Nama selebriti sensasi negara jiran, Lucinta Luna kerap kali menjadi tajuk perbualan netizen sejak kebelakangan ini.
Mana tidaknya, pengakuan tentang kehamilannya yang membuatkan ramai tertawa bukan hanya mengejutkan netizen Indonesia, bahkan turut ‘menggegarkan’ Malaysia.
Selebriti transgender itu juga kerap kali memaklumkan janin di dalam kandungan sering menendang-nendang ‘rahimnya’ dan terasa seperti mempunyai 4 kaki berkemungkinan sepasang kembar.
Cepat betul perut membesar
Hal tersebut sudah pasti menjadi bahan gurauan netizen disebabkan ‘kisah imaginasi’ yang diciptakan Lucinta Luna begitu cepat berlaku kerana perutnya seperti seorang wanita yang mahu melahirkan bayi.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen seberang berasa terkejut melihat perut selebriti berkenaan sudah semakin besar sedangkan baru beberapa minggu dikatakan hamil.
Pelbagai komen gurauan diterima sehingga membuatkan pengguna media sosial berasa terhibur dengan content yang di buat oleh rakan duet Datuk Seri Aliff Syukri dalam lagu Bobo Dimana itu.
Sumber: Lucintaluna_manjalita