Empila, Samarahan akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari berkuatkuasa bermula pada tengah malam ini sehingga 17 Jun 2021.

Perkara ini dinyatakan di dalam sidang media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak pada petang tadi dan keputusan ini dibuat setelah mendapati berlakunya penyebaran kes secara sporadik yang boleh menyebabkan penularan wabak covid 19 berlaku dengan lebih pantas dan membahayakan lebih ramai orang.

Ahli Parlimen Kota Samarahan Hajah Rubiah binti Wang ketika dihubungi berkata beliau melahirkan rasa bimbang terhadap peningkatan kes di daerah Samarahan kerana pelaksanaan PKPD di Kampung Empila merupakan yang keempat dilaksanakan dalam tempoh 14 hari di daerah ini setelah dilaksanakan di Kampung Tanjung Bundong, Kampung Sindang dan Kampung Stakan Melayu.

"Setakat ini kita difahamkan sebanyak 24 kes positif covid-19 dilaporkan melibatkan kluster Muara Tabuan dan setelah melaksanakan penelitian secara berhati-hati Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Samarahan memutuskan untuk melaksanakan PKPD di Kampung Empila bagi mengelakkan penularan berlaku di luar kawasan"

"Saya berasa amat sedih kerana ini merupakan kawasan keempat dalam tempoh 14 hari yang menjalani PKPD dan saya berharap dengan pelaksanaan ini dapat mengurangkan risiko jangkitan dan penularan wabak Covid-19 di kawasan kita"

"Pada kesempatan ini saya ingin memohon ketua masyarakat dan ketua kaum untuk memainkan peranan mereka dalam memastikan pematuhan prosedur operasi sfandard (SOP) dan juga garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa keselamatan dan juga pihak Kesihatan dalam memutuskan dan rantaian wabak covid-19 ini."

"Di samping itu mereka (Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum) juga diminta untuk sentiasa memaklumkan  penduduk di kawasan masing-masing untuk terus berdisiplin dan serta mematuhi SOP berkenaan dan mengamalkan 'self lockdown' iaitu dengan tidak keluar dari rumah melainkan Jikalau terdapat kecemasan urusan kecemasan dan juga perkara-perkara penting yang lain" ujarnya semasa mengulas situasi terkini Covid-19 di Kota Samarahan.
Hajah Rubiah turut mengingatkan orang ramai supaya mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 di dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi memastikan imuniti kelompok dapat direalisasikan di Semarahan.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya sentiasa memantau rapat perkembangan terkini penularan wabak Covid-19 dengan berhubung lebih kerap bersama jawatankuasa pengurusan bencana serta mempersiapkan petugas petugas barisan hadapan dalam menghadapi sebarang kemungkinan pada masa akan datang.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2021 11:04 PM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2021 04:11 PM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2021 03:46 PM | Show all posts

hehe ada viral voice message org marah wfh
Org keja perintah bolehlah keja drmh katanya
Mun org keja kontrak cam ney
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.373211 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list