View: 9747|Reply: 20
|
Keajaiban Saintifik Al-Qur'an
[Copy link]
|
|
ANGIN PENYUBURAN
Dalam sepotong ayat Al-Qur'an, ciri-ciri 'penyuburan' dalam angin, dan formasi hujan sebagai hasilnya disebutkan;
Dan Kami telah meniupkan angin yang menyuburkan dan Kami turunkan hujan dari langit lalu kami beri minum kamu dengan air itu...Surah al-Hijr;22.
Dalam ayat ini, dinyatakan bahawa peringkat pertama dalam pembentukan hujan ialah angin. Sehingga awal abad ke 20, hubungan antara angin dan hujan yang hanya diketahui ialah angin berfungsi menurunkan hujan. Bagaimanapun, penemuan meterologikal moden telah menunjukkan peranan 'penyuburan' angin dalam pembentukan hujan.
Gambaran fungsi penyuburan angin ini adalah seperti berikut;
Pada permukaan lautan dan laut-laut, apabila gelombang udara pecah, beribu-ribu zarah halus, dengan diameter sekecil satu dari beratus millimeter naik ke udara. Zarah-zarah ini, dikenali sebagai 'aerosol', bersebati dengan debu dari daratan melalui angin, dan dibawa ke lapisan atmosfera yang lebih tinggi. Zarah-zarah ini dibawa ke altirud yang lebih tinggi oleh angin sehingga kemudian bersebati dengan wap air di atas sana. Wap air menyahwap disekeliling zarah-zarah ini dan bertukar menjadi titisan air. Titisan air ini pertamanya akan bercantum dan membentuk awan, dan kemudian jatuh sebagai titisan hujan ke bumi.
Seperti yang dilihat, angin 'menyuburkan' wap air yang berserakan di udara dengan zarah-zarah yang dibawa dari laut, dan akhirnya membantu pembentukan gumpalan awan.
Sekiranya angin tidak memiliki sifat ini, titisan air di atmosfera tidak akan terbentuk, dan di sana tidak akan wujud hujan.
Fakta yang paling penting di sini ialah bahawa peranan penting yang dimainkan oleh angin dalam pembentukan hujan telah dinyatakan berabad lamanya dalam ayat Al-Qur'an, ketika manusia hanya mengetahui sedikit sekali mengenai fenomena semulajadi.
KETELAPAN AIR ANTARA LAUTAN
Satu dari sifat-sifat laut yang baru kini ditemui ialah apa yang dinyatakan dalam sepotong ayat Al-Qur'an sebagai berikut;
Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya (lautan) ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.Surah ar-Rahman;19-20.
Sifat lautan, sekalipun larut bersama-sama ialah satu sifat penelapan yang 'memisahkan' antara dua laut, adalah satu penemuan dalam bidang oceanographi. Hasil dari satu daya fizikal yang dipanggil 'ketegangan permukaan' (surface tension), kandungan air dalam dua laut yang berbeza tidak akan bercampur. Disebabkan oleh kepadatan cecairnya, ketegangan permukaan menghalang larutannya dari bersebati dengan yang lain, seolah terdapat di sana satu dinding nipis yang memisahkannya.
Apa yang menarik ialah sewaktu manusia belum mempunyai sebarang asas pengetahuan dalam bidang fizik, 'ketegangan permukaan' atau oceanographi, fenomena ini telah pun dinyatakan ketika Al-Qur'an diwahyukan. |
|
|
|
|
|
|
|
KEGELAPAN DALAM LAUTAN DAN GELOMBANG INTERNAL
"Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; gelap gelita yang tindih menindih, apabila dia mengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat melihatnya, dan barangsiapa yang tiada diberi cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. Surah An-Nur: 40)
Persekitaran umum dasar laut diterangkan dalam sebuah buku bertajuk Ocean.
Kegelapan di dasar laut dan lautan ditemui sekitar kedalaman 200 meter dan ke bawah. Pada kedalaman ini, di sana hampir-hampir tidak terdapat cahaya. Di bawah kedalaman 1000 meter, di sana langsung tidak terdapat cahaya.
Hari ini, kita dapat mengetahui struktur umum mengenai lautan. Sifat-sifat makhluk hidupan di dalamnya, salinisasinya melalui pengetahun tentang kadar kandungan air, kawasan dan kedalamannya. Kapal selam dan peralatan khusus yang dibangunkan dengan teknologi moden, membantu saintis untuk merakamkam maklumat seperti ini.
Manusia tidak mampu menyelam lebih dari 40 meter ke bawah tanpa sebarang bantuan atau peralatan khusus. Mereka tidak dapat bertahan tanpa peralatan di dasar, bahagian yang gelap di lautan, seperti pada kedalaman 200 meter. Atas sebab ini, para saintis hanya akhir-akhir ini mampu menyingkap maklumat terperinci mengenai lautan ini. Bagaimanapun kenyataan 'gelap gelita di lautan yang dalam' telah pun di selitkan di dalam surah An-Nur 1400 tahun dahulu. Ianya sudah pasti satu dari keajaiban Al-Qur'an di mana maklumat seperti ini dikhabarkan ketika di mana tidak ada sebuah peralatan pun yang dapat membantu manusia untuk menyelam ke dasar lautan.
Sebagai tambahan, fakta di dalam ayat 40 surah Nur: gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; menarik perhatian kita kepada satu lagi keajaiban Al-Qur'an.
Para saintis baru-baru ini telah menemui bahawa di sana terdapat gelombang ombak di dalam lautan, yang mana terjadi pada kepekatan sempadan dua permukaan di atas lapisan-lapisan yang mempunyai kepekatan berbeza. Gelombang internal ini melitupi air laut yang dalam kerana bahagian yang jauh ke dalam mempunyai kepekatan yang lebih tinggi dari air yang berada di atasnya. Gelombang internal bertindak seperti ombak di permukaan lautan. Ianya boleh berpecah sama seperti ombak di permukaan. Ombak internal ini tidak dapat dilihat dengan mata manusia, tetapi ia dapat dikesan dengan mengkaji perubahan suhu atau salinisasi pada suatu kedudukan yang diberi.
Kenyataan yang terdapat di dalam Al-Qur'an berbunyi secara mutlak selari kepada penjelasan di atas. Tanpa perlu kepada pengkajian, seorang dapat melihat dengan jelas ombak pada permukaan laut. Tatapi suatu yang amat mustahil bagi seseorang untuk melihat ombak di dalam laut (internal). Sebenarnya, dalam surah Nur, Tuhan menarik perhatian manusia kepada satu lagi jenis ombak yang berlaku di dalam lautan. Suatu yang pasti, fakta ini yang baru ditemui oleh saintis baru-baru ini, menunjukkan sekali lagi bahawa Al-Qur'an adalah kalam Tuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
[ Last edited by hirai_saza on 20-9-2004 at 09:21 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam ..
oh ya dalam membicarakn Al - Quran and geography, masih ingat kah surah Ar - RUM - yang mana dalam surah tersebut terdapat satu ayat yg mana firman ALLAh
about tentera ROm ..yg kalah di satu kawasan yg rendah...haa..nak tahu kawasan itu apa ..well rujuklah surah itu...
dan ALLAh juga membicarakan ttg air masin dan tawar yg tidak bercampur. ( ini dajh masuk boar saya..hehehe) |
|
|
|
|
|
|
|
BYK SEBENARNYA, KAITAN ALQURAN NGAN GEOGRAFI...
SETIAP SURAH PASTI ADA DISEBUT.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mbhcsf at 2-9-2004 10:57:
oh ya dalam membicarakn Al - Quran and geography, masih ingat kah surah Ar - RUM - yang mana dalam surah tersebut terdapat satu ayat yg mana firman ALLAh
about tentera ROm ..yg kalah di satu kawa ...
kws rendah??? kat mana tu??? Anatolia??? :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Eva..ni jawapannya..
KEMENANGAN BYZANTIN.
Sepotong ayat menarik yang terdapat di dalam Al-Qur'an mengenai masa hadapan dapat dilihat dalam ayat pertama surah Rom, yang merujuk kepada empayar Byzantin, bahagian timur kerajaan Roman yang ada dahulu. Dalam ayat ini, ianya dinyatakan bahawa empayar Byzantin menemui kekalahan yang besar tetapi kemudianya ia mendapat kemenangan.
"Alif, Lam, Mim. Telah dikalahkan bangsa Rom. Di tanah yang paling rendah di permukaan bumi, dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam berapa tahun. Bagi Allah lah urusan sebelum dan sesudah. Surah Ar-Rum: 1-4.
Ayat ini diturunkan lebih kurang tahun 620 sebelum masihi, hampir 7 tahun selepas kekalahan teruk kerajaan kristian Byzantin di tangan kerajaan penyembah berhala Persia. Tetapi ia didedahkan di dalam ayat tersebut bahawa kerajaan Byzantin akan mendapat kemenangan kembali dalam masa yang singkat. Sebenarnya, Byzantin telah awal lebih sengsara menanggung kerugian yang besar yang kelihatan seolah-olah amat mustahil baginya, bahkan untuk kekal bertahan, untuk menang kembali. Bukan sahaja Persia, tetapi Avar, Slav, dan Vonhard juga memberikan ancaman yang besar kepada empayar Byzantin. Kerajaan Avar telah pun menjangkau dinding kota Konstantipol. Maharaja Byzantin Heraklius telah memerintahkan supaya meleburkan emas dan perak di gereja-gereja untuk mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan ketenteraan, apabila semua ini masih tidak mencukupi bahkan patung-patung gangsa juga dileburkan untuk tujuan yang sama. Banyak gabenor-gabenor memberontak menentang Heraklius. Dan empayar ketika itu berada dalam kedudukan hampir roboh. Mesopotamia, Alicik, Syria, Palestin, Mesir dan Armenia yang pada asalnya berada di bawah jajahan Byzantin, telah pun diceroboh oleh Persia.
Ringkasnya, semua yang ada ketika itu menjangkakan empayar Byzantin akan musnah. Tetapi pada ketika itu, ayat pertama surah Rum diturunkan memaklumkan kemenangan Byzantin dalam beberapa tahun. Kemenangan ini dilihat amat mustahil sehinggakan kaum Arab jahiliyyah mempersendakan ayat ini, mereka beranggapan bahawa kemenangan yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an itu tidak akan menjadi kenyataan.
Lebih kurang 7 tahun selepas ayat pertama surah Rom diwahyukan pada Disember 627 selepas masihi, peperangan sengit di antara Byzantin dan empayar Persia berlaku di Ninaveh, dan kali ini, askar Byzantin tidak disangka-sangka berjaya menewaskan tentera Persia. Beberapa bulan kemudian, kerajaan Persia telah membuat perjanjian degan Byzantin, yang mewajibkan mereka menyerahkan kembali kawasan yang mereka rampas.
Di akhirnya, kemenangan kerajaan Rom yang dinyatakan oleh Maha Suci di dalam Al-Qur'an, menjadi kenyataan
Satu lagi keajaiban yang dinyatakan di dalam ayat ini ialah perkhabaran mengenai fakta dari sudut geografi yang tidak diketahui oleh sesiapa pun ketika itu. Dalam ayat ke 3 surah Rom, kita dimaklumkan bahwa kerajaan Rom telah ditumpaskan di bahagian paling rendah di permukaan bumi. Frasa 'Adna ard' dalam bahasa arab diertikan sebagai 'kawasan yang berhampiran' dalam kebanyakan penafsiran. Tetapi ini bukanlah pengertian literal dari kenyatan yang asal, tetapi lebih berbentuk pentafsiran secara kiasan (metaforik). Perkataan 'adna' dalam bahasa arab berasal dari perkataan' daniy' yang bermaksud 'rendah' dan 'ard' bermaksud bumi.
Dengan itu kenyatan'adna al-ard' memberi erti kawasan yang paling rendah di muka bumi.
Apa yang menarik, saat penting peperangan yang terjadi di antara empayar Byzantin dan Persia ketika Byzantin di tewaskan dan kehilangan wilayah Jerusalem, benar-benar terjadi di titik paling rendah di muka bumi. Kawasan ini dikenali sebagai Teluk Laut Mati yang terletak di titik persilangan antara tanah Syria, Palestin dan Jordan. Laut mati yang terletak 395 meter di bawah paras laut, sebenarnya adalah kawasan paling rendah di muka bumi.
Ini bermaksud bahawa kerajaan Byzantin telah ditewaskan di kawasan paling rendah di muka bumi seperti yang dinyatakan dalam ayat tersebut.
Seperkara yang penting di sini ialah fakta bahawa altitud Laut Mati hanya dapat diukur dengan teknik pengukuran moden. Sebelum itu, adalah amat mustahil bagi sesiapun untuk mengetahui bahawa ianya adalah kawasan yang paling rendah di muka bumi. Tetapi hal ini telah disebut di dalam Al-Qur'an, oleh yang demikian bukti ini sekaligus membuktikan bahawa Al-Qur'an adalah wahyu dari Maha Suci Tuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hirai_saza at 20-9-2004 01:21:
Eva..ni jawapannya..
KEMENANGAN BYZANTIN.
Sepotong ayat menarik yang terdapat di dalam Al-Qur'an mengenai masa hadapan dapat dilihat dalam ayat pertama surah Rom, yang merujuk kepada empayar By ...
:tq:
TQ hirai... info berguna... my interest kat history tu yg masih tertanya2 kat kws mana dorang kalah.. TQ again.. syukran jazilan ;) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eva at 2004-9-26 11:09 PM:
:tq:
TQ hirai... info berguna... my interest kat history tu yg masih tertanya2 kat kws mana dorang kalah.. TQ again.. syukran jazilan ;)
good information...
:cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hirai_saza at 20-9-2004 01:21:
Eva..ni jawapannya..
KEMENANGAN BYZANTIN.
Sepotong ayat menarik yang terdapat di dalam Al-Qur'an mengenai masa hadapan dapat dilihat dalam ayat pertama surah Rom, yang merujuk kepada empayar By ...
hirai.. gambar laut mati tu dr satelite kan? kat sembang agama ada eva post pic yg sama tp eva paste mengenai bala utk kaum Luth |
|
|
|
|
|
|
|
nf:nf: nak tanya sikit....ada sesiapa tahu tak saintifik fakta
dengan kejadian Nabi Musa membelah laut...is there any
finding ...? |
|
|
|
|
|
|
zaliinun This user has been deleted
|
Untuk mengenal Allah... kita diminta merenung alam.... banyak buktinya boleh kita jumpai dalam Al-Quran.... renungilah ayat-ayat itu dan renungilah alam... insya ALlah dengan kebenarannya kita akan temui sesuatu yang tersembunyi.... |
|
|
|
|
|
|
zaliinun This user has been deleted
|
Untuk mengenal Allah... kita jua diminta merenung alam.... banyak buktinya boleh kita jumpai dalam Al-Quran.... renungilah ayat-ayat itu dan renungilah alam... insya ALlah dengan kebenaran Nya kita akan temui sesuatu yang tersembunyi.... |
|
|
|
|
|
|
|
pergh kagum betul aku ngan korang ni |
|
|
|
|
|
|
RasaCinta This user has been deleted
|
beconvinced dot com tu bagus nyer site..
baru hari ni abis baca semuanya..kalo citer kat bebudak pun bagus :hatdown: |
|
|
|
|
|
|
|
thread does not exist or has been deleted...aiseyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Guantanamera at 5-3-2005 05:43 PM:
thread does not exist or has been deleted...aiseyyyy
iiye daaaa.... aiseyyy daaaa |
|
|
|
|
|
|
|
.. interesting topic to discuss......
.. kita kena lebih banyak belajar dari alam sebenarnya....
.. banyak yang tersirat dari yang tersurat...
[ Last edited by blackpurple on 8-3-2005 at 11:34 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
good info...dpt menambahkan ilmu tapi sayang..... kenapa subject sebegini tak diajar di sekolah ataupun di IPT |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|