CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2327|Reply: 4

Kenapa Malaysia Gelar Puluh Sen Sebagai Kupang?

[Copy link]
Post time 20-5-2021 10:41 PM | Show all posts |Read mode
Kenapa Penduduk Utara Semenanjung Malaysia Gelar Puluh Sen Sebagai Kupang?



Pernahkah anda terfikir mengapa penduduk di bahagian utara Semenanjung Malaysia selalu menyebut perkataan kupang dan bukannya puluh sen?

Kami akan kongsikan mengenai asal usul duit kupang menerusi artikel ini:

Asal usul duit kupang



Sebagai antara negeri terawal yang terbentuk di Alam Melayu, Kedah Darul Aman mempunyai sistem pentadbiran yang sangat baik. Kerajaan Kedah telah mencipta mata wang baharu dengan menggunakan bahan seperti emas, perak, tembaga dan timah yang dihasilkan dalam pelbagai bentuk.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa buah kerajaan sahaja di Nusantara yang mampu mengeluarkan mata wang emas sendiri. Kerajaan-kerajaan tersebut ialah:

1. Kedah

2. Johor

3. Terengganu

4. Patani-Kelantan

5. Pasai-Aceh (Sumatra)

6. Makassar (Sulawesi)

Kerajaan-kerajaan lain di Nusantara pula menggunakan mata wang timah atau tembaga sahaja pada waktu itu. Terdapat dua jenis mata wang emas yang lazimnya dikeluarkan untuk peredaran iaitu yang besar dinamakan satu mas manakala yang lebih kecil pula dinamakan kupang.

Satu kupang dan satu mas



Terdapat satu jenis mata wang emas yang dilaporkan ditemui di Kampung Siputih dalam daerah Kubang Pasu yang pernah menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Kedah pada suatu ketika dahulu.

Mata wang emas itu kini berada dalam simpanan Muzium Negeri Kedah. Ia digunakan antara tahun 1710 hingga 1778 ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Shah II.

Terdapat nama Sultan Muhammad Jiwa dalam ejaan Jawi pada muka hadapan mata wang itu manakala perkataan Adilin Shah, 1147 terukir di bahagian belakang.

Untuk pengetahuan anda, 1147 itu adalah dalam tahun Hijrah yang bersamaan dengan 1734 Masihi. Selepas ditimbang, berat mata wang emas ini adalah 0.5 gram manakala diameternya ialah 12 milimeter membuktikannya adalah satu kupang.

Kenapa duit syiling ialah kupang di Kedah?

https://cdn.statically.io/img/i1 ... lity=100&f=auto

Sultan Muhammad Jiwa II mengasaskan pembukaan Kota Setar pada Disember 1735. Kota Setar kemudiannya berkembang menjadi sebuah pusat pemerintahan dan pusat perniagaan utama yang maju di Kedah.

Susulan daripada pemerintahan yang berkembang pesat, mata wang emas di Kedah tidak mencukupi untuk menampung keperluan rakyat. Pada masa yang sama, mata wang perak dari Barat digunakan secara meluas di wilayah berkenaan.

Sultan Muhammad Jiwa II akhirnya membuat keputusan untuk mengubah sistem mata wang kepada cara lama yang hanya bersandarkan kepada emas.

Selepas perbincangan dengan para pembesar, mata wang utama yang digunakan di negeri Kedah adalah termasuk duit diperbuat daripada perak. Nilai satu darham perak adalah bersamaan dengan satu kupang emas.

Walaupun tiada lagi penggunaan mas untuk merujuk pada wang tunai, kupang masih lagi digunakan secara meluas dan ia difahami oleh rakyat Malaysia.

Sumber:
Iluminasi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2021 08:32 AM | Show all posts
Edited by Boomibulat at 21-5-2021 08:51 AM

25 sen=dua kupang lima duit
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Bkn la....itu dua kupang lima det (sbtnnyer 'date')...@ suku....hehehehehehe.....sepoloh kupang
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 08:52 AM | Show all posts
namemysoul replied at 21-5-2021 08:44 AM
Bkn la....itu dua kupang lima det (sbtnnyer 'date')...@ suku....hehehehehehe.....sepoloh kupang

dh edit..lama x sebut x ingt dah..maklum la da jdi org key-yel..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2021 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Rm 1.25 = 1 suku
Rm 2.25 = 2 suku
Rm 3.25 = ...............

Hehehehehehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.131972 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list