MIRI, 23 Mei: Seekor ikan paus yang dianggarkan sepanjang 3 hingga 4 meter terdampar di tepi pantai Kuala Baram petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata anggotanya dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan khidmat khas mengalihkan ikan paus itu sekitar jam 4.15 petang.
Pasukan bomba yang tiba berusaha menolak ikan paus tersebut ke laut namun gagal berikutan ombak besar selain ikan itu enggan bergerak ke laut.