CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1825|Reply: 3

Kim Kardashian disaman tujuh bekas tukang kebun

[Copy link]
Post time 25-5-2021 06:20 PM | Show all posts |Read mode
Kim Kardashian disaman tujuh bekas tukang kebun



Los Angeles: Personaliti TV dan usahawan, Kim Kardashian, 40, disaman tujuh bekas tukang kebunnya yang mendakwa mereka ditindas serta kebajikan tidak dijaga dengan baik oleh Kim.

Tuduhan dalam saman itu termasuk Kim tidak benarkan mereka berehat untuk makan, tidak dibayar gaji ikut masa serta dipaksa bekerja lebih masa.

Mereka juga mendakwa butiran slip gaji tidak diberi, selain ada yang dipaksa bekerja sehingga 48 jam tanpa henti.

Ada di antara mereka dipecat serta-merta selepas mempersoalkan mengenai bayaran kerja lebih masa.

Mereka iaitu Andrew Ramirez, Christopher Ramirez, Andrew Ramirez Jr., Aron Cabrea, Rene Ernesto Flores, Jesse Fernandez dan Robert Araiza memutuskan untuk menyaman Kim bagi tuntutan gaji tidak dibayarnya serta bayaran kerja lebih masa.

Mereka diwakili peguam Frank Kim yang sebelum ini pernah mewakili bekas kakitangan Kanye West dalam kes lain.

Menurut Frank, saman itu difailkan semalam dan turut mendedahkan kes penyelewengan punca pendapatan serta menindas pekerja semakin berleluasa di sini.

"Penyelewengan gaji dan perlanggaran etika di tempat kerja semakin meruncing di Los Angeles. Firma saya sekarang giat menyiasat perlanggaran itu terhadap defendan ini, serta keluarga serta perniagaan berpengaruh besar lain," katanya.

Sementara itu, jurucakap Kim menjelaskan isu itu tiada kaitan secara langsung dengannya kerana tukang kebun itu diupah oleh vendor luar untuk bekerja di rumahnya.

"Bukan Kim yang bertanggungjawab terhadap perjanjian mengupah mereka (tukang kebun) sebaliknya pihak ketiga iaitu vendor. Kim tidak pernah gagal membayar vendor sebelum ini dan harap kes ini dapat diselesaikan segera," katanya.

sUMBER:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2021 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Buruknya perangai..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kira ambik pekerja melalui org tgh (syarikat) Bayaran dibuat pada org tgh (syarikat). percentage dari total payment tu dibayar kepada pekebun. (staff syarikat)
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 11:58 AM | Show all posts
makin kaya makin sengal.
bape sgt la gaji gardener tu nk bnding kan dgn satu henbeg birkin kau.
hehh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.091972 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list