View: 4294|Reply: 21
|
[Sarawak]
Operasi bot ekspres di Kapit dihentikan buat sementara waktu
[Copy link]
|
|
SIBU: Kementerian Pengangkutan Sarawak telah memutuskan untuk menghentikan operasi bot ekspres buat sementara waktu untuk pergerakan masuk dan keluar bahagian Kapit mulai hari ini.
Menterinya, Datuk Lee Khim Shin berkata keputusan tersebut dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Kapit dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam usaha mengurangkan kes COVID-19 di bahagian Kapit.
"Dengan mempertimbangkan keputusan tersebut, Kementerian telah membuat keputusan untuk menghentikan sementara perkhidmatan bot ekspres untuk pergerakan keluar masuk bahagian Kapit mulai 30 Mei ini sehingga diberitahu kelak.
"Ia membabitkan laluan bot ekspres dari Kapit-Putai-Kapit, Sibu-Kapit-Putai-Kapit-Sibu dan Kapit-Belaga-Kapit.
"Keputusan yang dibuat ini memang tepat pada masanya untuk membendung penyebaran COVID-19 di bahagian Kapit terutamanya ketika perayaan Gawai Dayak pada 1 Jun ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Lee berkata, Kementerian Pengangkutan Sarawak melalui agensinya Lembaga Sungai Sarawak (LSS) telah mengeluarkan notis kepada semua pemilik dan pengusaha bot ekspres yang terlibat mengenai perkara tersebut.
Dalam hal ini, ujarnya, LSS juga mengingatkan pemilik dan pengendali bot ekspres untuk mematuhi arahan dikeluarkan.
"Dengan pengeluaran notis tersebut, penguatkuasaan dan pegawai LSS di Sibu dan Kapit telah diarahkan untuk memantau keadaan dengan teliti terutamanya berkenaan pematuhan terhadap arahan tersebut," katanya.
Menurut Lee lagi, LSS tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemilik atau pengusaha bot ekspres yang mengingkari arahan tersebut.
"Keselamatan orang ramai adalah menjadi keutamaan kami, kementerian percaya penangguhan sementara perkhidmatan bot ekspres tersebut akan memperkukuhkan lagi usaha yang sedang dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan bilangan kes COVID-19 di bahagian Kapit," tambahnya lagi.
Watt Zacchaeus
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Press statement by YB Datuk Lee Kim Shin , Minister for Transport , SARAWAK on temporary suspension of Express Boat Service into and within Kapit Division starting 30th May 2021 until further notice
1. The Kapit Division Disaster Management Committee with the approval of the State Disaster Management Committee had made a decision to temporarily suspend the express boat services into and within Kapit Division starting 30th May until further notice.
2. The details on express boat routes affected by the aforementioned directive are shown below;
i. Kapit – Putai – Kapit;
ii. Sibu – Kapit – Putai – Kapit – Sibu; and
iii. Kapit – Belaga – Kapit.
3. The decision made is indeed very timely to contain the spread of covid-19 in Kapit Division especially with the coming Gawai Dayak celebration on 1st June 2021.
4. With this decision, the Ministry of Transport, Sarawak through its agency, Sarawak Rivers Board has issued riverine notice to all affected owners and operators of the express boat as well as the public on the temporary suspension of express boat services into and within Kapit Division commencing 30th May 2021 until further notice.
5. In this regard, Sarawak Rivers Board has also reminded express boat owners and operators to comply strictly with the directive issued. In tandem with the issuance of the riverine notice, the enforcement officers of Sarawak Rivers Board in Sibu and Kapit have been directed to closely monitor the on-site situation particularly in respect to compliance to the directive. Sarawak Rivers Board will not hesitate to take action against any express boat owners or operators that goes against the directive.
6. With the people safety is of utmost important to us, therefore we trust the temporary suspension of express boat services into and within Kapit Division will help to further strengthen the efforts currently being undertaken by the Government to mitigate the rising number of covid-19 cases in Kapit Division.
Prepared by;
Ministry for Transport, Sarawak
30th May 2021
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
boleh guna jalan darat kan?
tapi sekarang ni tak boleh dah rentas daerah |
|
|
|
|
|
|
|
too late. dah viral merata gambar dorang da balik kampung since 28/29 mei... |
|
|
|
|
|
|
|
ramai masih memerlukan perkhidmatan express ni...
lebih2 lagi bila soping kat Sibu ... bawak banyak barang yang tak dapat d angkut guna kereta
|
|
|
|
|
|
|
|
gambar lama rasa nya ...
sebab untuk Sibu - Kapit - Sibu kena ada permit Polis baru boleh
|
|
|
|
|
|
|
|
tak. not this pic. my friend memang ada kerja di sibu & kapit. kamek org sarawak juak bah. memang ada ramai da terlepas balit ke kapit belaga sia huhuhu esp bila Sarawak announce PKP ria..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
camni la boleh terlepas ...
cdak yang happy terlepas ya sellfish na ...
sik tauk kah akan mbak penyakit masuk...
sampei bila maok camtuk
|
|
|
|
|
|
|
|
malas nak komen. sama macam how org boleh balit beraya sebelum tok. pendek cerita, berbuih la mulut nasihat pasal jaga diri, jaga SOP blablabla, mun orang sikmok dengar... dah tua, patut dah boleh fikir. suruh stay at home balit kampung, nak kurung macam binatang supaya jangan bergerak not right also..... well, you reap what you sow lah. jangan kata Kerajaan gagal. sendiri sikmok dengar or amik peduli.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lom gik termasuk cdak nak salah guna permit kerja ...
berembak anak bini / laki
pasya meriak madah dapat mulak polis ...
sik cdak tauk... ketegal mulak polis ya kelak2 ... cdak yang jadi pembunuh mak bapak n urang2 keliling ...
kmk tuk dah 2 tahun sik balit kampung
sik berGawai
sik perlu Kerajaan melarang macam2 pun ... drik mpun perlu tauk apa boleh ... apa sik...
|
|
|
|
|
|
|
|
biasalah, nak polah gine. da besar panjang bah semua yg langgar SOP tok.
|
|
|
|
|
|
|
|
ada jeraya tikuskah?
adehhh nang sidak tok
raya ya xtauk juaklah adakah yg balit kpg rentas daerah
tapi ada sidak tok beraya sakan
raya dengan family, cousin, jiran dan kawan2
malas nak madah.. bkn apa ramei yang vodooo amat share gambar
|
|
|
|
|
|
|
|
ada jak jalan tikus. org kan ada hilux apa ndah. senang lah pake jalan tikus. org nak balit raya.. pande lah carik lubang balit. even ada yg balit awaaaal lagik sblm pkp announce.
psl amik gmbr beraya ya.. malas mok berbuih mulut cerita. nang sik pande jerak. suka bah ngeso dirik dpt balit beraya, berjarah apa ndah. eran juak bah kenak suka aplod ke socmed.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ya kei modal urang nganok kita ctuk...
tapi tanpa upload pun ... sik risau kah cdak nya ya mbak penyakit ?
|
|
|
|
|
|
|
|
mengarei jalan tikus d sarawak tuk...
sik boh nunggu jalan tikus ... jauh2 malam ... sikda cdak polis sanggup maok jaga road block ....
|
|
|
|
|
|
|
|
Hurmm susahlah kita nak sifar kes mun mcm tokMemasing degil..
|
|
|
|
|
|
|
|
ya blom gik cdak indon ya deng ...
masuk ke miri , bintulu , kuching ...
|
|
|
|
|
|
|
|
camni maok sifar mun macam tuk ...
Upah rm300 seorang , seludup lima warga asing
SERIAN: Intipan selama 10 minit berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang menyeludup lima warga asing semalam.
Sepasukan Anggota Task Force Skuadron Perisai 11 Batalion 11 PGA Batu Kawa mengekori kenderaan suspek dari Jalan Ladang Sawit Kampung Mongkos sehingga di jalan Kampung Muara Mongkos dan terus membuat sekatan pada kenderaan Hyundai Accent tersebut.
Hasil pemeriksaan berjaya menahan seorang lelaki tempatan membawa lima warga asing.
Lelaki tempatan tersebut disyaki membawa masuk pendatang tanpa izin ke negara ini tanpa menggunakan laluan yang sah.
Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 23 tahun mendapat upah sebanyak RM300 setiap seorang untuk dihantar ke Kuching.
Menurutnya, suspek warga tempatan ditahan reman di bawah SOSMA warga asing ditahan dibawah Akta Immigresen.
Kes disiasat di bawah Akta ATIPSOM 2007.
"Turut dirampas sebuah kereta Hyundai Acent daripada suspek," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pihak polis IPD Serian bersama-sama PGA akan terus mengambil tindakan tegas ke atas tekong-tekong yang masih terlibat dalam kegiatan ini.
"Saya menyeru agar penduduk yang tinggal berhampiran perbatasan supaya terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis.
"Bersama-sama kita membanteras aktiviti kemasukan warga asing disamping mengekang penularan wabak Covid-19," katanya.
hanya untuk rm1500
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|