Bagi meneruskan rasa tenang itu ke bulan seterusnya, lagu Tenang turut dijadikan sebagai sebuah lagu untuk mengangkat tema kesihatan mental.
"Mendapatkan jiwa yang tenang dalam keriuhan pandemik dan segala yang berkaitan dengan virus ini adalah satu hal yang bukan mudah.
"Jadi, Tenang diharap dapat membawakan perasaan itu larut dan meresap ke dalam fikiran bagi yang melalui kepayahan jiwa dan mental yang bergelodak dengan segala permasalahan dunia," katanya.
Sejak 22 Mac lalu, kempen lagu Tenang dimulai dengan melancarkan video pendek 60 saat lagu itu di platform TikTok.
Dengan tanda pagar #MalamTenang, sehingga sekarang ia sudah mencatat lebih dari 4000 video yang menggunakan lagu itu sebagai latar audionya sementara video itu sudah diulang tonton lebih dari 1.5 juta kali.
Ini seakan menunjukkan bagaimana pendengar Yura yang mendambakan rasa tenang boleh menemukan apa yang dituju dalam lagu terbarunya.
Seiring dengan pelancaran lagu Tenang ini, sebuah filem pendek atau video muzik garapan Yandy Laurens juga akan diperkenalkan kepada khalayak.
Ia dibintangi aktor ternama Ringgo Agus, Nirina Zubir, Kiki Narendra, dan aktor cilik Gamaliel Eleazar dan Zozo.
Filem ini mengisahkan seseorang yang mencuba berdamai dengan kenangan dan dirinya sendiri, serupa dengan ajakan yang dipaparkan dalam lagu Tenang.
Sumber:
https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... -tenang-ke-malaysia