View: 1344|Reply: 4
|
[Sarawak]
Covid-19 26/05/2021
[Copy link]
|
|
COVID-19: 640 kes baharu dengan dua lagi kematian di Sarawak
KUCHING: Sarawak mencatatkan 640 kes baharu COVID-19 hari ini dengan 54.06 peratus daripadanya dikesan di daerah Kuching, Miri, Sibu dan Bukit Mabong.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 110, diikuti Miri (101), Sibu (75), Bukit Mabong (60), Selangau (44) dan Samarahan (30). Lain-lain kes dikesan di Tatau (29), Serian (25), Asajaya (25), Mukah (24), Bintulu (23), Sri Aman (21), Kapit (21), Sebauh (9), Song (5), Pakan (5), Simunjan (4), Daro (4), Lundu (3), Subis (3), Lubok Antu (3), Marudi (3), Beluru (2), Sarikei (2), Lawas (2), Pusa (2), Limbang (1), Tanjung Manis (1), Tebedu (1), Kanowit (1) dan Meradong (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Sarawak meningkat 43,966 setakat ini. “Daripada 640 kes baharu yang dilaporkan, seramai 80 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.
“Manakala, seramai 541 orang adalah terdiri daripada individu yang diberi arahan perintah kuarantin,” katanya dalam kenyataan hari ini. Sementara itu, JPBNS turut memaklumkan dua kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian meningkat seramai 263 orang setakat ini. Menurutnya, kes kematian ke-262 melibatkan lelaki berumur 65 tahun yang dirujuk ke unit kecemasan Hospital Bintulu bagi menjalani pemeriksaan badan. Kes didapati mulai mengalami gejala kesukaran bernafas semasa menjalani rawatan dialisis. “Swab bagi ujian saringan bergejala pada 13 Mei 2021 dengan RT-PCR disahkan positif COVID-19. “Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 23 Mei 2021. Kes mempunyai penyakit kencing manis, penyakit jantung dan hati serta penyakit buah pinggang tahap akhir,” katanya. Bagi kes kematian ke-263 pula, katanya, kes melibatkan wanita berumur 71 tahun yang mendapatkan rawatan di Hospital Miri kerana mengalami sesak nafas. “Kes didapati mulai mengalami gejala batuk, muntah, cirit-birit, lemah badan dan kesukaran bernafas sejak dua hari yang lalu. “Swab bagi ujian saringan COVID-19 pada 25 Mei 2021 dengan rT-PCR disahkan positif. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mei 2021. "Kes mempunyai ko-morbid penyakit jantung dan asma,” jelasnya. JPBNS berkata, hari ini juga terdapat 585 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dan 640 individu disyaki (PUI) baharu dilaporkan.
utusan borne 26/05/2021
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tempahan satu juta slot vaksin AstraZeneca penuh dalam tempoh 90 minit
KUALA LUMPUR: Dalam tempoh 90 minit, satu juta slot untuk pusingan kedua tempahan janji temu vaksin AstraZeneca bagi rakyat Malaysia berusia bawah 60 tahun yang dibuka tengah hari ini telah penuh, walaupun terdapat banyak masalah teknikal ekoran keadaan trafik yang tinggi.
Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menerusi ciapan Twitternya pada 1.27 tengah hari, tempahan janji temu untuk vaksin telah ditutup dan mereka yang layak akan menerima tarikh janji temu tidak lama lagi.
Terdahulu, CITF memaklumkan bahawa lebih 300,000 slot untuk vaksinasi AstraZeneca telah ditempah pada jam 12.56 tengah hari, kurang dari satu jam selepas pendaftaran itu dibuka kepada orang ramai.
MySejahtera dalam ciapan di Twitter berasingan pada jam 12.40 tengah hari turut memaklumkan bahawa terdapat pemohon yang mungkin tidak dapat mengakses fungsi aplikasi tertentu berikutan kadar trafik yang tinggi dan menasihati pengguna untuk mendaftar masuk sekali lagi apabila keadaan trafik reda.
Tempahan janji temu AstraZeneca memerlukan pemohon untuk mendaftar di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan ia boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera, laman web CITF atau melalui talian hotline.
Sementara itu, seorang pengusaha satay Hezlinda Md Samsudin, 46, berkata beliau bersyukur kerana akhirnya dapat mendaftar bagi mendapatkan vaksin AstraZeneca untuk dirinya dan anak perempuannya selepas 55 minit pendaftaran dibuka.
Hezlinda memaklumkan kepada Bernama, dia menyediakan dua komputer riba dan tiga telefon bimbit untuk mendapatkan slot bagi suami, anak dan dirinya dan telah menunggu sejak 11.45 pagi namun suaminya gagal mendapat slot.
Pengamal media Muhamad Erwin Zaid, 25, pula menyifatkan beliau antara yang bertuah apabila berjaya mendapatkan slot serta berpendapat kerajaan perlu menambah baik sistem pendaftaran yang agak mengelirukan.
Isnin lepas, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata pendaftaran akan dibuka pada tengah hari bagaimanapun, CITF menerusi Twitter hari ini memaklumkan pembukaan pendaftaran itu lewat 15 minit ekoran halaman tempahan vaksin masih dikemas kini.
Ramai pihak menyuarakan kekecewaan mereka di media sosial disebabkan gangguan teknikal untuk proses tempahan tersebut.
Tempahan vaksin AstraZeneca dibuka untuk penduduk di Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sarawak dan Selangor yang berumur 18 tahun ke atas.
Pada 23 Mei lepas, slot tempahan vaksinasi AstraZeneca dibuka untuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas. - Bernama |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Empat kluster baharu dikesan di Sarawak
KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) hari ini mengisytiharkan empat kluster baharu melibatkan tiga di daerah Kuching dan satu di Saratok.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi satu kenyataan berkata, empat kluster tersebut terdiri daripada Kluster Kampung Semerah Padi, Kluster Jalan Sukma, Kluster Akedemi Semariang masing-masing di Kuching dan Kluster Lubok Nitik, Saratok.
Mengenai Kluster Kampung Semerah Padi katanya, merupakan satu kluster komuniti yang dikesan di sebuah Kampung Semerah Padi Fasa 1, di sini yang merebak melalui pergerakan sosial dalam kalangan ahli keluarga, rakan sekerja dan rakan sosial kepada kes indeks.
“Sejumlah 103 individu disaring dengan 21 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks manakala 82 kes didapati negatif,” katanya.
Kluster Jalan Sukma pula, JPBNS berkata ia merupakan satu kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan sebuah syarikat pemaju perumahan di Pusat Komersial Sukma, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya.
“Kes indeks kepada kluster ini ialah kes ke-42,039 yang merupakan seorang kakitangan syarikat tersebut yang dikesan melalui saringan individu bergejala di sebuah hospital swasta di Kuching pada 23 Mei 2021.
“Kes ini didaftar sebagai kes COVID-19 di daerah Samarahan berdasarkan tempat kediaman dan telah mula mengalami gejala dan menunjukkan tanda-tanda sejak 20 Mei 2021 yang lalu,” katanya.
Tambahnya, sejumlah 78 individu disaring bagi kluster tersebut dengan 10 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; tiga kes didapati negatif dan 65 kes masih menunggu keputusan makmal.
Sementara itu, Kluster Akedemi Semariang pula merupakan satu kluster institusi kemahiran yang dikesan melibatkan sebuah akedemi kemahiran binaan di Jalan Sultan Tengah di Kuching Sarawak.
“Kes indeks kepada kluster ini ialah kes ke-39,076 yang merupakan seorang penuntut akedemi tersebut yang dikesan melalui saringan pra kemasukan semula selepas bercuti pada 17 Mei 2021 dan disahkan positif pada 18 Mei 2021.
“Sejumlah 70 individu disaring dengan 15 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks manakala 15 kes didapati negatif,” ujarnya sambil menambah, 40 kes masih menunggu keputusan makmal.
Menurut JPBNS juga, kesemua kes positif COVID-19 di Kuching berkenaan dirujuk ke Hospital Umum dan dimasukkan ke PKRC di daerah Kuching.
Bagi Kluster Lubok Nitik pula, JPBNS berkata ia merupakan satu kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan pejabat dan kawasan perumahan pekerja sebuah syarikat penanaman kelapa sawit di Lubok Nitik, Saratok.
Kes indeks kepada kluster ini katanya, merupakan kes ke-39,659 yang membabitkan seorang pengurus ladang tersebut yang dikesan melalui saringan individu bergejala di Hospital Saratok pada 17 Mei 2021 dan disahkan positif pada 19 Mei 2021.
“Turut dikesan positif ialah tiga rakan kes indeks yang telah menjalani saringan pada hari yang sama.
“Sejumlah 147 individu disaring dengan 15 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks manakala 132 kes masih menunggu keputusan makmal,” katanya.
Tambahnya juga, kesemua kes positif COVID-19 ini dirujuk ke Hospital Saratok dan dimasukkan ke PKRC di daerah Saratok.
Dalam pada itu, JPBNS memaklumkan satu kluster tamat iaitu Kluster Tabuan Melayu, Kuching setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster ini.
“Ia menjadikan kluster yang masih aktif adalah sebanyak 87 kluster.
“Sebanyak 14 kluster telah merekodkan 95 penambahan kes baharu manakala 73 kluster tidak merekodkan penambahan kes,” katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pendaftaran vaksin AZ sepatutnya diberi tarikh berbeza setiap negeri - Dr Yii
KUCHING: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) sepatutnya bersedia lebih awal untuk menangani isu kesesakan pendaftaran vaksin AstraZeneca (AZ), kata Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii (gambar).
Menurut beliau, kerajaan menerusi jawatankuasa mengetahui bahawa sistem berpusat mungkin tidak dapat menangani kesesakan permohonan dalam talian di seluruh negara pada satu masa serentak. "Mereka seharusnya membahagikan ia dengan memberikan tarikh pendaftaran yang berlainan di setiap negeri. "Apa yang mereka perlukan hanyalah menempah kuota tertentu berdasarkan populasi dan kadar efektif kawasan tersebut dan kemudian baru membuka tarikh berlainan untuk negeri berbeza," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Pendaftaran sukarela pengambilan vaksin AZ ditutup selepas lebih sejam tempahan dibuka dan pendaftaran melibatkan untuk penduduk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Kuching dan Miri di Sarawak serta Johor. Sebelum ini, pendaftaran pusingan kedua vaksin itu bermula 23 Mei hanya dibuka kepada golongan lebih 60 tahun. Sementara itu kata Dr Yii, turut dimaklumkan kebanyakan warga emas yang mendaftar untuk pusingan kedua dalam program sukarela itu tidak menerima mesej pengesahan mereka walaupun selepas 48 jam berada dalam sistem. "Perkara seperti ini perlu ditangani dengan betul. Maka itu kita menggesa kepada kerajaan untuk belajar dari kesilapan mereka dan bersikap proaktif," katanya. Beliau katanya gembira dengan tindak balas yang luar biasa terhadap pilihan AZ, yang menunjukkan keinginan masyarakat mendapatkan vaksin tetapi pada dasarnya juga menunjukkan kekecewaan rakyat. Katanya, apa paling mengecewakan adalah apabila ramai yang berjaya diyakinkan sebelum ini ragu-ragu untuk mendaftar, tetapi akhirnya dikecewakan dengan sistem.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PKPD di tujuh lokaliti, enam libatkan rumah panjang
KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan ke atas tujuh lokaliti di negeri ini dengan enam daripadanya melibatkan rumah panjang.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), rumah panjang terlibat ialah Rh. Merom, Nanga Engkeramoh di Julau mulai 21 Mei hingga 6 Jun 2021.
“Manakala Rh. Siba, Batu 28, Skim Sekuau di Selangau; Rh. Nyalu Wilson, Jalan Mukah-Selangau di Mukah dan Rh. Jali, Sungai Maong, Machan di Kanowit dikenakan PKPD mulai 23 Mei hingga 5 Jun 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, JPBNS berkata, Rh. Sylvester, Sg Rian, Bintangor di Sarikei dikenakan PKPD dari 24 Mei hingga 9 Jun 2021 sementara Rh. Nyalu Wilson, Jalan Mukah-Selangau, Mukah dikenakan PKPD dari 23 Mei hingga 5 Jun 2021
Turut dikenakan arahan PKPD juga ialah Kem Gelasah, Sawai Land District KM112, Jalan Miri-Bintulu, Suai Niah di Subis mulai 22 Mei hingga 4 Jun 2021.
JPBNS turut memaklumkan penamatan PKPD di 10 rumah panjang di negeri ini.
Antaranya ialah Rh. Jagan, Sg Mador, Bintangor, Sarikei ; Rh. Empin, Skim B, Bintangor, Sarikei dan Rh. Rose Emma, Temudok Atas, Sri Aman yang kesemuanya ditamatkan PKPD hari ini.
Manakala PKPD bagi Rh. Jugo Gait, Sg Petai, Sarikei ditamatkan 26 Mei 2021 sementara Rh. Jabang, Sg Wak dan Rh. Janting Lemujan, di Pakan ditamatkan 27 Mei 2021.
Turut ditamatkan PKPD pada 27 Mei 2021 ialah Rh. Andrew, Ulu Pedanum, Pakan; Rh. Rachak, Nyalak Ladong, Pakan; Rh. Elly, Kerangan Langgir, Pakan dan Rh. Atom, Dendang Wak, Pakan.
Sementara itu, sebanyak lima rumah panjang dilanjutkan PKPD iaitu di Rh. Atom, Nanga Dendang, Pakan dari 22 hingga 28 Mei 2021); Rh. Linggang, Merampu, Pakan (23 Mei hingga 3 Jun 2021) dan Rh. Janang, Sungai Wong, Pakan (23 hingga 29 Mei 2021).
Bagi Rh. Jabang, Sungai Wak, Pakan dilanjutkan tempoh PKPD dari 23 hingga 27 Mei 2021 dan Rh. Rachak, Nyalak Ladong, Pakan dari 23 hingga 30 Mei 2021.
Mengenai status kawasan jangkitan COVID-19 di Sarawak, daerah Daro dan Asajaya kini bertukar ke jingga setelah merekodkan masing-masing 25 dan 40 kes jangkitan tempatan baharu hari ini.
Ini menjadikan jumlah daerah berstatus jingga meningkat kepada lima daerah.
Daerah Beluru pula katanya, telah bertukar ke status jingga daripada merah setelah merekodkan sejumlah 25 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas hari ini.
“Sementara itu, daerah Limbang telah bertukar ke status kuning setelah merekodkan satu kes jangkitan tempatan baharu pada hari ini.
“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus kuning menurun kepada sembilan daerah manakala hanya satu daerah berstatus hijau iaitu daerah Telang Usan,” ujarnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|