CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1261|Reply: 2

[Sabah] Covid19 23/05/2021

[Copy link]
Post time 23-5-2021 10:52 AM | Show all posts |Read mode





Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 189 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 60,242 kes. Tiada kes kematian direkodkan hari ini.


Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 55 menjadikan jumlah kumulatif 58,661 orang.

Seramai 847 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 332 orang di hospital dan 514 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara satu (1) orang. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 42 orang dan 22 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).


Daerah Beaufort berubah dari zon kuning ke zon jingga. Manakala Kota Marudu bertukar dari zon kuning ke zon hijau.


Tiga (3) kluster baharu direkodkan hari ini.

i. Kluster Indani di Semporna mula direkodkan pada 16 Mei 2021 apabila kes indeks, warganegara, lelaki, 20, menjalani saringan bergejala di Hospital Semporna dan disahkan positif RTK Ag. Kes indeks telah ditempatkan di Hospital Semporna untuk rawatan dan isolasi. Susulan kes itu, saringan kontak yang dijalankan kemudian berjaya mengesan 11 lagi kes positif termasuk ahli keluarga (generasi pertama dan kedua), menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 12 kes setakat hari ini. Secara keseluruhan, 96 sampel kontak rapat telah diambil, manakala 49 orang kontak yang lain adalah negatif dan 35 sampel lagi masih menunggu keputusan. Siasatan lanjut untuk pengesanan kontak-kontak rapat masih giat dijalankan.


ii. Kluster Abaka di Tawau yang dikesan pada 14 Mei 2021, pada hari ini mencatat jumlah kumulatif sebanyak 38 kes.

Kes indeks adalah guru lelaki, 26, didapati positif serta pasangannya dalam saringan rentas negeri untuk kembali bertugas di SK Tanjung Aru, WP Labuan, selepas meraikan aidilfitri di Tawau.

Berdasarkan penelitian kes, pasangan yang masuk ke Sabah pada 08 Mei 2021 itu terlibat dengan aktiviti kunjung-mengunjung sehingga 14 Mei 2021 di Taman Abaka, Ladang Table di Mukim Merotai, Tawau.

Daripada 171 kontak yang disaring, 68 sampel didapati negatif, manakala 65 sampel lagi masih menunggu keputusan. Siasatan lanjut untuk pengesanan kontak-kontak rapat masih giat dijalankan.


iii. Kluster Melikai di Kuala Penyu melibatkan kes indeks dari Wilayah Persekutuan Labuan yang balik ke Kg Melikai Menumbok untuk menyambut aidilfitri mulai 13 Mei 2021.

Kes indeks merupakan wanita, 50, Penolong Guru Tadika Perpaduan di Batu Arang, Labuan yang mula bergejala batuk dan demam, tetapi negatif dalam saringan masuk ke Sabah pada 12 Mei 2021.

Selepas empat hari berada di Sabah, kes indeks yang menjalani saringan sebelum diberikan dos kedua vaksin di Klinik Kesihatan Labuan kemudiannya disahkan positif COVID-19 pada 17 Mei 2021. Daripada 167 sampel yang diambil dalam kluster ini, 15 lagi dikesan positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 16 kes, manakala baki 74 sampel masih dalam proses. Aktiviti kawalan dan pencegahan sedang giat dijalankan.


Daripada 189 kes positif COVID-19, sebanyak 72 kes (38.1%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 21 kes (11.1%) saringan bergejala, 76 kes (40.2%) dari kluster baharu dan sedia ada serta 20 kes (10.6%) dari lain-lain kategori.







Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2021 10:59 AM | Show all posts
Covid Update (22/05)
*Sabah  189*
Tawau 66
Kota Kinabalu 34
Kunak 16
Penampang 16
Kalabakan 11
Beaufort 10
Lahad Datu 8
Putatan 6
Semporna 4
Sandakan 4
Papar 4
Tuaran 3
Kota Belud 3
Kinabatangan 2
* 1 Kes*
Kota Marudu, Kuala Penyu
*Sifar (0)*
Beluran, Telupid, Tongod,
Kudat, Ranau, Keningau,
Sipitang, Nabawan, Tenom,
Tambunan, Pitas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2021 11:03 AM | Show all posts
Covid-19: Sabah management committee to discuss on Sunday (May 23) if SOPs need to be amended, says Masidi



KOTA KINABALU: The state Covid-19 management committee will have a meeting on Sunday (May 23) to discuss if there is a need to amend existing SOPs to better combat the spread of the virus, says Datuk Seri Masidi Manjun.

Among the SOPs taking effect till June 7 are related to inter-district travel, operating time of the various types of businesses and service sectors, prohibition in holding of social events, capacity for premises, houses of worship as well as terms and conditions relating to sports and recreational events and competitions.

He also said Sabah’s Covid-19 management and SOPs as per the state conditional movement control order is not affected by the tighter restrictions imposed in Peninsular Malaysia and Labuan.

The minister in charge of Covid-19 matters in Sabah said from the existing SOPs practised in the state, some are already stricter than those in Peninsular Malaysia.

The full SOP details can be found on the state National Security Council Facebook or website, as well as the state Information Department web page.

Meanwhile, Masidi said Sabah recorded a total of 189 new Covid-19 cases and three new clusters on May 22.

The three new clusters - Kluster Indani in Semporna, Kluster Abaka in Tawau and Kluster Melikai in Kuala Penyu - are due to, among others, entries from Labuan and Hari Raya visits.

Three localities - Kampung Melika Kuala Penyu and Silimpopon Estate as well as Silimpopon Mill in Kalakan - will be placed under the enhanced movement control order starting May 24 until June 6.

A total of 20 people have been issued with compounds for violating SOPs statewide.

These include four people who took part in prohibited activities, eight for not wearing or not putting on their face masks properly, as well as six people who failed to maintain physical distancing.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.448041 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list