CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1510|Reply: 3

[Sarawak] Sarawak beli sendiri vaksin

[Copy link]
Post time 20-5-2021 07:09 PM | Show all posts |Read mode
Alhamdulillah ...

Kerajaan Sarawak akan membeli sebanyak 500,000 dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac bagi fasa pertama untuk rakyat di negeri ini.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, ia adalah susulan kebenaran daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengadakan pertemuan dan perbincangan baru-baru ini.

Menurut beliau, pembelian dok vaksin COVID-19 itu adalah sebagai usaha mempercepatkan program vaksinasi di Sarawak sekaligus mengekang penularan pandemik COVID-19.

“Saya telah berjumpa dengan Perdana Menteri dua minggu lepas dan kerajaan Sarawak telah mendapat kebenaran daripada kerajaan Persekutuan untuk membeli vaksin dan kita berterima kasih kepada beliau (Perdana Menteri).

“Kerajaan Sarawak juga akan membeli vaksin untuk meneruskan fasa kedua nanti,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Sesi Taklimat Khas Situasi Pandemik Covid-19 di Bahagian Bintulu di sebuah hotel di sini pada Rabu.

Hadir sama, Menteri Utiliti Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab Bagi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China yang juga Ahli Parlimen Bintulu, Dato Seri Tiong King Sing, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Intergriti dan Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang Undang dan Adat Bumiputera), Datuk John Sikie Tayai, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Chin Zin Hing, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Aidi Ismail, Residen Bahagian Bintulu, Jack Aman Luat dan pegawai-pegawai lain.

Sementara itu, Ketua Menteri memberitahu, Perdana Menteri turut memberi kelulusan supaya hospital swasta yang digazet dibenarkan untuk memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada orang ramai khususnya penduduk di kawasan bandar.

“Pihak korporat juga boleh berhubung dengan hospital yang telah diluluskan dan hospital ini akan memberikan vaksin kepada kakitangan syarikat tersebut termasuk syarikat industri dan perladangan,” katanya.

-UKAS


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2021 08:13 AM | Show all posts
Kerajaan bekal sepenuhnya vaksin untuk Sarawak

KUCHING: Kerajaan Persekutuan akan membekalkan sepenuhnya 4.4 juta dos vaksin COVID-19 untuk keperluan 2.2 juta rakyat Sarawak.

Jaminan itu diberikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, selepas menghadiri mesyuarat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras PICK berkata, penghantaran secara besar-besaran vaksin COVID-19 ke Sarawak akan bermula awal bulan depan dan berterusan sehingga penghujung Ogos bagi melengkapkan penghantaran 4.4 juta dos.

"Dengan penghantaran setiap minggu bermula minggu pertama Jun ini, kita dapat mempercepatkan program imunisasi di Sarawak dengan sasaran 45,000 suntikan setiap hari.

"Jika kita mampu mencapai purata suntikan itu setiap hari, ia bermakna kita akan menyelesaikan program imunisasi di Sarawak menjelang penghujung Ogos ini," katanya dalam sidang media secara maya, hari ini.

Walaupun tumpuan diberikan kepada Sarawak untuk menyelesaikan program imunisasi menjelang penghujung Ogos, beliau memberi jaminan ia bukan bermakna negeri lain Selangor, Kuala Lumpur dan Kelantan yang turut mencatat kes jangkitan baharu tinggi tidak diberi perhatian.

Katanya, Ogos ditetapkan kerana darurat tamat pada 1 Ogos dan tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak juga sudah berakhir, sekali gus pilihan raya negeri (PRN) harus diadakan sebelum penghujung bulan itu.

"Kita memberi tumpuan kepada Sarawak kerana ia adalah keperluan undang-undang (pilihan raya negeri) dan kepentingan kesihatan awam," katanya.

Khairy berkata, langkah itu perlu diambil selepas meneliti trend peningkatan kes positif COVID-19 selepas PRN Sabah tahun lalu.

Jika Sarawak tidak melaksanakan imunisasi sepenuhnya sebelum PRN, Khairy berkata, kebimbangannya bukan sahaja buat Sarawak tetapi seluruh negara berisiko menghadapi gelombang baharu COVID-19.

"Saya akan ke negeri lain selepas ini untuk memastikan program imunisasi berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) juga akan dibuka di kawasan perindustrian dan perladangan bagi memudahkan pekerja sektor terbabit menerima vaksin.

Katanya, pembukaan PPV in-situ di kawasan perindustrian dan perladangan akan mempercepatkan proses suntikan ke atas pekerja tanpa perlu mereka ke PPV awam.

Terdahulu, Khairy diiringi Uggah serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, meninjau proses imunisasi di PPV Stadium Perpaduan, di Petra Jaya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2021 08:43 AM | Show all posts
Vellfire replied at 31-5-2021 08:13 AM
Kerajaan bekal sepenuhnya vaksin untuk Sarawak

KUCHING: Kerajaan Persekutuan akan membekalkan sep ...
"Dengan penghantaran setiap minggu bermula minggu pertama Jun ini, kita dapat mempercepatkan program imunisasi di Sarawak dengan sasaran 45,000 suntikan setiap hari.

bermula ....


jangan overshadow ...kenyataan nya kerajaan Sarawak sendiri yang kuat berusaha untuk membeli sendiri ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2021 04:47 PM | Show all posts
Vellfire replied at 31-5-2021 08:13 AM
Kerajaan bekal sepenuhnya vaksin untuk Sarawak

KUCHING: Kerajaan Persekutuan akan membekalkan sep ...
sengeh jer la bila baca :

BAYAN LEPAS: Kerajaan Persekutuan tiada halangan jika kerajaan negeri atau pihak tertentu mahu membeli sendiri vaksin COVID-19.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata pembelian itu bagaimanapun mesti mengikut beberapa syarat, selain mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Beliau berkata, sekiranya pihak berkenaan mahu membeli daripada pembekal sama yang membekalkan vaksin kepada Kerajaan Persekutuan, mereka perlu menunggu sehingga program vaksinasi selesai terlebih dahulu.

"Misalnya mahu beli Sinovac, apabila program dah selesai, kita tiada masalah tetapi bekalan kepada Kerajaan Persekutuan perlu diselesaikan dahulu, selepas itu barulah mereka boleh beli.

"Kalau mereka hendak beli daripada pembekal lain yang bukan menjadi pembekal kepada Kerajaan Persekutuan, itu pun tidak menjadi penghalang," katanya kepada media, hari ini.

Beliau ditemui selepas meninjau persediaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Setia SPICE, di sini. Hadir sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Pusat konvensyen itu menjadi PPV mega pertama di Pulau Pinang dan akan mula beroperasi pada 7 Jun ini dengan sasaran pemberian vaksin kepada antara 1,000 hingga 3,000 orang sehari pada peringkat awal pelaksanaannya.

Dalam perkembangan sama, Khairy berkata, terdapat vaksin lain yang mendapat kelulusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tetapi tidak dibeli oleh Kerajaan Persekutuan.

Namun sekiranya ada pihak atau kerajaan negeri mahu berunding dan membeli vaksin itu, mereka perlu mendaftar dengan NPRA.

"Ada vaksin lain sudah mendapat kelulusan WHO seperti Sinopham dan Moderna yang tidak dibeli Kerajaan Persekutuan, tetapi jika kerajaan negeri hendak bawa masuk vaksin jenis itu, boleh, cuma perlu mendaftar dengan NPRA.

"Memang tiada sekatan cuma itulah undang-undang kita. Begitu juga jika ada hospital swasta mahu beli, perlu mengikut langkah sama," katanya.

Setakat ini, tiga jenis vaksin yang sudah mendapat kelulusan NPRA adalah Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca.

credit

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.977480 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list