|
Salma Hayek nyaris maut akibat Covid-19
Los Angeles: Pelakon Salma Hayek, 54, mendedahkan dia hampir menjadi mangsa korban jangkitan Covid-19 selepas bertarung secara senyap dengan virus itu.
Hayek berkata, dia terpaksa bergantung dengan bantuan oksigen dan terpaksa mengasingkan diri sendirian selama tujuh minggu di rumahnya.
"Doktor menasihati saya untuk dirawat di hospital kerana keadaan saya sangat teruk ketika itu. Namun, saya katakan kepadanya saya lebih rela mati di rumah," katanya.
Hayek kini menetap di London bersama suami François Henri Pinault dan anak perempuannya Valentina, 13.
Walaupun sudah bebas dari simptom kronik jangkitan itu, dia masih merasakan kesannya.
Hayek mengakui dia sentiasa berdepan rasa lesu dan letih.
"Saya memulakan kerja dengan banyak menerusi panggilan Zoom, namun tidak dapat melakukan semuanya kerana saya mudah rasa sangat penat," katanya.
Pada November tahun lalu, Hayek ada berkongsi video dia menjalani ujian calitan virus itu. Kemudian, dia mengumumkan dirinya positif Covid-19.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
|