CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1653|Reply: 12

[Sarawak] PKP 3.0

[Copy link]
Post time 23-5-2021 10:11 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Waktu operasi perniagaan termasuk di pusat beli-belah dan kedai makan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan hanya dibenarkan bermula jam 8 pagi hingga 8 malam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peraturan itu akan berkuat kuasa di seluruh Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula pada 25 Mei ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, sistem pengangkutan awam juga akan dihadkan kepada 50 peratus sahaja kapasiti seperti dilaksanakan ketika PKP pertama dulu.

"Operasi perniagaan antaranya penjualan makanan pandu lalu, kedai runcit, kedai serbaneka yang sebelum ini dibenarkan hingga jam 10 malam kita pendekkan kepada jam 8 malam," katanya pada sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, di sini.



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2021 10:14 AM | Show all posts

Muhyiddin kupas isu PKP, COVID-19 malam ini Mei 23, 2021

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan tampil dalam temu bual eksklusif menerusi RTM dan Bernama TV malam ini, bagi mengupas isu berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan usaha kerajaan menangani pandemik COVID-19.

Program Bicara Khas Cabaran Pandemik COVID-19 Eksklusif Bersama Perdana Menteri itu turut akan menyentuh persoalan konsistensi prosedur operasi standard (SOP) dan mekanisme penetapannya, kelangsungan ekonomi negara pada era pandemik serta momentum Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Diterbitkan secara kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), temu bual eksklusif yang dihoskan oleh Wan Syahrina Wan Ab Rahman daripada Bernama TV bersama Terrence Dass (RTM) itu akan menemui penonton pada jam 9 malam ini.

Bernama TV juga akan menyiarkan siaran ulangan temu bual eksklusif itu pada jam 2 pagi, 8 pagi dan 4 petang esok (24 Mei), jam 12 tengah malam Selasa (25 Mei) serta 9.30 pagi dan 5 petang Rabu (26 Mei).

Siaran Bernama TV boleh diikuti di Astro 502, myFreeview 121, unifi TV 631, Live Facebook & YouTube Bernama TV. – BERNAMA





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2021 10:15 AM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2021 10:18 AM | Show all posts
Rakyat sedia hadapi PKP 3.0 lebih ketat

NUR IFTITAH ROZLAN | | 23 Mei 2021




SHAH ALAM - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 lebih ketat terutama dalam sektor ekonomi dan sosial nampaknya tidak menyebabkan pembelian panik berikutan rakyat sudah bersedia susulan pengalaman setelah melalui tempoh PKP sebelum ini.

Berdasarkan tinjauan Sinar Ahad di beberapa pasar raya dan kedai runcit di sekitar Shah Alam, keadaan adalah terkawal dan aktiviti jual beli berjalan lancar tanpa ada menunjukkan berlakunya pembelian panik oleh orang ramai.

Peniaga restoran, Hezrin Aini, 36, berkata, orang ramai tidak melakukan pembelian panik dalam tempoh PKP 3.0 mungkin kerana mereka sudah belajar daripada pengalaman sewaktu PKP 1.0 yang lalu.

“Dulu rakyat mungkin panik membeli barang dengan banyak kerana kurang faham dengan prosedur operasi standard (SOP) PKP. Tapi sekarang mereka sudah bersedia dan sudah bijak merancang pembelian untuk kegunaan selama tempoh PKP,” katanya kepada Sinar Ahad pada Sabtu.

Sementara itu, pengurus cawangan kedai serbaneka dikenali sebagai Naili, 31, berkata, urusan jual beli pengunjung di premisnya masih terkawal berbanding pelaksanaan perintah itu sebelum ini.

“Kalau PKP sebelum ini, pengunjung membeli barang dalam kuantiti banyak hingga menyukarkan pengunjung lain mendapatkan barang keperluan asas yang sama tetapi kali ini pembelian panik tidak berlaku di premis ini walaupun dalam tempoh PKP 3.0,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan tinjauan di sebuah pasar raya borong di Seksyen 15 di sini mendapati ramai pengunjung yang datang ke premis berkenaan pada Sabtu.

Seorang pembantu peribadi yang ingin dikenali sebagai Azida, 55, berkata, tidak timbul isu pembelian panik kerana rakyat sudah pernah merasai pengalaman tersebut.

“Rakyat tidak perlu risau kerana kita masih boleh keluar rumah untuk membeli barang keperluan,” katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2021 10:19 AM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2021 10:19 AM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-5-2021 10:30 AM | Show all posts
kalau sini yang kesian nya ...
peniaga2 sayur kecil2an ...
pasar sayur tutup... ilang la pendapatan harian ...

tak adil ...


kedai2 runcit pula ambik kesempatan ...
jual sayur semua bagai


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2021 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 23-5-2021 10:30 AM
kalau sini yang kesian nya ...
peniaga2 sayur kecil2an ...
pasar sayur tutup... ilang la pendapat ...

kat selangor ni..area aku...psr mlm msh beroperasi cam biasa jer....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2021 10:58 AM | Show all posts
Skuau replied at 23-5-2021 10:54 AM
kat selangor ni..area aku...psr mlm msh beroperasi cam biasa jer....
ok arr gtu ...

kita kesian kat peniaga sayur bumiputera ni ...
duit harian tu hasil dari jualan sayur2 ...
bukan banyak mana pun ...

dah buat aduan ... mengapa kedai2 cina boleh jer buka dan jual menda2 sampingan ni ... sayur2 ...

alasan ...
senang pantau sebab kedai tu sediakan alat scan ...
boleh gtu...?


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2021 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 23-5-2021 11:49 AM
FanTasyCreaTioN replied at 23-5-2021 10:58 AM
ok arr gtu ...

kita kesian kat peniaga sayur bumiputera ni ...


bab ni pbt yg kena buat,jaga,atur drng camner...cam kat sini.N i dh cam amik kesempatan...monopoli.....'tindas' drng plak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2021 12:11 PM | Show all posts
Skuau replied at 23-5-2021 11:48 AM
bab ni pbt yg kena buat,jaga,atur drng camner...cam kat sini.N i dh cam amik kesempatan...monopo ...
tu la ..

bila komplain dan tanya ... tu jer jawapan d terima ...

rasa nya pasni ramai lagi yang akan buat komplain ...


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2021 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Balik keje kena cepat2 balik umah nnti xsmpat beli lauk/brg basah utk masak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2021 01:11 PM | Show all posts
Cece1234 replied at 23-5-2021 12:48 PM
Balik keje kena cepat2 balik umah nnti xsmpat beli lauk/brg basah utk masak..
semoga d permudahkan semua urusan ...

masa membeli nanti tu ... hati2 lah yer


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.554960 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list