|
The Weeknd raih 10 trofi di Billboard Music Awards 2021
The Weeknd bersama trofi dimenangi.
Los Angeles: Penyanyi The Weeknd dan BTS mengungguli Billboard Music Awards 2021 apabila masing-masing membawa pulang 10 dan empat trofi yang berlangsung hari ini.
The Weeknd atau nama sebenarnya Abel Makkonen Tesfaye, 31, menang kategori Artis Top, Artis Lelaki Top, Artis Top 100 Top, Artis Lagu Radio Top, Artis R&B Top, Artis R&B Lelaki Top, Album R&B Top, Lagu Top Hot 100 Top Rockstar, Lagu Radio Top, dan Lagu R&B Top.
Sementara BTS memenangi Kumpulan/Duo Top, Artis Penjualan Lagu Top, Artis Sosial Top (Undian Peminat), dan Lagu Terlaku Top.
Tidak ketinggalan, pendatang baharu Pop Smoke turut menyerlah apabila memenangi Artis Baharu Top, Artis Rap Top, Artis Rap Lelaki Top, Album Billboard 200 Top, dan Album Rap Top.
Acara yang berlangsung di Microsoft Theater, di sini itu dihoskan Nick Jonas. Penyanyi Pink dianugerahkan Artis Ikon, Drake sebagai Anugerah Sedekaa, dan Trae Tha Truth untuk Anugerah Change Maker.
Paling menarik perhatian semestinya persembahan BTS yang menyanyikan lagu baharu mereka, Butter. Kumpulan dari Korea Selatan itu seperti biasa menjadi sohor kini di media sosial.
Kejayaan The Weeknd itu pastinya mengubat rasa terkilannya apabila memutuskan tidak bertanding di Anugerah Grammy. Keputusan itu dibuat selepas dia menyifatkan acara terbabit tidak telus.
Sumber: https://www.hmetro.com.my
|
|