|
Afgan Akui Ada Masalah Kesihatan Mental, Terpaksa Jumpa Pakar Psikiatri
Afgan mula terbuka mengenai keadaan kesihatan mentalnya. Dia mengaku pernah mengalami gangguan kegelisahan dan serangan panik.
Sekarang ini, keadaannya lebih baik daripada sebelumnya. Dia juga mengakui bahawa ini kerana selepas dia menjalani rawatan sepanjang tahun 2020. Afgan mengakui bahawa sebelumnya, dia tidak pernah menyedari ada yang tidak kena dengan keadaannya.
Hal itu kerana Afgan sebelum ini selalu sibuk bekerja, dan kadang-kadang akan ‘travel’ bila mulai merasa terhimpit rutin hari-hari. Namun, pandemi virus Corona yang masuk ke Indonesia sejak 2020 mengharuskannya banyak berada di rumah. Di saat itu lah dia mulai banyak berbicara pada dirinya dan menyedari keadaan kesihatan mentalnya.
“Mungkin dari 2016, sudah lama. Cuma aku baru sahaja dapat rawatan terapi selepas pandemik. Mungkin selepas pandemik, aku lebih terasa. Biasanya aku kan kalau rasa resah, aku jalan-jalan, traveling kemana, tapi kerana pandemik aku benar-benar harus stay di satu rumah for the whole year. Jadi aku mulai ikut terapi, ada medication juga dalam situasi seperti aku,” cerita Afgan pada detikcom, baru-baru ini.
Terdapat sejumlah kaedah yang digunakan Afgan untuk merawat gangguan kegelisahan dan serangan paniknya, dari berkonsultasi dengan pegawai perubatan psikiatri hingga menjalani hipnoterapi.
Menurutnya, ia benar-benar membantunya sehingga dia merasa jauh lebih baik sekarang.
“Selepas itu saya mula dapat mengatasi kegelisahan dengan baik. Sekarang saya tahu apa langkah yang harus diambil ketika kegelisahan itu datang,” katanya.
Selain itu, Afgan juga tidak menafikan bahawa keadaan mentalnya mempengaruhi dia dalam muzik. Dalam album barunya, Wallflower, dia menyertakan lagu berjudul Hurt Me Like You yang liriknya berisi perbualan dengan dirinya sendiri.
Sumber: https://murai.my
|
|