Jakarta: Bapa Ayu Ting Ting, 28, iaitu Abdul Rojak menafikan penyanyi itu bertindak kejam menghalau dan kedekut memberi wang kepada pengemis yang datang ke rumahnya.
Menurut Abdul Rojak, kejadian pengemis datang ke rumah mereka semakin menjadi-jadi sehingga terpaksa diusir berikutan kelakuan di luar kawalan sehingga terjerit-jerit.
"Tidak payah buruk sangka. Bukan tidak bagi, tapi kalau sudah bawa masuk dan sampai mengamuk-ngamuk, kami jadi ngeri juga.
"Mereka bahkan berteriak kepada kami, sehingga membuatkan kami trauma. Mulanya kami memang beri (wang) supaya mereka beredar, tapi mereka semakin kerap datang dan terpaksa kami usir secara sopan," katanya.
Abdul Rojak juga mendedahkan rumah mereka pernah didatangi pengemis yang bertindak berani menceroboh rumah penyanyi itu.
"Kami tahan pintu tapi mereka buka sendiri sampai kami ditolak. Bukan kerana kedekut sebaliknya kami jadi trauma ya.
"Kami jadi khuatir dengan modus operandi mereka yang banyak berpura-pura menjadi mengemis," katanya.
Terdahulu, sebuah hantaran di Facebook mendakwa Ayu Ting Ting adalah artis yang sangat kedekut dan tidak pernah menghulur satu sen pun setiap tahun apabila mereka ke rumahnya.
Sumber:
https://www.hmetro.com.my