CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1202|Reply: 1

Marco tipu peminat kononnya dilamun cinta

[Copy link]
Post time 24-5-2021 12:15 PM | Show all posts |Read mode

MARCO


Marco tipu peminat kononnya dilamun cinta

PENYANYI Marco tampil membuat permohonan maaf kepada peminat gara-gara tindakannya menipu dengan menafikan khabar angin kononnya sedang menjalin cinta dengan anggota kumpulan Momoland, Hyebin.

Dia menafikan dakwaan tersebut pada 16 Mei lalu ketika muncul dalam satu ruang sembang atau ‘chatroom’ bersama peminat.

Tiba-tiba, sehari kemudian (17 Mei), tular berita mengenai Hyebin dan Marco yang mendedahkan mereka sebenarnya sedang menjalin hubungan cinta.

Sedar atas kesilapan yang dilakukan, Marco menerusi Instagram membuat permohonan maaf dan mendakwa penipuannya dibuat bagi menenangkan peminat.

“Saya minta maaf kerana mengecewakan banyak pihak. Saya bersalah kerana menggunakan penipuan untuk menenangkan kalian.

“Saya enggan menyakiti hati sesiapa, sebab itu saya menipu. Sekarang saya cuma mampu meminta maaf atas tindakan ini,” katanya.

Meskipun permohonan maaf tersebut tidak dapat memadam rasa sakit dan pengkhianatan yang dirasakan peminat, Marco tetap menyesali perbuatannya.

“Saya akan bekerja lebih keras dan tidak akan mengecewakan kalian lagi selepas ini. Saya juga tidak akan lupa dengan kritikan atas tindakan saya yang tidak matang ini,” katanya.

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2021 12:47 PM | Show all posts
Jenuh aku dok gugel Marco mana.. Hahaha.. Kalau Marco The Unit tu aku kenal lah.. Tapi yang dalam gambar ni lain gila muka?? Tengok2 betul Marco The Unit.. HAHAHA.. Muka senyum & serious dia memang nampak beza gila..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.571656 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list