CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2379|Reply: 8

Sokong Palestine, Bella Hadid ditamatkan kontrak jenama mewah, terima ugutan bu

[Copy link]
Post time 20-5-2021 10:23 PM | Show all posts |Read mode


Bella Hadid ditamatkan kontrak jenama mewah, terima ugutan bunuh

DISEBABKAN kelantangannya menzahirkan sokongan terhadap Palestin, model terkenal dunia, Bella Hadid dikatakan tidak lagi dinamakan sebagai wajah jenama barangan mewah Perancis, Dior.

Desas-desus tersebut sedang tular dan bertebaran dalam Twitter. Ekoran itu, ramai yang menzahirkan rasa tidak puas hati andai perkara tersebut benar-benar berlaku.

“Bella Hadid disenyapkan, kerjasama-kerjasama dengan jenama mewah ditamatkan termasuk dari Dior dan alamat kediaman keluarganya didedahkan kepada umum hanya kerana dia menyertai protes untuk Palestin,” ciap seorang pengguna Twitter.


BELLA dituduh sebagai pengganas dan diboikot kerana menyokong Palestin.


Orang ramai turut mempersoalkan mengapa Bella atau nama lengkapnya, Isabella Khair Hadid, 25, didiskriminasi sedangkan bintang lain seperti bintang Wonder Woman, Gal Gadot yang turut mempertahankan negara asalnya, Israel, dapat hidup dengan aman tanpa sebarang ugutan dan penafian hak.

“Gal Gadot boleh cakap tentang khidmat ketenteraan yang menafikan hak kemanusian rakyat Palestin tapi apabila Bella mempertahankan Palestin (negara asalnya), dia hilang ditamatkan kontrak kerjasama jenama mewah, disekat daripada peragaan dan menerima ugutan bunuh,” ciap seorang pengguna Twitter lain.

Bella yang juga kakak kepada seorang lagi supermodel terkemuka, Gigi merupakan antara bintang global yang paling lantang mempertahankan Palestin yang kini bermati-matian menyelamatkan negara mereka daripada kezaliman Rejim Zionis.

Lebih seminggu lalu sejak Zionis membedil Palestin, seramai lebih 200 rakyat Palestin telah terkorban termasuk 59 orang daripadanya merupakan kanak-kanak. – K! ONLINE


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2021 08:47 AM | Show all posts
i bet dia dah aware tindak tanduk yang bakal dia terima bila join benda gini.
standwithbellahadid this time..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 06:26 PM | Show all posts
dah memang dia berketurunan Palestin, of coz la dia akan pro Palestin. Sikit2 nak claim teroris bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bella tu adik, Gigi tu kakak. Tapi Bella, ko mmg berani dek.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dior ni  mmg kaki sentap.dulu ada kes  dgn john galliano  dikatanya anti semitic walhal org tu tgh mabuk .well....tgk la x  mabuk pun ditaboh nya leak address  org...mmg syaithon nirajim
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 08:59 PM | Show all posts
sbb tu ai cm tak suke dgn gal gadot... nk ikutkan byk lagi aktres hollywood yg layak bawa watak wonder women... ni tetiba si minah yahudi yg dpt watak ni...

anyway, ai sokong Bella Hadid mempertahankn Palestin...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-5-2021 09:21 PM | Show all posts
liyamariska replied at 22-5-2021 08:59 PM
sbb tu ai cm tak suke dgn gal gadot... nk ikutkan byk lagi aktres hollywood yg layak bawa watak wond ...

nama pun yahudi.. cable kuat maaa ckp je nk jadi apa?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2021 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
liyamariska replied at 22-5-2021 08:59 PM
sbb tu ai cm tak suke dgn gal gadot... nk ikutkan byk lagi aktres hollywood yg layak bawa watak wond ...

Sampai sekarang tak tengok apa movie dia....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2021 11:41 AM | Show all posts














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.056828 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list