View: 1789|Reply: 4
|
‘Tentera bawang’ serang FB Dior
[Copy link]
|
|
‘Tentera bawang’ serang FB Dior
PETALING JAYA – Laman Facebook jenama fesyen mewah dari Perancis, Dior diserang netizen susulan dakwaan jenama itu yang dikatakan menamatkan kontrak model terkenal, Bella Hadid selepas dia lantang menyuarakan sokongan terhadap Palestin.
Desas-desus mengenai penamatan kontrak itu mula tersebar di laman sosial sejak dua hari lalu dan mengundang kemarahan orang ramai termasuk netizen Malaysia.
Tinjauan Kosmo! di laman Facebook Dior mendapati, ‘tentera bawang’ Malaysia berkongsi frasa ‘Mak Kau Hijau’ pada ruangan komen di setiap hantaran Facebook jenama berkenaan.
Tangkap layar antara ‘serangan’ netizen terhadap Dior di ruang komen Facebook.
Salah seorang netizen, Daus Aab meninggalkan komen “#BoycottDior walaupun memang tak mampu beli” pada ruangan komen di salah satu hantaran sebagai tanda protes.
Manakala seorang lagi netizen, Jiehajiemi turut berkongsi komen “Dior #Koyak. Your mom is green” di salah satu hantaran di Facebook itu.
Selain itu, netizen turut meninggalkan komen sokongan mereka terhadap model terkenal itu.
Terdahulu, khabar angin mengenai penamatan kontrak itu mula mendapat perhatian ramai melalui satu ciapan oleh seorang pengguna Twitter.
Ciapan itu mendakwa Bella Hadid disenyapkan, serta kerjasama-kerjasama dengan jenama mewah ditamatkan termasuk dari Dior dan alamat kediaman keluarganya didedahkan kepada umum hanya kerana dia menyertai protes untuk Palestin.
Biarpun diserang di semua platform media sosial, sehingga kini Dior masih mendiamkan diri dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dakwaan tersebut. – K! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Bodohnya lahai dok mak kau ijau mak kau ijau.
Memalukan je..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 21-5-2021 08:42 PM
Maybe syarat takleh masuk campur isu sensitif gini kot.
Iols teringat dulu masa abby abadi baru menutup aurat dia jd duta tudung alhumaira contemporary.
Pastu time tu gak mentiba abby ni sibuk mengulas isu politik dan secara terang2an menunjuk sokongan pada parti pembangkang akibatnya kontrak dia ditamatkan.
Padahal owner alhumaira tu yg iols tau masa tu mengagumi kak jijah.
Kiranya sebagai duta produk takleh nak tunjuk secara terangan kita ni sokong mana kena neutral je.
Kang nnt penyokong gomen tanak beli produk tu plak sbb duta pnyokong pembangkang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 21-5-2021 08:26 PM
Maybe syarat takleh masuk campur isu sensitif gini kot.
Iols teringat dulu masa abby abadi baru men ...
Make sense. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul kata sorang pengulas kat ig, israel takkan lancar perang dgn malaysia..sebab dia kata hamas tu terrorist dan memerangi terrorist. Kalau dia perang dgn kita, dunia akan nampak siapa terrorist |
|
|
|
|
|
|
| |
|