|
Syarat ketat jika Desy Ratnasari mahu nikah
SELEPAS sekian lama bergelar ibu tunggal, penyanyi dan juga pelakon Desy Ratnasari akhirnya diberi ‘lampu hijau’ oleh anak perempuannya untuk mendirikan rumah tangga.
Bagaimanapun, anaknya, Nasywa telah memberikan syarat dan harus dipersetujui Desy jika mahu berkahwin.
“Dia (Nasywa) sangat selektif soal pasangan ibunya. Mungkin sebab sudah tiga kali saya gagal dalam pernikahan,” ujarnya.
Mengakui hidupnya sempurna, pelantun lagu Tenda Biru itu tidaklah terlalu terburu-buru mencari jodoh. Dia cuma berharap dapat bertemu dengan seorang lelaki soleh untuk dijadikan suami.
“Kalau disoal tentang jodoh, saya mahu seseorang yang soleh. Saya juga mahu menjadi ibu yang baik untuk puteri saya.
“Saya mempunyai kelemahan dan dosa yang sangat banyak. Jadi saya mahu menjadi contoh yang baik untuk Nasywa,” katanya.
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|