KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa menjalankan siasatan ke atas pemilik akaun Facebook DurianKimchi dan Instagram ryzalibrahim atau Nik Muhammad Ryzal Ibrahim yang menghina serta mempersendakan pakaian tradisi kaum Iban, Ngepan Iban.
Presiden TRADA, Joseph Ninting Janting berkata, tindakan setimpal perlu diambil ke atas Ryzal Ibrahim memandangkan kenyataannya itu mampu mengganggu gugat keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.
“Ini bukan kali pertama artis tempatan, influencer, menghina masyarakat Dayak secara terang-terangan di media sosial dengan sesuka hati mengatakan masyarakat Dayak khususnya bangsa Iban masih tinggal di atas pokok.
“Jika hal ini tidak dibendung dan tiada tindakan dikenakan kepada individu terlibat, masyarakat akan menganggap bahawa gurauan seperti itu adalah satu kebiasaan seterusnya mampu mengugat keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.
"Dia perlu membuat permohonan maaf secara terbuka,’’ katanya dalam kenyatan pada Khamis.
Tambah kenyataan itu, permohonan maaf oleh Ryzal di media sosial ia juga langsung tidak menunjukkan kekesalan dengan apa yang berlaku.
"Dia langsung tidak menunjukkan kekesalan dengan apa yang berlaku dan nampaknya dia tidak tahu langsung tentang budaya masyarakat majmuk yang ada di Malaysia.
''Yang dia lebih risaukan ialah kehilangan follower dan perniagaannya," tambahnya.
Selain itu, video yang berdurasi hampir satu minit itu turut mengundang kecaman netizen terutama di laman Twitter.
Bagi seorang pengguna lama Twitter, @zizie_lia, menyifatkan permohonan maaf yang dibuat Ryzal tidak mudah untuk diterima.
“Tidak semudah itu kau lafazkan kata maaf,” katanya.
Sementara bagi pengguna @juenzkica, adalah penting untuk hormat-menghormati budaya masyarakat lain walaupun apa jua status anda.
“Tolong respect culture orang, kalau nak famous pun make sure kau tahu asal usul culture orang baru kau buka mulut.
‘’Bukan nak backup Sarawak sebab aku Sabah, cuma kami saling hormat culture antara satu sama lain,” ujarnya.
Manakala bagi @Hurifaraaira, dia memuji budi bahasa yang tinggi dipamerkan isteri Ryzal yang lebih menghormati budaya tradisi itu.
“The fact that Maryam pandai hormat our culture than her husband himself who is Malaysian. I stan kimchi only not durian,” ujarnya.
Menerusi rakaman di Instastorynya pada Rabu, Ryzal mempersendakan busana tradisi tersebut dengan melabelkan beberapa bahagian utama persalinan itu sebagai kain meja, alas TV, kain buruk dan banyak lagi.
Ketika kejadian, isterinya seorang wanita warga Korea Selatan, Maryam You Narae, sedang mengenakan busana tradisi itu ketika ditatarias.
Sedih tengok dan dengar dia ckp satu2 pasal ngepan iban
Dia sedar tak dia dh menghina baju tradisi tradisional negeri org
Ingat semua benda nak dibuat lawak ke?
Persatuan kebudayaan dan kesenian masyarakat Iban membuat laporan polis terhadap selebriti media sosial Ryzal Ibrahim yang didakwa mempersendakan pakaian tradisional mereka, Ngepan Iban.
Pengerusi Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Tajai (Tajai) Sarawak, Themotty Jagak menyifatkan tindakan Ryzal seperti mempersendakan, membuli serta menjatuhkan imej Ngepan.
“Saya mewakili persatuan Tajai amat kecewa serta berasa terhina atas perbuatan itu kerana individu tersebut berani menyuarakan pandangan tanpa memikirkan implikasi kepada kaum lain dan menyalahgunakan hak kebebasan bersuara melalui media semata-mata bertujuan untuk menyakiti perasaan kaum lain,” katanya dipetik Utusan Borneo Online.
Semalam, Ryzal memuat naik rakaman video berdurasi 58 saat melalui platform media sosialnya Duriankimchi menunjukkan isterinya, Maryam You Na- rae yang sedang disolek sambil memakai Ngepan - untuk sebuah program.
Pemilik nama penuh Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, itu kemudian melontarkan kata-kata disifatkan biadab oleh segelintir netizen apabila dia menyamakan pakaian tradisional tersebut seperti kain buruk dan langsir.
Sementara itu, Pengerusi Kelab Kesenian dan kebudayaan Dayak Sibu (Kemada) Jackery Hillary Chukan memberitahu pihaknya menjejaki akaun Facebook milik Ryzal Ibrahim pada malam tadi.
Katanya, mereka mendapati Ryzal pada awal memuatnaik video tersebut menerusi saluran Youtube Channel Duriankimchi TV.
“Kami sebagai persatuan Dayak yang mengekalkan adat dan tradisi Iban tidak berpuas hati dengan komen-komen yang dilemparkan oleh Ryzal kerana menghina pakaian tradisional kami orang Iban,” katanya.
Jackery menganggap kata-kata Ryzal menerusi video terbabit adalah satu bentuk buli siber dan Kemada tidak dapat menerima kenyataan maaf yang dikeluarkan olehnya di laman sosial.
Sebaliknya, jelas Jackery, Ryzal harus membuat kenyataan media secara terbuka dan menyatakan dia memohon maaf kerana menghina dan mempersendakan pakaian tradisional Iban.
“Apa yang dia cakap mengguris perasaan kaum Iban dan boleh mencetus serta menggugat ketenteraman awam. Oleh itu, Kemada mahu pihak polis mengambil tindakan lanjut terhadap Ryzal,” katanya.
Post time 29-5-2021 01:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 28-5-2021 04:21 PM
duhal ...
pandei masak kah..?
Duriankimchi femes sebab bini korea nya klaka pelat bahasa melayu.. laki nya yg berolah sebenarnya, tapi sik sangka juak sampe hina ngepan=kain buruk. Tekejut juak nangga diviral org ya duhal nya. Ingatkan random twitterian. Latest dari pdrm miri lepas kemada molah repot, dah ada notis minta ryzal tok contact pdrm utk further siasatan