View: 4058|Reply: 36
|
[INFO] Hari Hipertensi Sedunia
[Copy link]
|
|
Edited by adila39 at 19-5-2021 09:10 AM
Julat bacaan tekanan darah yang normal adalah 120/80 mmHg dan definisi hipertensi ialah tekanan darah melebihi 140/90 mmHg. Manakala bacaan kurang dari 140/90 mmHg tetapi melebihi 120/80 mmHg dikategorikan sebagai tekanan darah meningkat atau (Elevated blood pressure).
Hipertensi menurut WHO adalah sebuah keadaan di mana tekanan di dalam pembuluh darah meningkat secara berterusan. Julat bacaan tekanan darah yang baru telah diguna pakai pada masa kini untuk mengklasifikasikan tekanan darah tinggi. Bermula tahun 2018, berikut merupakan julat bacaan yang digunakan sebagai ciri ciri tekanan darah tinggi adalah seperti berikut:
Tekanan darah normal:
- Tekanan sistolik < 120 mmHg
- Tekanan diastolik < 80 mHg
Tekanan darah meningkat (Elevated blood pressure):
- Tekanan sistolik 120-129 mmHg
- Tekanan diastolik < 80 mmHg
Hipertensi Tahap 1:
- Tekanan sistolik 130-139 mmHg
- Tekanan diastolik 80-89 mmHg
Hipertensi Tahap 2:
- Tekanan sistolik >140 mmHg
- Tekanan diastolik > 90 mmHg
Krisis Hipertensi:
- Tekanan sistolik > 180 mmHg
- Tekanan diastolik > 120 mmHg
Check your BP now okay
sumber : dr oncall
@ipes2
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Den pun penghidap hypertensi ni. Bacaan biasanya tahap 1 atau 2 bergantung how stressed i am on that day. Tp klu den x fikir psl keje, tekanan darah den normal je. Masa awal2 kena tu mmg bacaan tahap krisis tu ha, 200+ atas |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-5-2021 05:53 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 20-5-2021 05:53 PM
@keypochino sini ya
Ok thanks nnt I share sini |
|
|
|
|
|
|
|
Scheherazade replied at 19-5-2021 11:44 AM
Den pun penghidap hypertensi ni. Bacaan biasanya tahap 1 atau 2 bergantung how stressed i am on that ...
How u discovered yg u ada hypertension |
|
|
|
|
|
|
|
Hari Hipertensi Sedunia pada tahun ini disambut pada 20 Mei 2021 dengan tema Tekanan Darah Terkawal, Hidup Lebih Sejahtera (Measure Your Blood Pressure Accurately, Control It, Live Longer) yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit hipertensi (tekanan darah tinggi) di kalangan masyarakat Malaysia. Hipertensi merupakan penyumbang utama kepada penyakit kardiovaskular, strok, kegagalan buah pinggang dan seterusnya kematian pramatang di seluruh dunia. Hipertensi juga dikenali sebagai “pembunuh senyap” (silent killer) kerana ia sering tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala, dan ramai yang masih tidak menyedari mereka menghidapi hipertensi.
Kawalan tekanan darah yang baik juga adalah sangat penting terutamanya ketika pandemik COVID-19. Ini adalah kerana pesakit-pesakit yang mempunyai komorbiditi seperti hipertensi, kencing manis dan penyakit jantung adalah lebih terdedah untuk mendapat kesan yang lebih mudarat sekiranya dijangkiti penyakit COVID-19. Analisis kepada data pesakit kritikal yang dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan menunjukkan bahawa sebanyak 58.3% pesakit yang dirujuk kepada rawatan kritikal mempunyai sejarah penyakit hipertensi dan hampir separuh (49.4%) daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Selain itu, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 menunjukkan bahawa prevalen hipertensi di kalangan penduduk Malaysia dewasa berumur 18 tahun dan ke atas adalah 30.0% atau kira-kira 6.4 juta orang dewasa. Amat membimbangkan juga, daripada jumlah tersebut adalah dianggarkan 50% tidak mengetahui diri mereka menghidap penyakit hipertensi di mana ini mungkin disebabkan mereka tidak pernah menjalani pemeriksaan kesihatan.
Baca kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2021/05/20/kenyataan-akhbar-kpk-20-mei-2021-hari-hipertensi-sedunia-2021/ |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Today is World Hypertension Day. Often neglected as just a headache or high BP, hypertension can lead to serious health crisis if not treated properly at the right time. According to experts, hypertension affects more than 30 per cent of the adult population worldwide, which is more than one billion people around the world. World Hypertension Day is a great oppourinity to do a basic check on our health status particularly amid the coronavirus pandemic and a deluge of tragic news around coming in everyday. On World Hypertension Day, here is a look at the theme and a few essestial facts that can help raise awareness about the crucial health parameter that can prevent a crisis.
Theme of World Hypertension Day 2021
Measure Your Blood Pressure Accurately, Control It, Live Longer - is the theme of World Hypertension Day 2021. The focus of this year's theme is to create awareness and communicate in our social networks about accurately measuring blood pressure regularly. Blood preesure is one the main risk factor for heart diseases, kidney problems and dementia.
What is hypertension?
The term hypertension is often used casually but do we know what it actally refers to? According to the World Health Organisation (WHO), ''hypertension, also known as high or raised blood pressure, is a condition in which the blood vessels have persistently raised pressure. Blood is carried from the heart to all parts of the body in the vessels. Each time the heart beats, it pumps blood into the vessels. Blood pressure is created by the force of blood pushing against the walls of blood vessels (arteries) as it is pumped by the heart. The higher the pressure, the harder the heart has to pump.''
World Hypertension Day 2021: Important facts
Many poeple with high blood pressure often have no symptoms, ''even if blood pressure readings reach dangerously high levels.''
A few people ''may have headaches, shortness of breath or nosebleeds, but these signs and symptoms aren't specific and usually don't occur until high blood pressure has reached a severe or life-threatening stage.''
Blood pressure should be checked ''at least every two years starting at age 18. If you're age 40 or older, or you're 18 to 39 with a high risk of high blood pressure, ask your doctor for a blood pressure reading every year.''
Common risk factors include age, family history, being overweight or obese, sedentary lifestyle, smoking, using too much salt in your food, drinking too much alcohol and high levels of stress.
(Source: mayoclinic.org)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat. Tekanan Darah adalah dalam dua bacaan contohnya 140/75
Tekanan sistolik – bilangan yang lebih tinggi (140 seperti contoh)
Tekanan darah diastolik – bilangan yang lebih rendah (75 seperti contoh)
Bacaan Tekanan Darah
Kategori Tekanan Darah Tinggi Tekanan Darah Systolic(Angka bacaan di atas)mmHg Tekanan Darah Diastolic(Angka bacaan di bawah)mmHg
Optima < 120 And < 80
Normal < 130 < 85
High Normal 130 – 139 85 – 89
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1 140 – 159 or 90 – 99
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2 160 – 179 or 100 – 109
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 3 ? 180 ? 110
Hipertensi Sistolik sahaja Tekanan Darah Systolic(Angka bacaan di atas)mmHg Tekanan Darah Diastolic(Angka bacaan di bawah)mmHg
Peringkat 1
> 140 – 159
< 90
Peringkat 2
> 160
< 90
Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala?
Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.
Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke klinik pesakit luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.
Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi?
Di antara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada keluarga anda dan kerja anda.
Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi
Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?
90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala 10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.
Sebab yang tidak diketahui (90%)
Sebab sekunder (10%)
Penyakit buah pinggang
Penyakit sistem endokrin
Penyakit pembuluh darah
Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?
Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.
Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
Cara hidup tidak aktif
Umur melebihi 35 tahun
Merokok
Kegemukan
Paras kolesterol tinggi
Sejarah keluarga
Pengambilan alkohol yang berlebihan
Pengambilan garam yang tinggi
Tanda dan Gejala
Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.
Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.
Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan. Di antara komplikasi/kesan akibat penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:
Otak
Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
Penyakit jantung seperti :
Coronary Heart Disease
Congestive Heart Failure
Left Ventricular Hypertrophy
Komplikasi pada mata
Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy
Komplikasi pada buah pinggang
Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).
Peripheral vascular disease seperti
Aneurysm
Kehilangan satu atau lebih denyut nadi
Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit Hypertensive/Darah Tinggi?
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat
tanpa menggunakan ubatan
Perlu mengubah amalan cara hidup anda
Amalkan permakanan sihat
Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
Melakukan senaman berkala
Kurangkan berat badan jika berlebihan
Atasi tekanan secara berkesan
Berhenti merokok
Kategori tekanan darah normal/optima
Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat.
Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
Pra Hypertensi
Amalkan gaya hidup sihat
Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
Amalkan pemakanan sihat
Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
Kurangkan berat badan jika berlebihan
Atasi tekanan secara berkesan
Berhenti merokok
Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan
Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
Amalkan gaya hidup sihat
Berhenti merokok
Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
Pengesanan komplikasi terutamanya :
Jantung
Ginjal
Mata
Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 3
Rawatan dengan pemberian ubatan
Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
Dapatkan keterangan lanjut dari doktor
Hypertensi sistolik sahaja
Rawatan dengan pemberian ubatan jika BP ? 160/100
Kumpulan Sokongan
Pertubuhan Hypertensi Malaysia (Malaysian Society of Hypertensi)
NASAM
Yayasan Jantung Negara
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 20-5-2021 11:38 PM
How u discovered yg u ada hypertension
1 day den p meeting, head throbbing like hell, neck hurt badly as well, so i went to a clinic. Sblm tu mmg everyday dah sakit kepala & leher (keje mmg sgt stressful masa tu). My blood pressure was tahap kritikal, above 200. Direfer ke hospital but den p the next day sbb with the throbbing headache, can't drive that far. My mum suruh tumbuk one bulb of garlic n drink it up. I used half je la. P hospital, monitored my bp for like 2 weeks, then confirmed hypertension, prescribed meds. Another factor is hereditary mod. Both me mum & gramms mmg ada hypertension and on meds |
|
|
|
|
|
|
|
Scheherazade replied at 21-5-2021 01:15 AM
1 day den p meeting, head throbbing like hell, neck hurt badly as well, so i went to a clinic. Sbl ...
Ooyeke.. kiranya rasa sakit kepala mcm kena migrain eh |
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 21-5-2021 08:03 AM
Ooyeke.. kiranya rasa sakit kepala mcm kena migrain eh
Migraine ni kita rasa sakit kt certain part of our heads je kan? Like sblh kiri or kanan kan? Yg ni sakit dia menyeluruh, plus throbbing and rasa cam nk tercabut biji mata. Your neck pun rasa sakit sgt |
|
|
|
|
|
|
|
lain keypo,
sakit dia mcm u feel ur neck so heavy u xleh up kan ur head or down rasa so stiff sgt..to a sign ur bp is high then ur vision tu start to blurry..sweating and kepala tu rasa nak pecah...heheheh
|
|
|
|
|
|
|
|
Scheherazade replied at 21-5-2021 10:13 AM
Migraine ni kita rasa sakit kt certain part of our heads je kan? Like sblh kiri or kanan kan? Yg n ...
Ooyeke kesiannya.. I can't imagine.. so u still on meds? |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 21-5-2021 10:18 AM
lain keypo,
sakit dia mcm u feel ur neck so heavy u xleh up kan ur head or down rasa so stiff s ...
Oh baru I tahu.. selama ni just dgr je.. personally xde kenal org yg kena.. kesiannya. Sakit mcm ni since genetically so boleh baik ke |
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 21-5-2021 01:13 PM
Ooyeke kesiannya.. I can't imagine.. so u still on meds?
Yep. My dose is even higher from my mum & gramms |
|
|
|
|
|
|
|
Scheherazade replied at 22-5-2021 10:39 AM
Yep. My dose is even higher from my mum & gramms
Ooyeke.. bertabahlah.. keypo doakan sche sihat2 sentiasa.. jgn lupa makan ubat tau |
|
|
|
|
|
|
|
genetically and also xkan baik gitu je some mmg on medication for life. Like myself genetic la ni since my mum ada..and mak i bp dia masa x sihat boleh cecah 210/120 |
|
|
|
|
|
|
|
makan ubat tau also reminder to myself.
|
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 22-5-2021 06:56 PM
Ooyeke.. bertabahlah.. keypo doakan sche sihat2 sentiasa.. jgn lupa makan ubat tau
Terima kasih atas doamu kwn. Mod kena peringat kawan mod yg sorg lg tu, mod bod nih. Dia tu salu skip mkn ubat darah tinggi dia. Yihh! |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 27-5-2021 10:51 AM
makan ubat tau also reminder to myself.
Amboii, kemain pesan kt org eh? Hahahahaha. Den mmg rutin bekfes ubat tu. X mkn lain xpa, ubat kena mkn. Mod la jgn skip tau mkn ubat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|